26.10.2020 Halaman Utama 0
MT4 Olymp Trade

MT4 Dan Olymp Trade

Olymp Trade menyediakan begitu banyak benda dalam platformnya sehingga kita sukar untuk membayangkan apa-apa lagi yang boleh diberikannya. Tetapi dengan MT4, itulah sebenarnya, lebih dan lebih lagi, dan hanya sedikit lagi.

MT4 Olymp Trade sememangnya pasangan perdagangan yang sempurna. MT4 merupakan salah satu terminal perdagangan yang paling berkuasa dan dihormati yang tersedia dalam pasaran. Sesuai untuk pedagang veteran yang menginginkan lebih banyak ciri analitis berbanding ciri yang tersedia di platform Olymp Trade. 

MT4 memperoleh kedudukannya sebagai salah satu terminal yang paling banyak digunakan di dunia, dengan beberapa alat, instrumen dan pemeribadian yang paling mengagumkan. Terminal ini merupakan tempat untuk anda menjalankan analisis mendalam, memantau beberapa carta sekali gus dan menggunakan alat perdagangan maju. 

Lebih Banyak Aset

MT4 Olymp Trade mempunyai pasangan mata wang, indeks dan logam baharu yang ditambah kepada daftarnya secara tetap. Pedagang boleh memperoleh keuntungan daripada turun naik won Korea atau melabur dalam indeks saham Itali.

MT4 Olymp Trade

Terdapat lebih daripada 70 aset yang tersedia untuk didagangkan. Forex memberikan potensi keuntungan yang lebih besar. Apabila memperdagangkan pasangan mata wang, anda boleh menggunakan leveraj tertinggi pada 1:400, 1:50 untuk logam dan 1:30 untuk indeks dan komoditi.

Alat yang Lebih Baik

Bahasa pengaturcaraan sumber terbuka MT4 membenarkan beribu-ribu pedagang untuk terlibat dalam pembangunan penunjuk. Hal ini menghasilkan sebilangan besar penunjuk unik yang boleh diakses oleh pedagang apabila mereka menggunakan terminal MT4 Olymp Trade.

Banyak penunjuk dan oscillator yang diperbaik ini tersedia secara percuma dalam domain awam. Mereka boleh dimuat turun, ditambahkan pada folder dalaman terminal dan didapati di bahagian “Tersuai”.

Apabila bekerja menggunakan MT4 Olymp Trade, pedagang boleh menggunakan beberapa carta sekali gus. Bilangan carta yang dibuka hanya dihadkan oleh kapasiti komputer. Membawa pemeribadian ke tahap seterusnya, jenis carta, skema warna dan ciri-ciri lain boleh dikonfigurasi secara individu untuk setiap carta.

MetaTrader 4 merupakan platform pertama yang memberi kuasa kepada pedagang untuk memanfaatkan robot perdagangan sebenar (Penasihat Pakar). Penasihat Pakar ini merupakan algoritma yang menganalisis pasaran dan memberikan nasihat perdagangan secara berterusan. Pelabur juga boleh membenarkannya untuk membuka, menutup dan mengurus dagangan anda secara umumnya.

Versi MetaTrader 4 yang patut Digunakan

Untuk pengalaman perdagangan terbaik, versi dengan fungsi penuh disyorkan. Tersedia untuk kedua-dua Windows dan Mac OS, ia memberikan kuasa dan fleksibiliti yang paling tinggi. Tersedia juga versi dengan fungsi yang terhad; versi web MT4 boleh digunakan dalam pelayar biasa dan aplikasi untuk iOs dan Android boleh digunakan di mana-mana sahaja.

MT4 Olymp Trade

Versi MT4 yang lebih ringkas membenarkan pedagang untuk mengakses akaun perdagangan mereka tanpa alat dan pemeribadian yang penuh. Pedagang mempunyai kebebasan untuk berdagang di mana-mana sahaja.

Cara Untuk Menggunakan MT4 Olymp Trade

Sebagai klien Olymp Trade, untuk mengakses terminal MT4 Olymp Trade, anda perlu menerima maklumat log masuk, mencipta kata laluan dan memuat turun terminal. Walau bagaimanapun, jika anda belum mempunyai akaun Olymp Trade, anda perlu mencipta satu akaun dahulu.

Langkah 1.

