27.01.2020 Halaman Utama 0

Belajar Trading Kini Lebih Mudah

Syarikat Broker Olymp Trade telah mengumumkan pelancaran aplikasi pendidikan terbaru mereka yang dipanggil Olymp Plus. Aplikasi ini  menyediakan latihan untuk trader-trader baru dan juga yang berpengalaman. Ia membolehkan sesiapa saja mempelajari asas-asas perdagangan di mana saja dan pada bila-bila waktu saja. 

Aplikasi ini memuatkan pelbagai kursus pengenalan perdagangan yang luas pada instrumen kewangan, derivatif serta aset-aset, serta bahan  mengenai risiko dagangan serta cara mengatasinya. Pendek kata semua maklumat yang diperlukan untuk perdagangan semuanya ada di dalam aplikasi yang serba lengkap ini. 

Aplikasi Olymp Plus ini boleh dimuat turun secara percuma. Ia mengandungi pelbagai kandungan pendidikan, termasuklah teknikal analisa secara mendalam, video pendidikan, malah ia mengajar anda cara untuk melakukan trading dalam masa 30minit.

Semua bahan-bahan ini bertujuan untuk mengajar pedagang amatur mahupun yang professional mengenai amalan terbaik dalam perdagangan. 

 

Tujuan Olymp Plus Di Wujudkan

Literasi kewangan adalah sangat penting untuk semua orang pada hari ini. Sama ada mereka mahu menjadi trader atau tidak, aplikasi Olymp Plus membolehkan semua orang untuk mempelajarinya – tanpa mengira pengetahuan am mereka mahupun tentang pandangan mereka terhadap pasaran kewangan dan trend. 

Melalui bahan ini, Olymp Trade sebenarnya berniat untuk membantu pemula menjadi peserta yang bertanggungjawab, sentiasa up-to-date tentang keadaan pasaran, serta menyediakan mereka dengan alat yang mereka perlukan untuk berdagang dengan jayanya.

Matlamat utama Olymp Trade adalah untuk menyediakan bahan pembelajaran tentang pengetahuan asas kewangan kepada seberapa ramai orang yang boleh. 

Pendidikan adalah keutamaan terpenting bagi syarikat broker Olymp Trade. Oleh kerana itu mereka ingin memastikan bahawa para trader sedar tentang ketulusan mereka menyediakan bahan-bahan pembelajaran seperti yang ada di Olymp Plus . 

Selain daripada tujuan seperti yang disebut di atas, antara sebab lain Olymp Plus dicipta adalah kerana mereka melihat permintaan yang semakin meningkat untuk pembelajaran dari trader yang ingin belajar, serta yang ingin mengambil bahagian dalam pasaran. 

 

Kaya Dengan Kandungan Bermutu

Olymp Plus adalah aplikasi all-in-one untuk anda belajar tentang perdagangan. Olymp Trade telah merancang toolkit yang kaya dan percuma yang merangkumi bahan pembelajaran yang pelbagai. Terdapat hampir 100+ tajuk pembelajaran termasuk pelajaran singkat yang hanya mengambil masa 30 minit untuk dihabiskan.

Walaupun anda sedang dalam perjalanan, melalui aplikasi ini anda masih boleh mempelajari tips-tips Olymp Trade yang berguna, menonton video yang mencabar pemikiran anda serta menerokai teori canggih yang telah dipermudahkan untuk anda.

Peramal trend app ini akan membuat anda sentiasa bersedia untuk meramalkan perilaku pasaran sebenar. Penerangan bebas jargon tetapi terperinci ini meliputi idea-idea perdagangan yang boleh dikatakan rumit tetapi dipersembahkan dalam bahasa biasa.

Dengan semua maklumat berguna yang dipadatkan dalam satu aplikasi, anda boleh belajar asas yang sangat penting dalam selok belok perdagangan. Anda juga boleh memeriksa kemajuan serta pengetahuan anda dengan mengambil kuiz yang tersedia di aplikasi ini. 

Segala kursus serta maklumat di Aplikasi Olymp Plus ini telah direka oleh pakar kewangan Olymp Trade. Mereka dengan jayanya telah membawa dunia perdagangan yang rumit kepada istilah yang dapat dipahami. Mereka mengambil contoh dunia perdangangan sebenar untuk dimuatkan di dalam aplikasi ini supaya anda dapat belajar dengan cepat. Fitur trending yang ditunjukkan membolehkan anda meramalkan pergerakan harga berdasarkan kes sebenar.

Sebagai tambahan, pakar profesional juga telah betul-betul mengkaji untuk mencipta tips  yang dapat membantu meningkatkan prestasi perdagangan anda. Sememangnya aplikasi ini sepatutnya dimiliki oleh setiap traders kerana ia membolehkan sesiapa saja untuk belajar dari pakar industri. 

Interface Olymp Plus

 

WhatsApp Image 2020-01-27 at 2.05.15 PM                WhatsApp Image 2020-01-27 at 2.05.39 PM

Sekarang kami akan membawa anda mengenali Olymp Plus dengan secara lebih terperinci.

Setelah anda log masuk ke aplikasi Olymp Plus, anda akan terus melihat “Ramalan Hari Ini” di mana ia memberi maklumat mengenai trend terkini sesuatu aset. Maklumat tersebut akan memberi ramalan sama ada terdapat peningkatan atau penurunan harga aset tersebut dan waktu yang sesuai untuk membeli atau menjualnya. 

