Peranan Tukaran Mata Wang Asing Dalam Kehidupan Seharian
Walaupun kita mungkin tidak menyedarinya, pasaran tukaran mata wang asing mempunyai kesan yang mendalam terhadap kehidupan seharian kita. Daripada sesuatu yang paling jelas seperti tukaran mata wang asing yang perlu kita lakukan ketika melawat negara asing, kepada cara barangan kita diberi harga dan kadangkala, memberi kesan kepada turun naiknya gaji disebabkan oleh varians nilai mata wang kita berbanding mata wang negara asing di mana kita mempunyai kaitan perniagaan. Malah tanpa kita sedari, wang di bawah tilam kita juga sentiasa berubah nilainya!
Apa Itu Pasaran Tukaran Mata Wang Asing?
Sebelum kami menerangkan secara lebih terperinci tentang pasaran tukaran mata wang asing , anda boleh tonton video di bawah untuk ringkasan artikel ini.
Kami mentakrifkan pasaran sebagai tempat di mana orang ramai boleh bertemu antara satu sama lain untuk membeli atau menjual sesuatu. Ia boleh jadi tempat membeli dan menjual makanan seperti bazar Ramadhan atau “pasar” di laman web maya seperti eBay atau Amazon.
Selain dari “pasar-pasar” seperti itu, terdapat juga di dunia ini beberapa pasaran kewangan yang mantap yang terletak secara fizikal di bandar-bandar tertentu. Contohnya seperti Bursa Saham New York (NYSE) di New York dan Chicago Mercantile Exchange (CME) yang terletak di bandar besar Chicago.
Sebagai tambahan, ada juga pasaran berasaskan elektronik seperti NASDAQ. Dalam pasaran ini trader boleh menjual beli saham, komoditi, bon atau mata wang.
Di pasaran mata wang pula, yang juga dikenali sebagai pasaran forex, ia adalah tempat di mana pembeli dan penjual menukar mata wang Dolar, Euro, Pound, Yen, dan lain-lain
Mengapa Perlu Ada Pasaran Pertukaran Mata Wang Asing?
Pasaran pertukaran mata wang asing atau pasaran forex adalah alat penting untuk membolehkan transaksi perniagaan dilakukan antara mata wang yang berbeza. Bayangkan, sebagai contoh, pengeluar China yang mempunyai tempahan sepuluh ribu t-shirt daripada pemborong Eropah. Pengeluar China, kemungkinan besar mahu dibayar dengan dolar AS daripada pemborong Eropah, yang perlu menukar Euronya kepada dolar AS untuk membayar pengilang China. Pada masa yang sama pengeluar China perlu membeli kapas di pasaran kapas, yang didagangkan dalam dolar AS. Akhir sekali, pengeluar ini mungkin akan menukar keuntungan dolar AS kepada yuan China, untuk membelanjakannya kepada barangan dan juga membayar gaji pekerja di China.
Contoh lain adalah seperti kemungkinan pengeluar berfikir untuk membuka perniagaan di England. Jadi ia akan menukar sebahagian daripada dolar ASnya kepada pound British.
Tanpa pasaran mata wang, urus niaga ini tidak boleh dijalankan secara adil. Dengan adanya pasaran bebas, beribu-ribu peserta memutuskan nilai aset adalah cara paling logik dan adil untuk memberikan sesuatu nilai kepada aset tertentu.
Pasaran pertukaran mata wang asing menyediakan mesin untuk membuat pembayaran antarabangsa, untuk memindahkan kuasa beli dari satu mata wang ke mata wang lain. Ia juga untuk memastikan bahawa nilai relatif setiap mata wang adalah jelas dan universal.
Sejarah Mata Wang
Untuk pengetahuan pembaca, sudah terdapat pengurup wang di zaman Greece Purba lagi. Tetapi pertukaran mata wang asing seperti yang kita ketahui sekarang telah banyak berkembang sejak itu. Sejak tahun 1970-an, perubahan struktur yang mendalam telah berlaku dalam sistem kewangan dan ekonomi dunia. Antaranya
- Penyahkawalseliaan kewangan di seluruh dunia >> menghasilkan kebebasan yang lebih tinggi untuk urus niaga kewangan dan peningkatan persaingan dalam kalangan institusi kewangan.
