27.11.2019 Halaman Utama 0

Pengenalan

Adalah sesuatu yang cukup bagus jika anda sudah mempunyai satu sumber pendapatan yang mantap. Tetapi anda boleh mengukuhkan lagi kewangan anda dengan memperoleh pendapatan dari sumber pendapatan kedua. Jika anda memang sedang mencari cara buat duit online untuk membuat pendapatan tambahan, terdapat banyak cara yang boleh anda cuba sebenarnya. 

Sebagai contoh, orang boleh membuat duit lebih dengan bekerja sebagai freelancer, mengikuti online survey atau dengan mengambil peluang dalam perdagangan Forex atau Opsyen.  

Sejak kebelakangan ini, berdagang di pasaran Forex dan Opsyen telah menjadi pilihan utama untuk mendapatkan pendapatan tambahan terutamanya kepada pelabur baru serta yang bermodal kecil. Pasaran Forex dan Opsyen biasanya dapat memberi pendapatan yang lumayan untuk pelabur dan lebih mengejutkan lagi, ia tidak memerlukan pelaburan yang besar untuk memulakan.

Membuat wang dari perdagangan dalam talian bukanlah sesuatu yang mustahil – jika anda seorang yang berdisiplin. 

Anda akan menemui beberapa orang yang menguasai seni melabur dalam talian ini yang menjadikan cara tersebut sebagai cara yang paling boleh dipercayai untuk membina kekayaan dalam jangka panjang. 

OT Blog Angan-anganWalaubagaimanapun, pedagang baru seharusnya tidak seharusnya mempunyai angan-angan seperti itu. Ini kerana perdagangan dalam talian melibatkan risiko dan kos. Sesiapa yang ingin mencuba perdagangan dalam talian harus menyedari sepenuhnya bahawa ia memerlukan masa yang khusus untuk perancangan dan analisis, dan juga banyak pemikiran tentang kos dan risiko kehilangan wang. 

Hampir kesemua pedagang yang memasuki bidang ini akan kehilangan wang deposit mereka, terutamanya pemula. Jadi harus diingat, untuk mendapatkan profit, peniaga perlu memberi tumpuan sepenuhnya untuk mengelakkan kekalahan semasa bertrading seterusnya kehilangan wang. Mereka haruslah  memaksimumkan kemenangan dan pendapatan keseluruhannya demi untuk mendapatkan balik modal permulaan mereka. 

 

Apa itu Forex dan Opsyen secara ringkas

Sebelum kita pergi secara detail tentang cara buat duit online melalui forex dan opsyen, kami akan terangkan kepada anda apakah itu Forex dan Opsyen serta perbezaan antara keduanya. 

Dagangan Forex membolehkan anda berdagang mata wang asing. Terdapat trilion dolar AS yang beredar di pasaran ini setiap hari, menjadikannya pasaran yang terbesar setakat ini.

Sementara itu, perdagangan opsyen adalah kaedah perdagangan berdasarkan peramalan harga saham, komoditi, indeks atau pasangan forex. Walaupun tidak menikmati populariti yang sama dengan perdagangan forex, perdagangan opsyen adalah salah satu bentuk perdagangan paling mudah yang tersedia hari ini.

 

Platform Perdagangan Popular

Untuk pengetahuan, terdapat pelbagai platform yang menyediakan perkhidmatan perdagangan untuk kedua-dua bentuk dagangan tersebut. Platform itulah tempat di mana anda boleh melakukan aktiviti perdagangan opsyen atau forex anda. Salah satu platform yang semakin meningkat popular sekarang ini adalah Olymp Trade.

Olymp Trade adalah ahli kepada Financial Commision (FinaComm) yang telah banyak memenangi anugerah sejak beroperasi dari tahun 2014. Platform ini membolehkan pengguna memanfaatkan kedua-dua kaedah dagangan sambil mengajar anda bagaimana untuk memaksimumkan pelaburan kewangan anda.

Olymp Trade adalah sebuah syarikat yang dipercayai dengan penarafan Kategori A dari Suruhanjaya Kewangan Antarabangsa. Olymp Trade akan memberi anda akses kepada semua pasaran yang mungkin anda minati (terdapat lebih kurang 72 aset kesemuanya). 

OT Blog Cert

Kesemua aset ini dapat diakses dengan mudah dengan hanya deposit bermula dari serendah USD10. Hanya itu yang diperlukan untuk memulakan trading anda di situ. Tetapi antara faktor yang paling penting adalah mereka tidak akan mengenakan sebarang komisen ke atas deposit atau pengeluaran anda.

Kalau hendak diikutkan, sebenarnya kedua-dua faktor ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa Olymp Trade adalah satu platform yang berwibawa dan dipercayai. Tetapi jika itu masih tidak meyakinkan, anda perlu tahu yang mereka mempunyai 25,000 orang yang berdagang di platform mereka setiap hari dan seperempat juta orang setiap bulan.

