11.08.2022 Halaman Utama 5
Panduan tentang bursa saham di blog Olymp Trade Malaysia

Sekilas Tentang Maksud Pasaran Saham Untuk Si Pemula

Pasaran saham atau bursa saham ialah tempat di mana pembeli dan penjual berkumpul untuk berdagang saham bagi syarikat yang layak disenaraikan dalam pasaran tersebut. Pasaran ini menyediakan pilihan untuk pelabur membeli, menjual dan berdagang saham selagi pasaran tersebut dibuka (biasanya pada hari bekerja).

forex malaysia dalam pengurusan kewangan

Apakah Itu Pasaran Saham Dan Bagaimana Ia Berfungsi?

Pada asasnya, saham ialah cara anda boleh memiliki share mana-mana syarikat yang telah disenaraikan disenaraikan di dalam bursa saham. Harganya adalah berdasarkan pendapatan syarikat tersebut. 

Dalam erti kata lain, jika syarikat itu mempunyai peratusan keuntungan atau pendapatan syarikat yang tinggi, atau jika pakar percaya bahawa ia akan memperoleh pendapatan yang tinggi, maka harga saham syarikat itu akan meningkat. Harga saham biasanya akan naik apabila ekonomi berada dalam keadaan baik. Ini juga bermakna apabila syarikat tidak berfungsi dengan baik (atau ia diramalkan akan kehilangan wang), maka harga sahamnya akan jatuh.

Sesetengah syarikat juga akan memberikan pembayaran dividen setiap tahun (anggaplah ia sebagai bonus tambahan jika syarikat memperoleh lebih banyak keuntungan) kepada pemegang saham. Jadi nilai keuntungan pelaburan si pelabur akan bertambah.

Pelabur yang membeli saham biasanya berusaha mendapatkan harga yang rendah supaya mereka boleh menjualnya pada harga yang lebih tinggi di kemudian harinya. Manakala penjual pula akan melakukan yang sebaliknya. Trader pula akan membuka trade turun jika mereka merasakan syarikat tidak bernasib buruk, dan membida harga naik kalau mereka merasakan syarikat ada membuat keuntungan. 

Walaupun semua info di atas kedengaran rumit, hakikat sebenarnya ia tidaklah begitu sukar untuk difahami. Jadi di artikel ini kita akan melihat lebih dekat apa itu pasaran saham, cara ia berfungsi dan bagaimana anda boleh mula melabur dalam bidang ini.

Apa Itu Stock Market / Pasaran Saham ?

Pasaran saham membantu pelabur membeli dan menjual “share” syarikat, yang dikenali sebagai saham. Maksud kepada istilah yang digunakan biasanya merujuk kepada indeks utama seperti S&P 500 atau Dow Jones Industrial Average di mana ia digunakan untuk memantau prestasi saham sesebuah syarikat.

Cara ini lebih mudah digunakan untuk memantau harga saham kerana ianya agak sukar jika kita perlu memantau harga setiap satu saham.

Bursa pasaran saham akan merangkumi sebahagian daripada pasaran saham – biasanya syarikat terbesar atau paling penting – dan prestasi mereka biasanya dilihat sebagai mewakili keseluruhan pasaran.

Apabila pasaran ditutup tinggi, ini bermakna saham dalam indeks didagangkan lebih tinggi daripada yang mereka lakukan pada masa lalu. Jadi nilai pasaran meningkat secara keseluruhan. Apabila ia ditutup rendah, ini bermakna pelabur mungkin kehilangan wang kerana indeks saham jatuh. Jadi nilai pasaran menurun secara kesulurahannya. 

Mitos Pasaran Saham

Salah satu mitos umum tentang pasaran saham ialah ia ditentukan oleh ekonomi Amerika Syarikat. Sedangkan pada hakikatnya, pasaran saham sebenarnya boleh terjejas akibat ekonomi dan pada masa sama boleh juga menyumbang kepada kepesatan ekonomi. Sebagai contoh, jika pelabur percaya ekonomi kukuh atau akan berkembang, mereka akan mula melabur atau membeli saham. Dalam ekonomi yang kukuh, sesebuah syarikat biasanya akan mendapat keuntungan atau pendapatan yang lebih tinggi. Ini bermakna harga saham berkemungkinan besar akan meningkat. Yang sekaligus meningkatkan pendapatan atau bilangan pemegang saham.

