Statistik Peningkatan Kes Covid 19 Yang Menakutkan
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, COVID-19 mula terbukti sebagai punca penyakit seperti influenza pada 7 Januari 2020. Pada bulan Mac, COVID-19 telah tersebar ke 110 negara dengan lebih daripada 100000 kes yang telah disahkan. Walaupun semua langkah telah diambil, seperti sekatan perjalanan , sekatan pergerakan perniagaan dan kuarantin di rumah telah dilakukan pada akhir bulan Mei, masih terdapat lebih 5 juta kes COVID-19 yang telah dicatatkan di seluruh dunia. Kesnya semakin meningkat dengan kadar 100 ribu kes setiap hari.
Anda tidak perlu tahu banyak tentang perdagangan dalam talian untuk memahaminya carta di bawah. Ia secara terang-terangan menunjukkan carta aliran menaik bagi Covid-19 tanpa ada tanda arah pembalikan sama sekali. Sangat menakutkan.
Jumlah kes COVID-19 pada bulan Mei 2020
Pada masa yang sama, statistik pengangguran menunjukkan rekod baharu yang dunia belum pernah lihat sejak Zaman Meleset pada tahun 1930-an. Sukar untuk membuat kesimpulan tepat mengenai kadar pengangguran global. Bagaimanapun, jumlah rasmi penganggur di Amerika Syarikat dipercayai boleh untuk menentuluarkan jumlah tersebut ke bahagian dunia yang lain yang mungkin terkesan dengan perintah kawalan pergerakan atau terpaksa kuarantin di rumah untuk tempoh yang lebih lama.
Statistik pengangguran rasmi di Amerika Syarikat pada bulan Mei 2020
Jumlah di atas menunjukkan jumlah tuntutan pengangguran yang berterusan. Lihat saja jumlah permohonan baharu untuk bantuan kerajaan berkaitan kehilangan pekerjaan dan ketidakmampuan untuk mendapatkan wang dari rumah yang semakin berkurangan setiap minggu.
Jumlah tuntutan pengangguran baharu
Bolehkah rakyat berharap untuk mendapatkan pekerjaan semasa kuarantin berlangsung?
Ia mungkin kelihatan seperti keadaan bertambah baik sejak April, bagaimanapun, inilah jumlah yang menunjukkan permohonan yang diterima oleh Jabatan Buruh setiap minggu. Jumlah ini sangat jelas kelihatan semakin bertambah.
Disebabkan situasi yang semakin meruncing ini, semakin ramai orang bertanya dengan diri sendiri tentang cara untuk mendapatkan wang dalam keadaan begini
Untuk pengetahuan anda, ia mengambil masa beberapa tahun sewaktu Zaman Meleset untuk memperoleh sejumlah 25% penduduk yang menganggur. Tahun ini disebabkan oleh pandemik COVID-19, kadar pengangguran mencecah 14.7% pada akhir bulan April berbanding 3.6% pada bulan Januari 2020. Terdapat lebih daripada 27% penganggur dalam kalangan belia. Mereka tidak dapat mencari pekerjaan dan tidak tahu cara untuk mendapatkan wang dari rumah semasa PKP berlangsung atau sewaktu terpaksa melakukan kuarantin di rumah.
Keadaan ini lebih teruk di bahagian dunia yang lain. Perkara yang paling sedih ialah kemungkinan keadaan ini akan menjadi semakin teruk. Banyak perniagaan yang bersusah payah beroperasi sewaktu kuarantin sehinggalah ia berakhir. Mereka berharapkan untuk kembali semula ke kedudukan mereka selepas pergerakan kawalan pergerakan (PKP ) tamat.
Walau bagaimanapun, tiada sesiapa tahu secepat mana masyarakat boleh kembali ke kehidupan asal seperti sebelum COVID-19 bermula. Bagaimana jika harapan pemilik perniagaan itu tidak menjadi kenyataan dan bertahun-tahun akan diambil untuk kita dan perniagaan pulih ke kedudukan 2019?
Ya, indeks sedang meningkat tetapi sebab paling ketara hal ini berlaku adalah kerana aliran wang yang pemerintah AS limpahkan kepada ekonomi mereka dengan sangat banyak. Mereka tidak menyembunyikan fakta ini dan mengesahkan yang mereka akan terus mencetak dolar baharu dan mengeluarkan bon baharu bagi menyelamatkan syarikat terkemuka Amerika.
Masa akan menunjukkan sama ada langkah tersebut boleh dengan apa cara sekalipun membantu perniagaan kecil, kafe, salun kecantikan serta kedai runcit yang memberi makan berjuta-juta keluarga di sana. Perkara yang paling membimbangkan ialah syarikat terkemuka akan mengecil tetapi kekal hidup pada akhir kemelesetan ini. Keadaan seperti itu tidak akan banyak membantu warga biasa yang telah pun kehilangan pekerjaan atau perniagaan kecil mereka.