Platform canggih ini adalah sangat mesra pengguna, walaupun sebenarnya semua alat dan carta yang digunakan adalah sesuai untuk seorang trader profesional.

Di samping itu, Olymp Trade juga menawarkan pengganda perdagangan yang membolehkan pedagang kecil meningkatkan saiz dagangan mereka sehingga 500 kali ganda tanpa mengambil risiko lebih kepada wang mereka sendiri. 

 

Bagaimana Hendak Bermula

Ini adalah sebahagian daripada proses yang paling penting. Tidak hanya kerana ia adalah langkah pertama, tetapi kerana di sini lah juga tempat di mana kebanyakan pedagang baru banyak membuang masa dan wang.

Sebenarnya terdapat banyak broker yang boleh anda pilih untuk berdagang forex dan opsyen. Kecuali anda sangat berpengalaman dan sudah mempunyai broker, sekali lagi kami sarankan anda menggunakan Olymp Trade untuk memulakan dagangan anda. 

Untuk memulakan langkah mencari cara buat duit online melalui forex atau perdagangan opsyen bersama Olymp Trade ianya semudah satu, dua, tiga. Langkah pertama yang perlu anda ambil adalah membuka akaun di platform. Proses ini sangat mudah kerana mereka hanya memerlukan nama penuh, alamat e-mel dan nombor telefon anda.

 

OT Blog Registration

 

Apa Perlu Saya Lakukan Selepas Itu

Selepas melengkapkan pendaftaran, anda akan secara automatik menerima akses ke akaun dagangan serta akaun demo yang telah diisi dengan wang demo bernilai USD10,000. Akaun demo ini sangat penting kerana ia akan memberi anda gambaran mengenai bagaimana untuk menjalankan aktiviti dagangan anda di platform sebenar kelak. 

Selepas anda membuka akaun, anda dinasihatkan untuk meluangkan masa untuk memahami bagaimana pasaran berfungsi. Olymp Trade mempunyai suite pendidikan yang komprehensif yang bertujuan untuk membantu para pelabur baru mengenali dunia pasaran serta untuk memahami alat dan strategi yang patut mereka tahu untuk menjadi pedagang yang berjaya.

Untuk pengetahuan umum, terdapat 72 jenis aset yang disediakan di platform Olymp Trade. Ini termasuklah pasangan mata wang, stok, indeks, komoditi dan kriptografi.  Jadi adalah sangat penting untuk kita memahami bagaimana pasaran beroperasi dan cara terbaik untuk beroperasi.  Di sinilah bahagian edukasi memainkan peranan untuk anda lebih memahami tentang indikator, strategi serta, aset-aset yang berbeza .

OT Blog Asset

Walaubagaimanapun anda tidak perlu bimbang kerana platform ini akan membantu anda memahami strategi yang berbeza yang digunakan dalam perdagangan. Opsyen, misalnya, bergantung kepada ramalan seorang pedagang membuat keputusan sama ada harga aset akan naik atau jatuh selepas tempoh masa. Forex, sebaliknya, bergantung pada pasangan mata wang untuk meningkatkan keuntungan daripada peningkatan atau penurunan harga aset.

 

Berlatih Dengan Simulasi Perdagangan Menggunakan Akaun Demo

Adalah sesuatu yang cukup berisiko untuk seorang pemula mula berdagang dan melabur dalam aset sebaik sahaja mereka melangkah ke dalam dunia trading. Oleh itu, Olymp Trade telah membolehkan para pedagangnya mendalami strategi dagangan yang baru mereka pelajari melalui simulasi bebas risiko.  Semua aktiviti ini boleh dilakukan di dalam akaun demo percuma yang disediakan di dalam platform.

Practice Makes Perfect. Sebelum anda mula berdagang dengan wang anda sendiri, pastikan anda mengamalkan penggunaan Akaun Demo supaya anda dapat merasai proses trading serta mendapatkan pengalaman. Lagipun, tidak ada yang lebih mengecewakan daripada kehilangan wang kerana satu klik yang salah.

Simulasi yang disediakan oleh akaun demo akan membenarkan anda untuk berdagang secara realistik – dengan cara yang sama anda akan berdagang dengan wang sebenar. Akaun demo ini juga memaparkan sebut harga perdagangan terkini, pengiraan hasil dagangan yang tepat, serta sistem yang memenuhi dagangan untuk aset yang berbeza.

Olymp Trade menyediakan setiap klien dengan Akaun Demo percuma dengan USD10,000 wang maya agar mereka dapat menguji strategi dan ide mereka sebelum mempertaruhkan wang yang sebenarnya. Ini adalah alat yang hebat dalam proses pembelajaran dan tidak seharusnya dilangkau.

