30.03.2021 Halaman Utama 0
Zig Zag Indicator Olymp Trade

Zig Zag Indicator

Soalan paling biasa yang sering kita dengar adalah bagaimana seorang trader profesional meramalkan arah mana sesuatu aset akan bergerak. Ini adalah soalan cliche yang pasti ditanyakan oleh orang yang baru dalam dunia trading ini atau juga mereka yang telah lama mengikuti perkembangan industri kewangan secara dekat.

Jawapan yang mudah bagi soalan tersebut adalah melalui analisis carta.  Analisis carta adalah salah satu cara yang biasa digunakan oleh trader professional untuk meramalkan ke arah mana aset akan bergerak.

Di dalam artikel kami yang sebelum-sebelum ini, kami telah menulis mengenai pelbagai topik berkaitan dengan grafik charting dan petunjuk teknikal. Kami telah membahaskan petunjuk seperti Relative Strength Index (RSI) , momentum indicator (MA) , dan Bollinger Bands.

Pada artikel kali ini pula, kita akan meninjau tentang indikator Zig Zag, yang bukan merupakan alat perdagangan popular.

broker forex

Cara Melakukan Trading Menggunakan Zig Zag Indicator

Indikator ZigZag pada dasarnya adalah alat yang digunakan untuk membatalkan gangguan dalam pasaran dan cuba memvisualisasikan perkembangan sebenar yang telah dibuat oleh instrumen kewangan dari titik A ke titik B. Perisian indikator ZigZag cuba untuk menggambarkan naik turunnya setiap sesi perdagangan selama banyak kerangka waktu yang dapat dipilih oleh trader itu sendiri.

Penunjuk ini seperti kebanyakkan penunjuk yang lain adalah alat latar dan tidak interaktif seperti Pivot Points dan lain-lain. Alat ini biasanya disebut sebagai alat latar, yang hanya memberi anda maklumat dan bukannya menghitung dan memberikan anda titik masuk segera ke pasaran.

Penunjuk ZigZag biasanya digunakan pada tempoh volatility yang tinggi , jadi bagi pasangan forex ia bererti ianya untuk sepanjang masa. Keupayaan untuk mengetatkan jangka masa dan melihat tahap swing yang tinggi dan swing yang rendah pada sesi perdagangan tertentu boleh menjadi peluang sempurna bagi kebanyakan pedagang untuk mencari titik masuk.

Dalam panduan penunjuk perdagangan ZigZag ini, kami akan membincangkan cara bagaimana penunjuk ini berfungsi, dan persekitaran yang paling biasa yang dapat kita lihat ianya digunakan. Dan secara tidak langsung kami akan menyentuh cara memuat turun dan memasangnya juga.

 Muat Turun Indikator Zig Zag 

Penunjuk Zig Zag adalah alat perdagangan yang menghubungkan bahagian bawah yang ketara dengan bahagian puncak yang juga kelihatan ketara. Indikator ini tidak begitu popular di kalangan trader.  Dan sebenarnya, ia tidak disediakan sebagai petunjuk default di kebanyakan platform perdagangan seperti MetaTrader. Oleh itu, trader mesti memasangnya dari marketplace.

Proses untuk melakukannya agak mudah: Pada pada platfor, pergi ke code base, cari Zig Zag, muat turun indikator tersebut, dan kemudian , ianya sudah boleh digunakan pada carta.

Apabila anda menggunakannya, anda akan melihat garis kuning yang menghubungkan bahagian atas dan bawah seperti yang ditunjukkan pada carta di bawah.

zig zag Olymp trade

Cara Membaca Indikator Zig Zag

Membaca penunjuk Zigzag adalah mudah. Ia hanya menunjukkan ke mana arah tren tersebut. Jadi jika ia naik dari kiri bawah ke kanan atas, ia menunjukkan kenaikan harga (seperti gambarajah di atas). Atau dengan kata lain ia menunjukkan bahawa pasaran sedang dalam aliran menaik. Sebaliknya, jika penunjuk Zigzag jatuh dari kiri atas ke kanan bawah, ini menunjukkan bahawa trend negatif yang jelas. 

Walaupun begitu, indikator ini hanya memberitahu anda tentang tingkah laku pasaran secara keseluruhan. Jadi ia tidak semestinya memberi isyarat sama ada anda harus masuk atau tidak hanya berdasarkan arah garis pada carta. Walau bagaimanapun, ia memberi anda filter asas ke arah mana anda harus membuka posisi. (Dalam pengertian ini, ia digunakan sama seperti moving average.)

3 setting pada Zig Zag Indicator

Penunjuk zig zag mempunyai tiga tetapan. Tetapan default biasanya adalah depth, deviation, dan backstep. Nombor default untuk ketiga-ketiganya adalah 12, 5, dan 3. Seperti semua petunjuk, angka-angka ini dapat disesuaikan agar kena dengan gaya perdagangan anda. Bilangannya juga dalam bentuk peratusan.

Apakah maksud nombor-nombor tersebut?

Deviation adalah nilai minimum bilangan titik yang dinyatakan sebagai peratusan antara tinggi dan rendah untuk candlesticks yang bersebelahan. Ini bermaksud bahawa price action yang kurang dari 5% tidak diendahkan.

Depth pula adalah minimum lilin di mana zig zag tidak akan membuat maksimum dan minimum jika syarat nombor pertama diperlukan untuk pembinaan berlaku.

