14.02.2022 Halaman Utama 5
broker forex

Perlukah Sumber Pendapatan Kedua

Dalam iklim ekonomi hari ini, sudah cukup baik jika kita mempunyai satu sumber pendapatan tetap. Tetapi jika kita mempunyai lebih daripada satu, itu adalah lebih baik. Tidak keterlaluan jika kami katakan forex trading dan FTT adalah salah satu cara terbaik untuk mencipta hasil sumber pendapatan yang kedua. 

Olymp Trade ialah ahli Suruhanjaya Kewangan yang telah memenangi banyak anugerah sejak ia beroperasi dari tahun 2014. Jadi sebagai seorang trader , anda tidak hanya harus memanfaatkan kedua-dua jenis mod trading ini, tetapi anda juga harus tahu bagaimana cara untuk menjana wang dari pasaran tersebut. 

motivasi kejayaan

Kenapa Harus Gunakan Olymp Trade Untuk Trade Anda

Pilih Broker Online yang bagus

Terdapat banyak broker yang menawarkan perkhidmatan perdagangan dalam talian. Ini membuatkan pendatang baru tertanya-tanya yang mana satu untuk dipilih.

Tidak semua online broker dicipta sama. Anda pasti mahukan broker yang tidak akan mengenakan banyak bayaran kepada anda hanya untuk membuka akaun. Atau broker  yang tidak akan mengambil sebahagian besar keuntungan anda daripada trade anda yang berjaya. Atas sebab-sebab tersebut sudah tentu kami mengesyorkan Olymp Trade kepada anda. 

Pertama sekali, mereka tidak mengenakan sebarang bayaran untuk membuka akaun. Keduanya mereka juga tidak mengenakan komisen semasa anda membuat pengeluaran wang.  Yang bagusnya, anda boleh mengeluarkan wang daripada akaun dalam masa kurang daripada sehari . Ini merupakan nilai tambahan yang sangat baik. 

Walaupun persaingan cukup hebat, Olymp Trade menyediakan beberapa faedah yang tidak boleh dipersoalkan lagi:

  • Deposit awal bermula dari 10 dollar. Ini adalah peluang terbaik untuk anda membuat OP pertama anda. Keluarkan keuntungan anda untuk memastikan broker tersebut  boleh dipercayai secara kewangan.
  • Dalam apa jua keadaan, anda tidak perlu ragu – semua dana pelanggan OT diinsuranskan oleh suruhanjaya kewangan antarabangsa (yang meliputi sehingga 20,000 dolar, jika tuntutan dibuat).
  • Olymp trade sentiasa membantu pelanggannya. Ia aktif dalam media sosial (facebook, youtube), selalu mengadakan peraduan dan promosi secara terus-terusan. khidmat pelanggan berbilang bahasa yang berfungsi 24/7, dan pakar-pakar kewangan yang  sentiasa bersedia untuk membantu anda dalam keadaan yang sukar.

Broker ini berminat dengan kerjasama jangka panjang dengan pelanggan mereka.  Ia memberikan perhatian yang tinggi  terhadap pendidikan trader. Mereka menyediakan banyak kandungan pembelajaran yang berguna dan mengadakan webinar hampir setiap hari. 

Bagaimana Cara Main Olymp Trade?

Mula-mula, buat pendaftaran di website atau app Olymp Trade. Untuk membuka akaun, anda perlu mengisi nama, nombor telefon dan alamat e-mel. Setelah pendaftaran selesai, akaun sebenar dan akaun demo dengan wang virtual sebanyak $10,000 akan diberikan secara automatik.

Selepas akaun telah siap didaftar, kami cadangkan agar anda mengambil sedikti masa untuk memahami pasaran. Olymp Trade mempunyai suite pendidikan yang lengkap untuk trader baharu menyesuaikan diri dengan pasaran, alatan dan strategi yang boleh membantu mereka dalam menghasilkan trade yang berjaya. 

Fixed Time Trading (FTT) ialah ramalan yang dibuat oleh trader tentang sama ada harga aset akan naik atau turun selepas satu tempoh masa. Forex ialah amalan berdagang pasangan matawang untuk sama ada mendapat keuntungan daripada kenaikan atau penurunan harga. Dengan 72 aset (pasangan mata wang, saham, indeks, komoditi dan mata wang kripto) untuk berdagang, memahami pasaran dan cara terbaik untuk melakukan operasi pada platform dagangan adalah sangat penting.