Kehabisan Modal Wang Maya

Akaun demo juga membolehkan pedagang mengisi semula wang maya mereka jika kehabisan. Ini akan memungkinkan mereka untuk berlatih strategi perdagangan yang berbeza bagi mengetahui strategi yang mana paling sesuai dan selesa untuk mereka gunakan. Jadi jika anda kehilangan wang demo akaun anda, jangan risau. Anda boleh menambahnya pada bila-bila masa sehingga USD10,000.

OT Blog Demo

Menurut kami, cara sebenar menggunakan akaun demo adalah dengan menetapkan matlamat keuntungan yang disasarkan. Sebaik sahaja anda telah mencapai keuntungan sasaran anda sekurang-kurangnya sekali (dua kali lebih baik), kemudian bolehlah anda mula berdagang pada akaun “live”.

Ramai profesional sebenarnya mengesyorkan untuk trader baru untuk membuat latihan sekurang-kurangnya selama 3 bulan sebelum beralih kepada wang sebenar.

 

Segment Edukasi

Olymp Trade bukan hanya untuk pedagang baru malah mereka mempunyai pelanggan dari semua saiz kewangan. Mereka kini membayar lebih daripada USD13 juta kepada pelanggan mereka setiap bulan. Dan yang menariknya perdagangan boleh dibuka dengan nilai serendah hanya USD1.

Broker yang baik akan membantu mendidik pedagang mereka tentang menggunakan platform dagangan mereka dan Olymp Trade menyediakan pedagang mereka dengan satu tan sumber yang diberi secara percuma. 

Mereka mempunyai live webinar untuk pedagang yang dihoskan oleh penganalisis kewangan profesional, pelbagai video di saluran YouTube mereka, blog pakar, dan banyak lagi bahan edukasi yang boleh diakses pada bila-bila masa. 

Selain daripada itu,  mereka memberi akses kepada alat diagnostik moden seperti Bollinger Band, Simple Moving Average  (SMA), Relative Strength Index (RSI) dan lain-lain untuk membantu trader membuat perdagangan yang berjaya. Jadi untuk berjaya pastikan anda mengenali indikator-indikator yang disediakan di dalam platform trading secara mendalam terlebih dahulu. 

OT Blog Education

Selain daripada sumber pendidikan mereka juga mempunyai perkhidmatan sokongan pelanggan 24/7. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh membuka sembang dalam talian, membuat panggilan melalui telefon, atau berkomunikasi melalui e-mel.

Mereka akan membuat anda seperti dijaga oleh penganalisis pasaran profesional dan bukan pekerja pusat panggilan tanpa mengira saiz portfolio anda. Anda juga boleh memilih untuk dilayan dalam 13 bahasa yang berbeza.

Melalui perkembangan pendidikan dalam perdagangan, anda akan mula mencipta strategi unik untuk perdagangan yang sesuai dengan matlamat kewangan anda. Setiap pelabur mempunyai keperluan jangka pendek dan panjang yang berbeza jadi perdagangan dan strategi anda perlu disesuaikan dengan spesifikasi anda.

 

Bagaimana Untuk Membuat Deposit?

Olymp Trade adalah platform dagangan yang sangat popular di Asia dan di seluruh dunia. Ia hanya mengambil kira-kira beberapa minit saja untuk mendaftarkan akaun baru.

Sistem perdagangan ini memberi anda kira-kira 20 cara untuk membuat deposit ke akaun anda. Kaedah yang boleh digunakan untuk membuat deposit dan pengeluaran adalah pelbagai seperti, online bank transfer, pembayaran/pengeluaran melalui kad kredit/debit , serta sistem pembayaran elektronik seperti bitcoin,Fasapay, Skrill, Neteller dan sebagainya. Anda boleh membuat deposit dengan serta-merta dan mudah dengan menggunakan kaedah yang paling sesuai untuk anda.

Pedagang boleh membuat deposit minimum sebanyak USD10. Pengeluaran pula akan dihantar ke akaun yang sama di mana seorang pedagang mendepositkan wangnya.

Sekitar 90 peratus kaedah transaksi ini boleh digunakan dengan serta-merta walaupun ianya boleh mengambil masa satu hingga empat hari untuk anda menerima wang pengeluaran anda, bergantung kepada jenis akaun yang anda minati.

 

Dari Perdagangan Simulasi Kepada Yang Sebenar

Platform Olymp Trade direka untuk membolehkan pedagang dan pelabur baru beralih dengan lancar dari satu jenis perdagangan ke perdagangan yang lain. Seperti dalam platform ini , dari Perdagangan Opsyen ke Perdagangan Forex. Selain itu, ia juga melibatkan peralihan dari akaun demo ke aktiviti perdagangan yang sebenar. 

