01.08.2022 Halaman Utama 3
scammer forex di malaysia

Secara Ringkas Tentang Penipuan Di Forex

Melabur dalam talian memang berisiko, terutamanya dalam dunia Pasaran Pertukaran Mata Wang Asing atau Forex. Penipuan forex yang berleluasa sekarang ini sebenarnya didorong oleh si penipu yang dilindungi oleh kerahsiaan identiti dalam perdagangan secara online. Mengidentifikasi broker berbahaya ini tepat pada masanya adalah antara cara melindungi pelabur daripada perkara yang tidak diingini.

 

forex malaysia dalam pengurusan kewangan

Melabur dalam talian, atau trading (membeli, menjual atau melabur dalam instrumen kewangan), walaupun boleh diakses dengan mudah tetapi pada masa yang sama ia juga berisiko tinggi. Risiko yang dimaksudkan datangnya dari pelbagai sebab. Dan untuk artikel kali ini kita akan fokus kepada risiko scammer forex. 

Gabungan broker internet/runcit (broker yang memenuhi keperluan pelanggan individu) telah memberi semua orang peluang untuk memulakan aktiviti trading mereka di mana-mana sahaja. Ini telah membuka pintu kepada sesiapa sahaja, di mana-mana peringkat pengalaman dan di dalam mana-mana kurungan kewangan untuk melabur. Ini bukan saja telah mewujudkan peluang untuk broker yang sah beroperasi, tetapi sekaligus menggalakkan scammer-scammer untuk turut muncul. 

Scammer forex ini ditakrifkan sebagai mana-mana skim komersial yang digunakan untuk menipu para pelabur melalui pujukan. Iaitu melalui tindakan meyakinkan pelabur untuk mengharapkan keuntungan yang tinggi dengan melabur di pasaran pertukaran asing. 

Di setengah-setengah negara, bagi setiap kes penipuan dalam pasaran Forex, sistem perlindungan khas undang-undang telah dibangunkan. Di mana ia terdiri daripada peguam yang pakar dalam bidang trading, dan khususnya Forex.  Tugas mereka adalah untuk menyiasat semua kaedah yang mungkin untuk mendapatkan semula wang si pelabur yang telah kerugian akibat perdagangan.

Kaedah penipuan forex

Terdapat beberapa cara pelabur diperangkap oleh scammer Forex.  Antara caranya adalah melalui pemasaran telefon (termasuk pemesejan SMS dan Whatsapp), e-mel, atau pengiklanan. Kesemua kaedah ini mempromosikan kaedah pelaburan yang menarik terutamanya dengan menjanjikan ganjaran yang tinggi dengan sedikit usaha dalam tempoh yang singkat. Tidak kira kaedah yang mereka pilih untuk digunakan, scammer ini biasanya sangat gigih dan agresif.

Scam melalui telefon

Menerima panggilan pemasaran telefon yang tidak diminta (atau juga dikenali sebagai panggilan dingin) , di mana mereka cuba menjual segala-galanya daripada pakej percutian kepada langganan TV sudah menjadi perkara biasa bagi sesiapa sahaja yang mempunyai telefon.

Walaupun kebanyakan panggilan ini diakhiri dengan sopan seperti “Maaf, saya tak berminat sekarang”, purata 1% hingga 4% daripada panggilan ini berjaya. Walaupun peratusannya kecil, ia sudah cukup untuk terus memacu amalan penipuan ini .

Secara umumnya, forex scammer ini akan cuba menarik perhatian anda serta-merta. Biasanya dalam masa beberapa saat, pemanggil akan sama ada 

  1. Memberikan anda peluang untuk melabur kononnya tanpa sebarang modal tetapi anda akan menerima keuntungan yang berlipat ganda 
  2. Menampilkan diri mereka sebagai perunding perdagangan profesional yang mewakili broker Forex. Walaupun peratusan kecil panggilan seperti ini mungkin sah (kerana ia datang daripada broker yang legit) , tetapi majoritinya adalah panggilan dari scammer Forex.

Scam Melalui E-mel, SMS dan Whatsapp

Sama seperti penipuan melalui telefon, E-mel, SMS dan mesej Whatsapp daripada broker palsu menjadi semakin biasa. Sekali lagi, adalah penting untuk sentiasa berwaspada apabila melibatkan sebarang mesej yang tidak diminta, apa jua format yang diperlukan.

Antara contoh mesej-mesej scammer kepada mangsanya adalah seperti di bawah ini. Lihatlah segala janji yang tidak masuk akal yang diberikan. Jadi pelabur terutamanya pelabur pemula harus bijak menilai intipati-intipati mesej-mesej tersebut agar tidak tertipu. Trader juga boleh ke official page broker terbabit (contoh di bawah adalah Olymp Trade ; di mana scammer menggunakan nama Olymp Trade untuk memperdayakan mangsa ) dan bertanyakan tentang promosi yang ada untuk kepastian. 

scammer Olymp Trade melalui whatsappscammer Olymp Trade melalui whatsappscammer Olymp Trade melalui whatsapp

Scam melalui pautan iklan

Kaedah penipuan forex ini terdapat dalam iklan di laman web google atau iklan yang terdapat di platform rangkaian sosial, seperti Facebook atau Instagram.

Ia sering disertakan dengan gambar personaliti terkenal dari dunia perniagaan atau hiburan – yang biasanya tidak pernah membenarkan sesiapa saja menggunakan imej mereka. Imej ini digunakan kerana ia secara tidak langsung menimbulkan rasa ingin tahu dan dengan itu mempengaruhi penonton untuk mengklik dan mengetahui lebih lanjut.