FOREX 101

Dagangan Tanpa Risiko di Akaun Demo

Belajar untuk melabur dan berdagang boleh jadi sangat menakutkan. Ketakutan untuk kehilangan wang saja sudah cukup untuk menghentikan banyak dagangan sebelum ianya bermula. Cara terbaik untuk berlatih adalah dengan menggunakan akaun demo percuma.

Semasa menggunakan akaun demo, trade boleh dilaksanakan dengan cara yang sama seperti yang dilakukan di akaun sebenar. Sebut harga terkini, pengiraan tepat keputusan perdagangan, dan keupayaan untuk berdagang aset yang berbeza menjadikan pengalaman dagangan ini realistik.

Pedagang boleh menambah wang Demo apabila ianya telah habis digunakan. Ini membolehkan trader mempraktikkan strategi dagangan yang berbeza untuk mencari taktik yang paling sesuai dengan gaya trading mereka.

Cara membuat deposit

OT Blog Deposit Withdrawal

 

Terdapat kira-kira 20 cara untuk membuat deposit ke akaun anda. Daripada kad kredit dan debit kepada e-dompet dan mata wang kripto. Deposit akan dimasukkan secara serta-merta dan cepat melalui kaedah yang paling mudah untuk anda.

Trader boleh membuat deposit dan pengeluaran minimum $10 melalui kaedah pembayaran yang sama. Pengeluaran akan dihantar ke akaun yang sama yang digunakan trader untuk membuat deposit. Secara statistik hampir 90% pengeluaran akan masuk ke akaun trader adalah serta-merta, walaupun ia boleh mengambil masa 1-4 hari bergantung pada jenis akaun yang digunakan. 

 

 

Bertukar Fokus

Platform Olymp Trade dibina untuk pedagang bertukar dari satu jenis dagangan ke daganan yang lain  dengan lancar. Peralihan daripada membuat dagangan FTT kepada pasaran Forex secara langsung ialah proses dua klik. Dibuat untuk menjadi intuitif, platform ini sangat mudah dinavigasi. Mod akaun boleh ditukar di menu lungsur di mana baki akaun anda dipaparkan di bahagian atas tetingkap di sebelah kanan di sebelah butang “Buat deposit”.

Terdapat tiga pilihan yang boleh digunakan, “Akaun live, akaun Demo, Forex atau FTT”. Sangat mudah untuk anda beralih daripada berlatih dengan dolar Demo kepada melabur dalam akaun live. Penukaran aset, instrumen dan mod akaun itu sendiri boleh dilakukan dengan begitu lancar. 

Seperti yang telah dipesan awal tadi, kami sangat mengesyorkan setiap trader untuk berlatih strategi baharu dalam akaun demo terlebih dulu. Dan sebaik sahaja anda berasa yakin, dengan hanya 2-3  klik anda sudah boleh berdagang dengan wang sebenar di akaun live. 

FTT vs Forex

Cara Main Olymp Trade Dalam Pasaran Forex

Pasaran Forex iaitu berdagang melalui mata wang asing adalah pasaran dagangan terbesar di dunia. Terdapat sejumlah trilion dolar bergerak di seluruh pasaran ini setiap hari. Dagangan Masa Tetap (FTT) ialah kaedah dagangan berdasarkan ramalan harga saham, komoditi, indeks atau pasangan Forex dan ia merupakan salah satu bentuk dagangan paling mudah yang ada hari ini.

Perdagangan forex adalah cara menjana wang yang menarik dan dipercayai. Boleh dikatakan kebanyakkan trader profesional mempunyai pendapatan yang tinggi di pasaran kewangan ini. Namun, anda perlu mempelajari asas perdagangan forex serta memperbanyakkan latihan untuk mencapai tahap tersebut. 

Dalam artikel ini kami akan menganalisis semua perkara penting yang perlu diketahui oleh first time trader serta melihat dengan lebih dekat platform perdagangan forex olymp trade.

broker forex

Apakah itu Forex dan kelebihannya?

