19.08.2020 Halaman Utama 0
Strategi Momentum

Momentum Memang Terbukti Pemenang

Strategi momentum adalah cukup teruji dan merupakan kegemaran bagi pelabur besar dan pengurus dana. Walau bagaimanapun, dengan platform perdagangan yang betul, pelabur bersaiz kecil dan sederhana juga boleh memperoleh ganjaran yang sama. Itu pun jika mereka mengikut beberapa peraturan yang mudah.

broker forex

Pernahkah anda tertanya-tanya, bagaimanakah pelabur “wang besar” boleh menjana berbilion-bilion dolar dalam jangka masa yang pendek dengan mendagangkan aset yang sama seperti anda? Salah satu strategi yang paling biasa digunakan oleh pelabur besar ini untuk memaksimumkan keuntungan mereka dikenali sebagai “momentum”. Strategi ini tidaklah susah untuk dipelajari.

Salah satu perkara yang saya selalu cuba lakukan bagi pembaca saya adalah untuk memudahkan sesetengah konsep perdagangan yang rumit. Ini supaya orang biasa boleh memperoleh kejayaan berdagang dalam pasaran tanpa perlu melaburkan puluhan ribu dolar ataupun lebih banyak lagi.

Seseorang mungkin beranggapan bahawa teknik perdagangan yang digunakan oleh pedagang profesional dan pengurus dana yang mempunyai capaian kepada jutaan dolar atau lebih banyak tidak dapat digunakan oleh pelabur kecil, tetapi ini tidaklah benar. Satu-satunya perbezaan besar ialah jumlah wang yang akan dibuat oleh setiap pelabur. Seperti biasa, ianya bergantung pada jumlah yang mereka boleh/akan risikokan.

 Momentum merupakan salah satu teknik yang paling berjaya dan paling sesuai digunakan di Wall Street serta bursa besar yang lain di seluruh dunia atas alasan yang kukuh. Strategi ini hanya memfokuskan “pemenang” dan tidak bertaruh pada “si kalah” dalam aset.

Saya akan menerangkan di bawah cara strategi ini berfungsi bersama dengan cara anda boleh menerapkannya dalam gaya perdagangan anda. Saya juga akan memberitahu anda kelebihan dan kekurangan strategi ini secara umum. Dengan cara ini anda boleh maju ke hadapan dengan idea yang jelas. Terutamanya tentang cara untuk memanfaatkan pengetahuan yang baru diperoleh ini.

 Apakah itu Perdagangan “Momentum”?

 Perdagangan momentum melibatkan kemasukan dalam aset SEBELUM ia menjadi sangat popular kepada “khalayak umum” dan kemudian keluar daripada aset SEBELUM jualan murah bermula apabila pedagang lain menyedari bahawa aset tersebut kini terlebih beli dan terlebih nilai.

 Hal ini kedengaran cukup mudah, tetapi seperti semua perkara dalam perdagangan, amat sukar untuk meramalkan jenis aset yang akan “melangit” atau “dilancarkan” pada masa depan yang terdekat. Perkara yang membezakan momentum adalah bahawa strategi ini mengelak daripada pengambilan risiko pada aset yang tidak terbukti. Sebaliknya ia memfokuskan aset yang telah menunjukkan prestasi.

 Ini tidak bermaksud bahawa aset perlu mempunyai nilai yang besar, tetapi sebaliknya aset perlu mempunyai jumlah dan turun naik yang mencukupi untuk menjamin pengambilan risiko atas kenaikan aset ini pada masa depan.

Fikirkannya sebagai ombak di pantai. Seorang peluncur sedang mencari riak yang dipercayainya akan menjadi ombak. Sekiranya dia mendahuluinya sebelum peluncur yang lain, dia akan dapat menaiki ombak tersebut.  Tetapi jika dia lambat, dia akan terlepas tunggangan yang terbaik.

Sebaliknya, jika dia tidak turun dari ombak sebelum terlambat, ombak itu akan membawanya ke pantai.  Dia perlu berenang jauh semula untuk mengejar ombak yang seterusnya. Kuncinya ialah pemasaan iaitu masa dia menaiki ombak dan meninggalkan ombak.

Perkara yang menarik tentang pelaburan adalah bahawa anda boleh memilih beberapa riak pada masa yang sama. Jika sesetengahnya tidak menjadi ombak, anda boleh menjual aset itu pada sekitar harga anda membelinya dengan keuntungan/kerugian yang sangat kecil.

Walau bagaimanapun, semakin banyak riak yang anda lihat dan tunggu, semakin banyak kerja yang perlu anda buat untuk memerhatikannya. Nasib baik, dengan peralatan perdagangan moden, hal ini tidak sesukar seperti dekad-dekad yang lepas.

broker forex

 

Faktor Utama dalam Momentum

1. Strategi ini selalunya menunjukkan pembelian dengan harga yang tinggi dan penjualan dengan harga yang lebih tinggi. Maksudnya anda bukan mencari aset yang kurang dikenali, tetapi aset yang telah menunjukkan prestasi dan mungkin meningkat lagi.