Pergi ke metatrader.olymp trade.com,

Log masuk menggunakan akaun Olymp Trade anda, atau mendaftar jika anda belum mendaftar pada platform sebelum ini.

Langkah 2.

Pilih akaun perdagangan demo atau sebenar dan sama ada akaun Standard (dengan susut nilai tetapi tiada komisen dikenakan pada dagangan) atau ECN (susut nilai adalah kecil, tetapi komisen kecil akan dikenakan apabila membuka dagangan).

Langkah 3.

Mendayakan pilihan Bebas SWAP untuk menggantikan bayaran swap berdasarkan faedah dengan komisen yang tetap.

Langkah 4.

Cipta kata laluan dan klik “Buka Akaun”

Setelah siap, anda akan menerima maklumat yang diperlukan untuk menggunakan terminal MT4 Olymp Trade.

Langkah 5.

Muat turun fail untuk Windows atau macOS dan pasang program tersebut. Untuk memasuki versi pelayar, klik Web. Aplikasi mudah alih tersedia melalui pautan langsung pada halaman yang akan menghala anda semula ke sama ada App Store atau Google Play.

Log masuk ke MT4 Olymp Trade buat Kali Pertama

Langkah 1. 

Lancarkan terminal, dalam tetingkap, anda akan nampak tempat untuk memilih pelayan perdagangan. Pilih OlympTrade-Live untuk log masuk ke akaun sebenar anda atau pilih Olymp-Trade-Demo untuk berdagang dalam mod demo. Kemudian klik “Seterusnya”.

Langkah 2. 

Pilih “Akaun perdagangan sedia ada”.

Langkah 3. 

Masukkan maklumat log masuk dan kata laluan MT4 Olymp Trade anda dan klik “Siap”. Untuk log masuk, gunakan kod yang dijumpai di sebelah butang “Log masuk”. 

MT4 Olymp Trade

Anda akan tahu bahawa pengesahan telah berjaya apabila carta yang dibuka mula menunjukkan harga semasa. 

Lebih Banyak Jenis Pesanan Dagangan

Terdapat lima jenis pesanan dagangan (trade order) yang tersedia melalui MT4 Olymp Trade:

Pelaksanaan pasaran

Untuk membuka dagangan yang akan dilaksanakan serta-merta pada harga pasaran semasa.

Had pembelian

Sejenis pesanan tertangguh. Digunakan apabila anda ingin membeli aset pada harga yang lebih rendah berbanding harga semasa.

Had jualan

Pesanan tertangguh ini digunakan untuk menjual aset pada harga yang lebih tinggi berbanding harga semasa.

Henti Pembelian

Pesanan tertangguh untuk membeli aset pada harga yan lebih tinggi berbanding harga semasa.

Henti Jualan

Pesanan tertangguh untuk menjual aset pada harga yang lebih rendah berbanding harga semasa.

Pesanan pasaran dilaksanakan serta-merta manakala pesanan tertangguh hanya dilaksanakan apabila harga aset mencapai nilai yang ditentukan. Hal ini membenarkan pedagang yang menggunakan MT4 Olymp Trade untuk memanfaatkan aset yang berbeza tanpa perlu membuat setiap dagangan pada harga yang diingini secara fizikal. Selain itu, anda juga boleh mengurus kedudukan anda secara cekap dengan menggunakan alat Stop Loss, Take Profit dan Trailing Stop di MT4.

Dengan MT4 Olymp Trade Lebih adalah Lebih

Melihat keseluruhan tawaran MT4 Olymp Trade kepada pedagang, kita boleh mendapati bahawa ciri-ciri yang disebut di atas menjadikan MT4 sebuah alat yang amat penting. Tawaran aset, alat dan cara untuk berdagang yang lebih banyak menjadikannya padanan yang tidak boleh disangkal. Digabungkan dengan minimum dagangan rendah dan maksimum tinggi Olymp Trade, platform ini boleh membawa fleksibiliti yang amat disukai kepada sesi pedagang. 

,Katalog terminal yang sentiasa ditambah dengan Penasihat Pakar, penunjuk dan oscillator yang diselaraskan dengan baik akan membantu anda memahami pasaran, menjejaki trend dengan lebih baik dan akhirnya menjadi lebih berjaya. Jika anda ingin membawa perdagangan anda ke tahap seterusnya dan meningkatkan kepakaran anda, MT4 Olymp Trade sememangnya alat yang anda perlukan. 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...