Jika sebaliknya berlaku, atau jika terdapat potensi ancaman kepada ekonomi secara amnya, pelabur biasanya akan meletakkan wang mereka dalam pelaburan yang lebih selamat seperti bon atau jenis aset lain. Kejatuhan harga saham juga boleh berlaku semasa kejatuhan pasaran saham. Malah kejatuhannya boleh menyebabkan kemelesetan ekonomi. 

pasaran saham di olymp trade

Apa Pula Bursa Saham?

Bursa saham merujuk kepada organisasi untuk pelabur membeli dan menjual saham syarikat, atau share. Pada asasnya ia menggalakkan perdagangan saham melalui satu perkhidmatan, sistem dan alat. Bandingkan bursa saham dengan pasaran saham, yang merujuk kepada operasi umum perdagangan saham. Di mana ia termasuklah bursa saham, pasaran di kaunter (over-the-counter) dan sistem perdagangan elektronik.

Pada masa ini, Bursa Saham New York dan Nasdaq adalah dua bursa terbesar di dunia. Jika dilihat dalam kesemua jumlah sahamnya, kedua-duanya bursa ini bernilai sekitar $21 trilion. Kedua-dua bursa ini terletak di New York City. Di mana Nasdaq terletak di Times Square, manakala NYSE di Wall Street.

Bagaimana Pasaran Saham Berfungsi?

Saham dibeli dan dijual di pasaran saham, yang menghimpunkan pembeli dan penjual saham di dalam syarikat dagangan awam (public listed  company). Pasaran saham beroperasi seperti lelongan. Dengan bakal pembeli menamakan harga tertinggi yang sanggup mereka bayar (“the bid”) dan bakal penjual menamakan harga terendah yang mereka sanggup terima (“the ask”).

Pelaksanaan sebenar harga dagangan biasanya akan berada di berdekatan dengan harga “bida” atau “minta” atau di antaranya.  Dagangan boleh dibuat oleh broker saham, biasanya bagi pihak pengurus portfolio atau pelabur individu seperti anda. Di AS, pasaran saham terdiri daripada 13 bursa dan yang paling terkenal ialah Bursa Saham New York dan Nasdaq.

Bagaimana Bursa Saham Berfungsi?

Sekarang setelah anda memahami pasaran saham, mari kita terokai cara bursa saham berfungsi. Ideanya ialah bursa saham beroperasi seperti rumah lelong, di mana pembeli dan penjual boleh membuat dagangan dan merundingkan harga untuk saham.

Seperti yang dinyatakan, pasaran saham berfungsi melalui bursa seperti Nasdaq atau NYSE. Mana-mana syarikat akan menyenaraikan saham mereka di salah satu bursa ini. Dan mereka akan melalui proses yang dipanggil tawaran awam permulaan (initial public offering), atau IPO. Setelah saham disenaraikan, pelabur kemudiannya boleh membeli saham sesebuah syarikat itu dan syarikat tersebut boleh menggunakan dana tersebut untuk mengembangkan atau memajukan lagi perniagaan mereka. Bursa kemudian akan memantau penawaran dan permintaan saham yang tersenarai dan pelabur boleh berdagang sesama mereka.

Sesetengah bursa saham, seperti NYSE, berfungsi seperti lelongan di mana pembida berinteraksi secara langsung dengan penjual. Bursa yang lain pula seperti Nasdaq, mempunyai pembeli dan penjual yang menggunakan perkhidmatan dealer atau broker dan bukannya secara langsung antara satu sama lain.