Satu lagi taktik yang digunakan dalam skim pemasaran ini ialah naratif seperti “dari kain buruk menjadi orang kaya”. Di mana ia menggunakan visual untuk berkongsi kisah transformasi seseorang yang pernah bergelut untuk memenuhi keperluan hidup, tetapi kini menjalani kehidupan yang selesa; semuanya terima kasih kepada pelaburan Forex.

 

taktik scammer secara naratiftaktik scammer secara naratif

Broker Sah vs  Broker Palsu

Berdagang dalam Forex biasanya mengambil masa untuk menghasilkan keuntungan. Jadi berhati-hati dengan mana-mana broker forex yang memberikan janji atau peluang untuk anda “menjadi kaya dengan cepat”. Atau pun untuk menghasilkan pulangan yang tinggi dan cepat pada investment yang agak rendah. .

Setiap trader pasti boleh menghasilkan keuntungan di pasaran Forex, tetapi ia hampir tidak pernah mudah atau tak pernah cepat.

Broker Forex palsu secara amnya menampilkan diri mereka kepada bakal pelanggan dengan cara yang sangat mesra. Mereka akan bertanya tentang kehidupan peribadi si mangsa dan memilih untuk mengambil sikap yang lebih mesra berbanding profesional.

Selalunya, maklumat yang mereka kumpulkan daripada pelanggan berkaitan dengan kehidupan peribadi mereka menjadi makanan untuk taktik manipulatif mereka. Maklumat itulah yang akan digunakan sepanjang tempoh pelaburan pelanggan. “Hubungan” yang dibina oleh pelanggan dan broker Forex ini dibuat sebahagian besarnya melalui manipulasi dari pihak broker tersebut. 

Inilah sebabnya, walaupun sikap mesra sentiasa dihargai oleh pelanggan, tetapi broker yang bereputasi harus sentiasa berkelakuan secara profesional dengan pelanggan mereka. 

Broker Forex yang bereputasi juga tidak boleh menghalang pelanggan mereka daripada belajar forex sendiri atau mengenai pasaran saham dan trading secara amnya. 

Kerana ini adalah satu lagi taktik yang digunakan oleh broker scammer. Di mana mereka tidak menggalakkan pelanggan mereka daripada menjadi terpelajar tentang trading. Sebaliknya  pelanggan digalakkan untuk mempercayai “kepakaran broker dan menyerahkan keputusan kepada mereka”. Dengan melakukan yang tersebut, mereka dapat membuat keputusan bagi pihak pelanggan malah mengawal pergerakan modal mangsa. 

cara mendaftar di broker forex olymp trade

Tanda-Tanda Broker Scammer

  • Anda tidak mencari mereka

    Jika anda sentiasa dihubungi oleh syarikat broker Forex yang anda tidak pernah hubungi secara peribadi, jangan dilayan panggilan tersebut. Adalah lebih baik untuk bertanya dahulu melalui kenalan atau ulasan yang dipercayai daripada anda membalas mesej atau panggilan telefon yang tidak diminta.

  • Mereka sangat agresif

          Pengendali broker yang mengendalikan scam ini menggunakan kaedah yang lebih memaksa dan  agresif daripada broker yang bereputasi. Mereka biasanya tidak mempedulikan permintaan untuk berhenti dari menghubungi anda. Mereka akan menggunakan kaedah persuasif yang berbeza untuk melakukan segala-galanya dalam kuasa mereka untuk meyakinkan anda untuk mengeluarkan wang anda.

  • Menjanjikan pulangan yang tak masuk akal

    Penunjuk klasik tentang scammer Forex ialah pulangan yang berlipat ganda pada pelaburan yang kecil. Menjanjikan pulangan yang tinggi dan/atau terjamin, apabila melabur dalam Forex, adalah tanda amaran yang besar. “Jaminan” ini hampir mustahil untuk diramalkan, kerana pulangan sebenar forex adalah bergantung pada pasaran yang sangat tidak menentu.

  • “Terms of Use” dan “Risk Disclosures” yang rumit

Broker scammer mengambil kesempatan daripada jargon rumit dan perjanjian ‘Terms of Use’ dan “Risk Disclosure” yang panjang. Kepentingan perjanjian ini ialah ia berkait rapat dan setiap klausa boleh  menyembunyikan kelemahan pelabur yang mungkin perlu mencari cara lain untuk memulihkan kerugian dalam trading.

Akhir Kata

scammer olymp tradeJika anda melabur melalui broker Forex, anda disyorkan untuk sentiasa rajin dalam mengikuti perkembangan terkini dagangan anda. Anda harus pastikan yang anda sentiasa dimaklumkan tentang sebarang perubahan berkaitan pelaburan atau akaun anda.

Bila perlu anda risau:

  • Jika anda tidak dapat mengeluarkan wang

Jika anda cuba untuk mengeluarkan dana daripada akaun dan tidak dapat berbuat demikian. Anda perlu rasa bimbang. Jika, apabila bertanya mengapa anda tidak dapat mengeluarkan wang anda dan  broker membuat permohonan maaf yang tidak jelas atau tidak menjawab pertanyaan anda, itu adalah “red flag” yang besar. 

  • Broker telah disenaraihitamkan

Sekarang ini semakin ramai pelabur yang akan bertanya tentang kelayakan broker sebelum mereka menggunakan khidmat broker tersebut. Jika setelah disemak dan kesemua dokumen dan lesen tersedia, trader akan menjadi lebih yakin untuk trade menggunakan broker tersebut. Walaubagaimanapun, terdapat juga kemungkinan perkara sebaliknya berlaku , di mana broker tersebut tidak diregulasi. Untuk mengelakkan perkara tersebut, trader dinasihatkan untuk menyemak laman web badan kawal selia secara berkala seperti Cysec for Cyprus, FCA for Great Britain atau Finacomm untuk mengesahkan bahawa status perundangan mana-mana broker. 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...