Jadi adalah sangat penting untuk kita ketahui cara mendapatkan wang dari rumah semasa kawalan pergerakan (PKP ) COVID-19 atau semasa kuarantin.
Buat duit secara online dengan Olymp Trade merupakan salah satu cara terbaik untuk mencapai matlamat ini.
Kelebihan Menjana Wang Secara Dalam Talian Dengan Olymp Trade semasa PKP
Mengambil kesempatan kedua-dua pasaran menaik dan menurun
Dengan Olymp Trade, anda tidak perlu bimbang sama ada harga saham, indeks dan komoditi menaik atau menurun. Anda boleh menjana wang tidak kira keadaan ekonomi dunia. Bertentangan dengan strategi pelaburan, perdagangan dalam talian boleh menguntungkan tidak kira arah harga asset tersebut.
Mengambil kesempatan dengan ketaktentuan yang meningkat
Semua pedagang sudah melihat statistik ini dalam kalendar ekonomi yang dibincangkan di atas. Jumlah tuntutan pengangguran baharu diterbitkan pada setiap hari Khamis. Masa siaran akhbar ini merupakan salah satu masa yang paling tidak tentu dalam pasaran kewangan di seluruh dunia disebabkan kesan langsungnya terhadap nilai dolar AS dan pasaran saham. Pedagang dalam talian yang pakar tahu cara untuk mengambil kesempatan di atas ketidak tentuan tersebut.
Perkara yang sama berlaku setiap kali manusia berdepan dengan cabaran baharu atau mendapat berita yang baik. Dengan peningkatan kadar hidup, apabila kita mendapat tahu tentang sesuatu berita dengan lebih cepat daripada sebelumnya ia mungkin ada berhubung kait dengan kadar nilai saham rugi atau untung.
Sebagai contoh, hanya beberapa tahun lepas, adalah biasa untuk harga minyak mentah meningkat sehingga 20% dalam masa 6 bulan. Pertukaran harga yang sama kini boleh diperhatikan dalam hanya satu hari. Dagangan Forex dengan Olymp Trade membenarkan perdagangan dengan risiko kecil. Jadi ini memberi lebih bermanfaat kepada trader-trader kecil.
Ketaktentuan harga yang meningkat bermaksud pedagang dalam talian mempunyai peluang untuk menjana wang dengan lebih banyak dalam jangka masa satu hari sahaja. Mencari titik masuk yang baik dan menggunakan arahan hentikan kerugian membolehkan risiko dibiarkan pada tahap rendah seperti yang telah ditetapkan.
Sebagai contoh, pada perdagangan emas ini, risiko ialah 15 kali kurang daripada keuntungan yang dijangka. Apabila anda mengikuti trend, anda hanya perlu betul dalam ramalan anda sekurang-kurangnya sekali dalam 10 kali untuk mendapatkan wang yang cukup untuk untung secara keseluruhan.
Perdagangan Emas FOREX Olymp Trade
Mengambil kesempatan perdagangan bebas risiko dengan Olymp Trade
Rakyat yang tidak dapat mencari pekerjaan disebabkan COVID-19 selalunya menjadi murung atau hanya membuang masa menonton siri TV. Sebaliknya, anda boleh mengambil peluang ini untuk menonton webinar Olymp Trade, memperoleh kepakaran dalam perdagangan dalam talian dan mengembangkan strategi baharu.
Di akaun demo anda akan memperoleh 10000 wang maya untuk digunakan sebagai latihan. Penggunaannya adalah tidak terhad, jadi anda boleh berlatih sebanyak mana yang anda mahu.
Bagaimanapun, anda harus ingat bahawa wang demo tidak boleh memberi anda makan. Oleh sebab itu, adalah sangat dinasihatkan untuk memulakan perdagangan dengan sekurang-kurangnya deposit yang kecil pada akaun sebenar anda. Anda boleh bermula dengan sekurang-kurangnya $10. Selain itu, terdapat peluang untuk memenangi beberapa dagangan bebas risiko dengan Olymp Trade atau mendapatkan wang bonus untuk perdagangan langsung dengan menyertai pertandingan, webinar atau di komuniti Olymp Trade.
Dengan melanggan komuniti Facebook Olymp Trade tempatan anda, anda bukan sahaja mendapat akses ke maklumat terkini mengenai tawaran broker ini, malah boleh belajar dengan pengalaman pedagang lain. Jadi anda boleh mengelak dan membuat bukan kesilapan sendiri.
2 Responses
I have never traded before. Where can I learn how and what to trade on Olymp Trade?
Hi Kayla. You could check out this link https://blog.olymptrade.com/ms/how-to-get-registered-on-olymp-trade-and-the-metatrader-4-app-ms/
For more info, you could also ask in https://www.facebook.com/groups/OlympTradeMalaysia/