Forex adalah pasaran kewangan di mana trader membuka order beli atau jual dengan menggunakan mana-mana matawang yang disediakan di trading platform. Di dalam aktiviti ini, trader individu mempunyai peluang yang sama besar dengan bank pusat atau bank-bank lainnya. Mereka akan membuka posisi berdasarkan harga pasaran yang sama. 

Walaupun secara fakta, forex adalah pasaran matawang, tetapi anda boleh membuka posisi dengan aset lain juga seperti komoditi, saham, indeks malah cryptocurrencies. Ianya tidak mustahil kerana berbanding dengan pertukaran saham atau pertukaran komoditi, mekanisme trading forex sebenarnya lebih fleksibel dan teratur.

Selain itu, forex trading ini sangat sesuai untuk dilakukan secara dalam talian. Anda boleh membuka real akaun dan mula membuka posisi dalam beberapa saat pada mana-mana peranti yang mempunyai sambungan internet. 

Apakah yang saya perlukan untuk perdagangan Forex yang berjaya?

Kejayaan setiap trader ditentukan oleh beberapa faktor yang kebanyakannya bersifat individu. Namun, terdapat beberapa aspek asas yang boleh membawa anda kepada pendapatan yang stabil di pasaran kewangan ini.

Pertama sekali, adalah penting untuk anda membuat strategi trading. Apabila anda memasuki pasaran buat kali pertama, sangat sukar untuk menahan diri daripada membuka posisi secara tergesa-gesa. Ini adalah ujian penting pertama yang perlu anda lalui. Masuk ke pasaran sebenar hanya jika anda sudah mempunyai strategi yang jitu serta telah diuji di akaun demo. Sebagai permulaan, ia tidak perlu lah terlalu kompleks – hanya strategi penunjuk asas dengan order masuk dan order keluar yang jelas.

Perkara penting yang kedua ialah mengikut peraturan pengurusan wang. Tidak kira sama ada jumlah trade anda 100 atau 100,000 dollar, anda perlu ambil serius tentang modal trading. Cadangan am yang selalu diberikan adalah menghadkan pendedahan risiko bagi setiap 1 trade kepada sebanyak 5% dari deposit anda (untuk permula – hanya 2%). Ini adalah satu lagi perkara penting bagi seorang trader iaitu mereka memerlukan disiplin diri. Dan disiplin adalah yang membezakan antara trader professional dengan trader  amatur.

Cara Main Olymp Trade Forex – ciri khas

Olymp Trade platform mempunyai beberapa ciri dan kelebihan yang membezakannya dengan broker lain dalam industri ini. 

Pertama sekali, penyelesaian forex trading di Olymp Trade tiada spread. Berbanding dengan broker lain yang mendapat hasil dari perbezaan bid-ask. Klien Olymp Trade sebaliknya membayar komisen sekali sahaja dengan harga untuk order beli dan jual adalah sama. Dan komisen itu pula dikenakan hanya untuk membuka posisi dan membawanya ke hari seterusnya (tidak terpakai untuk day trader).

Terdapat juga alat “peganda” yang cukup mudah digunakan tidak seperti leverage. Dengan alat peganda,  ia membolehkan anda meningkatkan volum perdagangan sehingga 200 kali ganda. Trader berpeluang untuk memilih volume pesanan, melindungi diri dari risiko yang tidak diperlukan dengan menggunakan “stop loss” serta menetapkan penetapan keuntungan automatik dengan “take profit”.

Interface platform Olymp Trade sangat menyenangkan. Dengan reka bentuk yang canggih anda boleh menukar jenis carta (candlesticks, zon, bars atau haiken ashi), melaraskan time frame dan anda boleh melakukan zoom masuk atau keluar pada carta. Aset yang tersedia termasuk pasangan matawang utama, logam , cryptocurrencies dan bermacam-macam lagi.  Terdapat juga 19 indikator untuk analisis teknikal yang diberikan secara percuma. 

broker forex

Konklusi

Platform Olymp Trade menyediakan semua yang anda perlukan. Anda boleh menjadi trader yang berjaya seperti yang anda impikan hanya melalui hujung jari anda. 

Dengan interface platform yang intuitif serta kemas kini bahagian pendidikan yang dilakukan secara berterusan, anda akan sentiasa mempunyai akses kepada jawapan kepada sebarang soalan yang anda ada. 

Cara Main Olymp Trade telah dipermudahkan  untuk kepentingan bersama. 

 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...