Harga bagi setiap saham ditentukan oleh penawaran dan permintaan – atau berapa banyak pelabur saham sanggup membeli atau menjual. Kebanyakan pengiraan ini dilakukan melalui algoritma komputer. Stok hanya boleh dibeli dan dijual oleh broker berlesen melalui pembuat pasaran (market maker) yang telah ditetapkan.

olymp trade di bursa saham malaysia

Cara Melabur Dalam Pasaran Saham atau Bursa Saham

Setelah kita mengetahui cara pasaran saham dan bursa saham berfungsi, mari kita lihat pula pelbagai cara berbeza yang boleh  anda guna untuk melabur di pasaran tersebut. 

Kebanyakan orang sudah melabur dalam pasaran saham melalui akaun persaraan mereka seperti KWSP. Iaitu satu cara yang sangat berisiko.

Sebenarnya anda boleh membeli saham individu menggunakan wang yang tidak akan memberikan anda sakit jantung jika anda kehilangan wang tersebut. Apa yang perlu anda lakukan adalah,  anda perlu membuka akaun pembrokeran melalui broker dalam talian yang mempunyai reputasi yang baik seperti Olymp Trade. 

Jika anda mahukan sedikit panduan tentang hal tersebut anda boleh menghubungi khidmat pelanggan mereka yang sentiasa ada 24 jam sehari. Anda boleh menghubungi mereka melalui chat , email atau pun melalui telefon. 

Pegawai khidmat pelanggan Olymp Trade akan membimbing anda serta akan memberikan anda cadangan berdasarkan matlamat dan toleransi risiko anda (berapa banyak anda sanggup menghadapi kerugian jika saham anda tidak berfungsi dengan baik).

Cara Melabur Dalam Olymp Trade

Semua pilihan di atas pada dasarnya menggunakan orang tengah antara bursa saham dan anda. Ini bermakna anda mungkin perlu membayar yuran kepada broker atau penasihat kewangan anda untuk membantu anda membeli saham. 

Namun perlu anda ketahui bahawa , jika anda bercadang menggunakan platform Olymp Trade untuk membeli stok, ia tidaklah sama seperti anda membeli saham syarikat di bursa NYSE atau NASDAQ. Ini kerana di platform Olymp Trade anda sebenarnya tidak membeli saham syarikat tersebut tetapi sebaliknya anda berdagang pada perubahan dalam nilai saham tersebut. Maksudnya anda membuka trade dan menentukan sama ada harga saham tersebut akan naik atau turun setelah anda membuat analisa anda sendiri. Namun harga saham tersebut tetap sama seperti harga di pasaran saham global dan juga akan berubah mengikut perubahan semasa. 

Mod saham pada Olymp Trade iaitu mod FTT dan mod Forex membolehkan anda berdagang dalam algoritma seperti ini  – anda membeli saham dan sebaik sahaja harganya meningkat, anda menjualnya. 

motivasi kejayaan di olymp trade

Mengapa Nak Melabur Dalam Bursa Pasaran Saham?

Sebab yang paling jelas kenapa kita mempertimbangkan untuk melabur dalam pasaran saham adalah bertujuan untuk mencari pendapatan sampingan ataupun pendapatan tetap untuk sesetengah orang. Secara tidak langsung, pelaburan anda juga menyokong syarikat yang tersenarai untuk berkembang dan menyokong ekonomi secara keseluruhan.

Walaupun memerlukan masa untuk memahami pasaran saham dan cara ia berfungsi, sebaik sahaja anda memulakannya, teknologi telah memudahkan anda menguruskan sendiri portfolio kewangan anda. Dengan melabur, anda juga dapat meningkatkan pemahamana anda tentang dunia kewangan.

Tetapi perlu diketahui bahawa apa-apa jenis pelaburan yang anda lakukan, ia pasti datang dengan risiko (iaitu anda mungkin kehilangan wang). Tetapi ada juga potensi untuk anda meraih ganjaran atau keuntungan. Itulah sebabnya penting untuk anda menilai kebaikan dan keburukan melabur dalam pasaran saham sebelum anda membuat keputusan untuk terjun dalam dunia ini.

Dalam kebanyakan hal, melabur dalam saham ini adalah sesuai untuk jangka panjang. Jadi ia amat memerlukan kesabaran dari si pelabur. Jadi anda perlu mendidik diri sendiri dan melabur dengan bijak.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...