Di laman hadapan itu juga, ada dipaparkan keseluruhan aset yang ditawarkan serta keadaan graf dari sehari hingga ke sebulan serta analisa pasaran untuk aset tersebut.

 

Menu Pendidikan Olymp Plus

 

Di sebelah kiri atas laman web pula , terdapat dua garis lurus kecil yang apabila diklik akan membawa anda kepada Menu App tersebut. 

Selaras dengan matlamat aplikasi ini, di bahagian menunya terdapat Bahagian Pengetahuan, Analisis Pasaran serta Trend. 

WhatsApp Image 2020-01-27 at 2.06.00 PM

 

Pengetahuan

Di bahagian segmen pengetahuan, terdapat banyak panduan tentang dagangan yang diberikan. Ia mungkin terdiri dari satu pelajaran ringkas, kuiz , tip dagangan atau maklumat mengenai trading secara umum. Pembelajarannya merangkumi Opsi Digital dan juga Forex. 

Setiap topik yang dibincangkan diterangkan secara terperinci dan menyeluruh. 

Satu kelebihan aplikasi ini adalah semua bahan pendidikan yang dikongsikan diintegrasikan dengan saluran Olymp Trade yang lain. Contohnya seperti laman video YouTube Olymp Trade Global, artikel-artikel di laman blog Olymp Trade yang rasmi, serta mana-mana lagi laman web rasmi dari Olymp Trade.

Jadi dengan lain kata, Olymp Plus adalah jendela kepada semua perkongsian ilmu dari Olymp Trade. 

Apabila pengguna telah mencapai matlamat pendidikan mereka, mereka mempunyai peluang untuk memilih segment lain. Mungkin memilih untuk mempelajari ilmu yang lebih mendalam demi meningkatkan kemahiran mereka. Jika itu yang mereka mahu, Olymp Plus ada semua itu. 

WhatsApp Image 2020-01-27 at 2.06.30 PM

 

Analisis Pasaran

Dagangan dalam konteks yang betul boleh membuat perbezaan kepada profit yang besar. Kemampuan untuk memahami konteks pasaran di mana anda perlu membuat keputusan perdagangan boleh membantu anda menyaring perdagangan yang berpotensi mengakibatkan kerugian dan membolehkan anda mendapatkan lebih banyak peluang yang tinggi. 

Dalam segmen Analisis Pasaran ini, Olymp Plus akan menerangkan alat dan konsep yang digunakan untuk memahami konteks pasaran dan bagaimana ia dapat membantu anda membuat keputusan perdagangan yang lebih baik.

Pasaran tidak wujud secara berasingan, dan ianya sesuatu yang penting untuk melihat kelas aset lain untuk mendapatkan pemahaman tentang apa yang diharapkan semasa dagangan anda. 

Apa yang berlaku di Asia atau Eropah biasanya akan mempengaruhi aktiviti perdagangan di Amerika Syarikat nanti. Atau, sebaliknya, apa yang telah berlaku di Amerika Syarikat mungkin menjejaskan aktiviti perdagangan di Asia dan Australia.

Jadi sebelum memulakan hari dagangan anda, ia merupakan satu idea yang baik untuk menyemak aktiviti dagangan semalaman.

Anda tidak perlu menganalisis terlalu banyak pasaran, dan tidak perlu terlalu hilang dalam butiran; anda hanya mahu mendapatkan gambaran keseluruhan mengenai apa yang telah berlaku dan apa yang boleh memberi kesan untuk perdagangan anda. 

Di sinilah pentingnya Analisis Pasaran yang ditawarkan oleh Olymp Plus. 

WhatsApp Image 2020-01-27 at 2.06.55 PM

 

Trend

Bahagian terakhir dalam menu aplikasi ini adalah Trend. 

Analisis trend adalah teknik yang digunakan dalam analisis teknikal yang cuba untuk meramalkan pergerakan harga saham pada masa hadapan berdasarkan data trend baru yang diperhatikan. 

Analisis Trend adalah berdasarkan kepada idea bahawa apa yang telah berlaku pada masa lalu memberi maklumat kepada pedagang apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

Analisis yang berguna ialah apabila ia bergerak bersama trend, dan bukan melawan trend. Biasanya dagangan yang mengikut trend akan membawa keuntungan kepada pelabur.

Trend adalah arah umum yang diambil oleh pasaran semasa tempoh tertentu. Trend boleh naik ke atas dan ke bawah dan ia berkaitan dengan kenaikan harga pasaran ataupun penurunan harga. 

Walaupun tidak ada jumlah minimum masa yang diperlukan untuk arah yang dianggap trend, semakin lama arahnya dikekalkan, semakin ketara trendnya.

Analisis trend adalah proses untuk mencari trend semasa untuk meramalkan masa depan dan dianggap sebagai bentuk analisis perbandingan. 

Di itulah kegunaan segmen trend yang disediakan oleh Olymp Plus. 

WhatsApp Image 2020-01-27 at 2.07.20 PM

 

Pembelajaran Yang Mudah

Seperti yang telah di terangkan tadi, aplikasi ini dicipta untuk menjadikan perdagangan yang rumit menjadi mudah.

Kandungan yang kaya dengan maklumat dipadatkan ke dalam antara muka yang jelas dan simple. Kursus dan pengetahuan yang biasanya dimuatkan dalam buku bersaiz besar kini dibentangkan dalam bentuk aplikasi yang berguna.

Ambil peluang keemasan ini. Bawa aplikasi percuma Olymp Plus ini kemana saja dan anda boleh berdagang di mana sahaja pada bila-bila masa saja! 

 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...