2.Aset perlu mempunyai kecairan dan turun naik yang tinggi. Ikuti aset yang mendagangkan sekurang-  kurangnya 5 juta saham sehari dan jauhi ETF dan indeks bagi strategi ini. Anda boleh meluangkan masa untuk mengetahui sama ada sesuatu saham memenuhi kriteria ini, tetapi broker seperti Olymp Trade yang saya gunakan hanya menawarkan saham yang memenuhi kriteria ini, jadi saya langsung  tidak perlu bimbang tentang kecairan.

    Strategi Momentum

3. Strategi ini berjangka pendek, tetapi bukan perdagangan harian atau intrahari. Kesabaran diperlukan    untuk membina ombak aset. Kadang-kadang ini akan memakan masa beberapa hari, tetapi selalunya  proses ini akan berlangsung selama beberapa minggu sebelum anda menutup satu kedudukan.

4. Titik keluar yang jelas dan mantap bagi setiap dagangan perlu ditetapkan untuk mengelakkan emosi.    Fikirkan Bitcoin pada beberapa tahun yang lalu. Orang yang mendapat keuntungan terbesar daripada  Bitcoin merupakan pedagang momentum yang masuk awal. Tetapi beliau mula keluar apabila kepopularan mendorong harganya ke atas $12,000 (akhirnya harganya mencapai $15,000 sebelum runtuh).   

Pedagang yang beremosi menyimpannya dan mengharapkan $20,000. Berbeza dengan pedagang momentum yang membelinya pada $5,000 atau kurang dan keluar apabila sasaran mereka tercapai.

5. Peralatan Stop Loss, Take Profit, dan Trailing Stop Loss adalah penting bagi strategi ini melainkan              anda  merancang untuk duduk di hadapan komputer anda sepanjang hari selama berminggu-minggu            tanpa henti. Saya mendapat peralatan ini secara percuma daripada Olymp Trade, tetapi sesetengah              broker sama ada tidak memilikinya atau mengenakan bayaran tambahan untuk menggunakannya.

 

Momentum memerlukan pedagang untuk membuat, menyesuaikan dan mengemas kini tahap Stop Loss dan Take Profit mereka ketika aset bergerak untuk memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan apa-apa kerugian mereka. Pengautomasian peralatan ini akan meningkatkan kualiti kehidupan anda jika anda seorang pedagang.

 

Beberapa Contoh Perdagangan Momentum

Saya telah menyebut Bitcoin serta kenaikan dan penurunannya yang cepat, tetapi marilah lihat contoh hebat perdagangan Momentum yang lain yang membuatkan saya dan ramai lagi mendapat keuntungan yang banyak dalam jangka masa yang pendek – Ripple (XRP).

 

Ripple

Ripple bukan mata wang kripto yang sebenar, tetapi mendapat kepopularan yang tinggi beberapa tahun yang lalu kerana orang ramai percaya bahawa ia mempunyai kebergunaan dalam pertukaran mata wang antarabangsa (tidak seperti kebanyakan altcoin, yang tidak mempunyai kegunaan sebenar, dan dengan itu, nilainya juga).

Ramai orang nampak potensi XRP dan pada kira-kira 10 sen ($.10) satu syiling, risikonya amat rendah. Walau bagaimanapun, setelah beberapa artikel berita tentang syiling ini diterbitkan, nilainya bertambah hingga 25 sen. Inilah masa untuk kemasukan pembeli momentum. Bukan semasa 10 sen kerana XRP belum terbukti dan belum cukup dimodalkan pada masa itu.

Pelabur momentum itu kemudian menaiki ombak kepopularan syiling ini semasa ia melonjak melebihi $1.00 dan kemudian mereka mula menjualnya dan menghasilkan wang yang banyak dalam proses tersebut.

Tesla

Tesla ialah satu lagi contoh yang baik bagi perdagangan momentum dan ia masih merupakan aset yang baik bagi perdagangan momentum. Produk yang berinovasi serta ketua syarikatnya yang bersikap terus terang memberinya publisiti yang baik, yang selalunya dapat menghasilkan lonjakan yang tinggi dalam harga.

Pedagang tidak perlu melabur dalam Tesla dengan awal untuk menjana keuntungan besar daripada syarikat tersebut. Pelabur momentum telah mendapat pulangan yang besar daripada Tesla baru-baru ini pada bulan Jun 2020 apabila nilai saham syarikat tersebut meningkat sebanyak 50% dalam masa beberapa hari. Perhatikan carta di bawah.