Akhir sekali, Backstep adalah bilangan minimum candlestick antara tinggi dan rendah.

Kesalahan yang harus dielakkan semasa menggunakan Zig Zag Indicator

Tidak kira betapa mudahnya penggunaan penunjuk ini, masih ada beberapa kesilapan yang dilakukan oleh kebanyakkan trader termasuklah trader veteran dari semasa ke semasa. Oleh itu, sangat penting bagi trader baru untuk mengetahui perkara ini dan berusaha menjauhinya semaksimum yang mungkin.

Kesalahan 1:  Menggunakan penunjuk ZigZag tanpa bantuan dari alat lain

Ya, memang betul bahawa penunjuk Zig Zag itu sendiri adalah alat yang sangat berguna. Ia dapat membantu menentukan di mana arah aliran bermula dan di mana arah alirannya akan berakhir. Tetapi signal itu tidak begitu kuat sehingga ia dapat memberikan maklumat tepat yang anda perlukan untuk membuat perdagangan yang berjaya.

Seperti yang telah disebutkan di awal tadi, bahkan penunjuk ZigZag yang terbaik sekalipun tidak lain hanyalah alat latar yang membantu memahami pasaran dengan lebih baik. Adalah lebih baik jika anda menambahkan alat lain daripada menggunakan Zig Zag sahaja untuk memberi arahan mengenai tempat untuk melakukan trade.

Kesalahan 2: Melakukan terlalu banyak pengiraan manual

Walaupun pengiraan manual boleh menjadi lebih mudah disesuaikan kerana anda tidak perlu bergantung pada pembukaan atau penutupan sesi pasar, ini sebenarnya dapat menyebabkan banyak masalah. Anda mungkin melihat pengiraan manusia mungkin jauh lebih mudah untuk diperibadikan, tetapi ia mempunyai kemungkinan besar akan menjadi tidak tepat. Kami tidak mengatakan bahawa anda tidak dapat membuat pengiraan yang betul. Tetapi hanya bergantung pada algoritma penunjuk ZigZag yang direka khas untuk melakukan pengiraan untuk anda dalam beberapa saat biasanya merupakan idea yang lebih baik daripada berusaha menyelesaikannya selama berjam-jam.

Kesalahan 3: Menggunakannya tanpa mengetahui tentang teori Elliot wave.

Penunjuk Zig Zag mungkin kelihatan sangat mirip dengan teori gelombang Elliot, bagi mereka yang sudah tahu mengenainya. Teori ini bertepatan dengan konsep teras dari apa yang diberikan oleh penunjuk Zig Zag kepada kita. Mewujudkan pasaran yang bersih dan mudah difahami tanpa ada tekanan volatility, adalah tujuan utama indikator Zig Zag. Semakin banyak anda mengetahui mengenai teori ini, semakin besar kemungkinan anda lebih memahami bagaimana penunjuk Zig Zag berfungsi.

zig zag olymptrade

Rumusan

Sesuatu yang harus diambil perhatian 

  • Zig zag cenderung berprestasi lebih baik dengan jangka masa yang lebih tinggi.
  • Zig zag tidak menunjukkan prestasi yang baik di pasar sideway yang berombak.
  • Zig zag tidak mengambil kira faktor teknikal lain.
  • Zig zag harus selalu digunakan dengan penunjuk lain, menjadikannya sebahagian dari sistem.
  • Zig zag boleh disesuaikan, dan harus diperhatikan mengikut kehendak trader 

Setelah diketengahkan semua fakta, jika digunakan dengan betul, petunjuk Zigzag boleh menjadi penunjuk sekunder yang sangat baik. Sebagai contoh, jika anda mencari potensi pullback untuk mula membeli, dan penunjuk Zigzag telah berubah arah berbanding pullback tersebut, ini memberitahu anda bahawa penunjuk tersebut percaya bahawa pasaran telah berubah arah.

Sesetengah trader mungkin melihat ZigZag sebagai “Trading Holy Grail”, tetapi anda harus ingat bahawa kaki terakhir (gelombang) Zig Zag mungkin membesar kerana mengikuti harga. Ia disebut ‘re-painting’.  Tetapi kejadian tersebut adalah standard memandangkan sifat indikator itu sendiri.

Anda harus menggunakan penunjuk ini untuk memantau kesihatan tren utama. Dan gunakannya dengan semua isi penting yang disebutkan di atas. Ia sekaligus dapat membantu para trader yang secara aktif memperdagangkan pasaran Forex dan pasaran kewangan yang lain.

Sedikit Mengenai Olymp Trade

Olymp Trade adalah broker Forex dan FTT yang telah memenangi pelbagai anugerah, yang diregulasi oleh badan berkecuali yang dipercayai.  Mereka menawarkan perdagangan di lebih daripada 500 instrumen kewangan melalui platform perdagangan paling popular di dunia: Aplikasi Mobile dan juga platform in-house mereka sendiri yang sangat stabil. Anda boleh mulakan dagangan anda dengan Olymp Trade pada hari ini di sini!

Disclaimer

Artikel ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, cadangan pelaburan, tawaran atau permintaan untuk sebarang transaksi dalam instrumen kewangan. Harap maklum bahawa analisis perdagangan tersebut bukanlah petunjuk yang boleh dipercayai untuk prestasi semasa atau masa depan, kerana keadaan dapat berubah dari masa ke masa. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas untuk memastikan anda memahami risikonya.

broker forex

 

 

 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...