Platform Olymp Trade mudah dinavigasi, membolehkan pedagang membuat peralihan ini dengan mudah. Anda juga boleh menukar mod akaun dengan mudah dari menu drop-down di mana baki akaun anda dipaparkan; di bahagian atas tetingkap di sebelah kanan, bersebelahan butang “membuat deposit”.

Platform ini juga akan memaparkan tiga pilihan: akaun langsung, akaun demo, forex atau opsyen, menjadikannya mudah bagi anda untuk menukar mod. Dari berlatih dengan dolar demo dan seterusnya melabur wang sebenar dalam pasaran atau instrumen secara langsung. Anda boleh menukar fungsi untuk memenuhi aktiviti peralihan anda.

Selepas berlatih dengan simulasi pada akaun demo anda, anda akan mempunyai lebih banyak keyakinan untuk berdagang di akaun sebenar, yang hanya memerlukan beberapa klik sahaja.

Dengan Olymp Trade, anda akan menemui indikator-indikator yang diperlukan untuk menjadi pedagang yang berjaya. 

Kelebihan platform ini terletak pada antara muka intuitif dan perpustakaan pendidikan yang sentiasa dikemas kini, yang memberikan anda akses kepada banyak fungsi serta jawapan kepada sebarang pertanyaan yang anda miliki semasa menggunakan platform.

Dengan fungsi ini, Olymp Trade memang boleh membantu mencari cara buat duit online kerana ia memudahkan perdagangan untuk semua orang. 

 

Bertrading Secara Serius

Untuk memastikan kejayaan dalam bertrading pastikan anda menjalani aktiviti trading sama seperti ada sedang berniaga. Simpan catatan terperinci mengenai perdagangan anda dan cari pembukaan yang menguntungkan sambil mengelakkan kesilapan yang pernah anda lakukan.

Seperti mana-mana perniagaan, anda akan mempunyai pengalaman positif dan negatif. Kuncinya menyesuaikan strategi anda secara rasional berdasarkan maklumat dan bukannya emosi.

Satu ciri hebat Olymp Trade ialah semua sejarah perdagangan anda disimpan di hujung jari anda untuk anda semak semula di kemudian hari. Anda boleh melihat masa, jumlah, keuntungan dan kerugian, dan beberapa lagi maklumat penting dalam sejarah perdagangan anda. Maklumat-maklumat inilah yang akan membantu anda menilai kemajuan anda, menduplikasikan kemenangan anda, dan menghapuskan kerugian anda.

Ya betul, anda boleh mencari cara buat duit online dari perdagangan Opsyen atau Forex, tetapi perlu diingat melabur dalam apa-apa bentuk juga memang berisiko. Dengan mengikuti tips ini, anda akan sekurang-kurangnya menghapuskan kesilapan yang dilakukan oleh majoriti pedagang baru apabila mereka mula melabur.

 

Kesimpulan

Perdagangan dalam talian sebenarnya tidak mudah dan tiada jaminan yang anda akan mendapat keuntungan dalam semua situasi. Salah satu cara yang lebih jelas untuk mencapai kejayaan secara lebih konsisten ialah mengatur aktiviti perdagangan anda terlebih dahulu. Merancang strategi adalah satu langkah yang sangat penting kerana ia dapat meminimumkan kerugian perdagangan, kos perdagangan tambahan sambil memaksimumkan potensi keuntungan .

Sebarang pendapat, berita, penyelidikan, analisis, harga, maklumat lain, atau pautan ke laman pihak ketiga yang disediakan oleh Olymp Trade semuanya hanyalah sebagai perbandingan umum. Ia tidak bermaksud ia merupakan nasihat kepada pelaburan anda.

Harus diingat, Olymp Trade  tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian atau kerosakan termasuk dan tidak terhad kepada apa-apa kehilangan kepada keuntungan yang mungkin timbul secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan atau pergantungan kepada maklumat yang diberikan.

Namun begitu kerana Olymp Trade adalah ahli kepada Financial Commission, anda boleh membuat apa-apa aduan kepada mereka atas sebarang masalah yang mungkin timbul antara anda dan pihak Olymp Trade.

OT Blog Success

Sepanjang bertrading ini, saya pasti anda mendapat pengalaman pahit dan manis. Anda juga akan menjadi lebih berpengetahuan dalam dunia pasaran saham dan ekonomi. Ia juga akan menjadi perjalanan yang menarik untuk mencapai matlamat kewangan peribadi anda.

Broker yang baik seperti Olymp Trade patut anda jadikan rakan kongsi dalam proses mencari cara buat duit online kerana kemudahan dan perkhidmatan yang mereka sediakan sememangnya berkualiti tinggi dan pasti dapat membantu memudahkan kejayaan anda.

Anda juga boleh menonton video berikut untuk lebih memahami cara bertrading di Olymp Trade.

 

 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...