Strategi Momentum

Garisan mendatar hijau yang panjang itu menunjukkan pergerakan mendatar carta pada tahap 1000 yang berlangsung selama berminggu-minggu. Walau bagaimanapun, berdasarkan peristiwa berita serta godaan kesukaan orang ramai terhadap Elon Musk dan syarikatnya, kepopularan telah menaikkan lagi harganya.

Pedagang momentum memegang Tesla apabila mereka membelinya pada 1000 kerana mengetahui bahawa saham tersebut tidak mungkin turun di bawah titik itu. Jadi, apabila saham melambung, pedagang momentum akan mula menjualkannya pada julat yang ditetapkan sebelum ini (bar mendatar kuning) sebanyak 15% – 40%. Ada yang mungkin bertahan hingga mencecah 50%.

Dalam apa jua keadaan, kesemua mereka keluar dengan pulangan yang besar dan ramai yang berkemungkinan akan membeli saham Tesla lagi dan mengharapkan lonjakan lain yang boleh dimanfaatkan.

 

Manfaat Strategi Momentum

  1. Keberuntungan (ROI) tinggi pada lonjakan harga berdasarkan sentimen khalayak atau “kelompok” terhadap aset yang berisiko rendah kerana aset-aset ini mempunyai nilai sebenar atas sebab ia menguntungkan secara konsisten dan/atau mempunyai kecairan yang baik. Oleh itu, selalunya aset ini tidak akan menunjukkan penurunan yang besar dalam nilai.
  1. Kebanyakan aset yang berpotensi akan menunjukkan lonjakan harga jangka pendek disebabkan oleh sentimen “kelompok” yang disebutkan sebelum ini. Perkara ini lazimnya digelar sebagai “kegemaran hari ini” dan berita selalunya membantu mencetuskan lonjakan ini walaupun tidak ada alasan yang munasabah bagi peningkatan harga ini.
  1. Terdapat komisen yang minimum sebagai peratusan pembukaan dan penutupan perdagangan momentum, tidak seperti penggondolan dan strategi perdagangan harian/intrahari lain yang memerlukan lebih banyak kedudukan untuk membuka dan menutup.

 Tambahan pula, komisen bawa ke hadapan yang rendah yang dikenakan oleh Olymp Trade pada CFD memungkinkan pemegangan aset ini selama beberapa hari atau minggu tanpa risiko yang banyak dan tanpa memerlukan jumlah pelaburan yang besar disebabkan oleh peralatan keumpilan pengganda Olymp Trade.

 Kelemahan Strategi Momentum

  1. Strategi ini memerlukan pemerhatian setiap hari walaupun dengan penggunaan peralatan Stop Loss, Take Profit, dan Trailing Stop Loss. Pedagang perlu aktif memerhatikan aset-aset untuk mengelakkan kerugian dan lebih penting lagi, untuk mendapatkan keuntungan pada masa yang sesuai.

 Ingat analogi ombak yang kita bincangkan tadi. Anda perlu peka terhadap permulaan ombak dan masa yang sesuai untuk meninggalkannya sebelum ombak itu kehilangan momentum.

  1. Parameter Take Profit/Stop Loss memerlukan pengemaskinian untuk memaksimumkan keberuntungan strategi. Peralatan Trailing Stop Loss merupakan manfaat yang besar di sini, tetapi alat ini memerlukan sekurang-kurangnya pemantauan harian. Ini merupakan satu lagi sebab Olymp Trade menjadi pilihan saya sebagai broker kerana saya boleh mendapatkan semua peralatan ini secara percuma dengan akaun saya.
  1. Strategi Momentum tidak berfungsi dengan baik dalam pasaran Bear kerana tidak mempunyai peluang yang banyak untuk lonjakan harga ataupun ombak untuk ditunggang.

 Bawa Keuntungan Anda ke Tahap Baharu Tanpa Bertaruh

Strategi momentum boleh membantu pedagang mengambil langkah seterusnya ke arah perdagangan profesional. Ini kerana strategi ini memaksa pedagang supaya berdisiplin dan rajin serta bersabar dalam keputusan perdagangan mereka.

Tambahan pula, strategi ini menggalakkan perdagangan pada aset yang terbukti. Bukannya pada ratusan dan ribuan “pemula” yang mungkin atau tidak mungkin berkembang menjadi penjana wang. Dengan mendagangkan “pemenang”, pelabur kecil mengurangkan risiko dan pertaruhan yang mungkin diambil oleh mereka untuk melaburkan aset yang “berpotensi”.

Sekiranya anda belum mula berdagang, sekarang masa yang baik untuk bermula. Anda boleh mencuba strategi ini serta lain-lain yang telah saya bincangkan tanpa apa-apa bayaran atau risiko. Semuanya dilakukan dengan Akaun Demo percuma Olymp Trade yang memberi anda $10,000 mata wang maya untuk membiasakan diri dalam perdagangan.

cara mendaftar di broker forex olymp trade

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...