- Liberalisasi perdagangan antarabangsa, dalam perjanjian perdagangan pelbagai hala >> Perkembangan besar urus niaga modal antarabangsa.
- Kemajuan besar dalam teknologi >> membolehkan penghantaran maklumat pasaran secara serta-merta, dan pelaksanaan transaksi kewangan yang pantas dan boleh dipercayai.
- Pembangunan instrumen kewangan baharu dan kemajuan dalam pemahaman sistem kewangan.
Kesemua ini menyediakan persekitaran yang sihat untuk pembangunan dalam perdagangan pertukaran mata wang asing.
Malah dalam dekad pertama abad ke-21, kemajuan teknologi yang hebat dalam perdagangan berasaskan internet telah membolehkan trader runcit mendapat akses yang mudah ke pasaran forex, yang secara tradisinya didominasi oleh bank global.
Siapa Pemain Pasaran Forex ?
Kerana anda akan berdagang dengan (atau mungkin menentang) trader lain, adalah sangat penting untuk mengetahui siapa pemain dalam pasaran mata wang ini:
Di bahagian atas hierarki terdapat sekumpulan bank utama yang perdagangannya mempengaruhi kadar pertukaran secara besar-besaran. Mereka disambungkan dalam pasaran ini melalui dua perkhidmatan elektronik, EBS dan Reuters Dealing.
Bank-bank ini membentuk rangkaian yang dikenali sebagai pasaran antara bank, yang merupakan pusat Pasaran Forex. Ia adalah tempat dari mana diperolehi kadar pertukaran yang ditawarkan oleh broker anda kepada anda. Bank-bank utama ini bukan saja berdagang untuk pelanggan mereka, tetapi juga untuk akaun bank itu sendiri (yang dikenali sebagai proprietari desk, atau hanya “prop desks”).
Kerajaan dan Bank Pusat pula adalah jenis pemain yang istimewa. Ini kerana mereka menyebabkan perubahan pada harga kadar pertukaran disebabkan oleh dasar monetari atau fiskal mereka, terutamanya dengan perubahan kadar faedah.
Kemudian ada Dealer dan Broker. Di mana mereka menyediakan pelanggan mereka akses kepada pasaran forex. Kemudiannya mereka akan mengecaj pengguna tersebut melalui spread, komisen, atau kedua-duanya. Broker memperoleh keuntungan melalui caj ini. Tetapi ada juga yang mengambil kedudukan untuk menentang pelanggan mereka sendiri. Dalam kes yang paling teruk, mereka mendapat keuntungan daripada menipu pelanggan, menyamarkan harga, melonjakkan zon untuk menjalankan pesanan, atau menggunakan sebut harga semula (requote) atau gelinciran (slippage) apabila tiada penurunan harga sebenar.
Amalan penipuan ini lah yang menyebabkan ramai orang memilih untuk berdagang hanya di pasaran terkawal. Dan cara penipuan begitulah yang membuatkan anda patut beringat dah perlu berhati-hati apabila memilih broker yang mahu anda gunakan.
Untuk pemain forex yang selebihnya, secara amnya ia boleh diklasifikasikan kepada dua kategori: transaktor kewangan dan spekulator. Ketika transaktor kewangan perlu mengambil bahagian dalam pasaran FX sebagai sebahagian daripada keseluruhan perniagaan mereka, spekulator pula secara jelas berada di dalamnya untuk mendapat keuntungan dari pasaran tersebut.
Transaktor kewangan
Transaktor kewangan kebanyakkannya adalah hedgers dan pelabur kewangan. Sebagai transaktor kewangan, syarikat tersebut mengambil bahagian dalam pasaran FX untuk melindung nilai risiko perubahan mata wang demi untuk melindungi faedah. Manakala pelabur kewangan perlu membuat pertukaran mata wang untuk membuat pelaburan antarabangsa. Jadi perniagaan mereka berada di tempat lain selain daripada pasaran forex, tetapi mereka perlu menyertai pasaran ini untuk menjalankan perniagaan mereka dan mengurangkan risiko.
Spekulator kewangan
Sebaliknya, spekulator, yang menghasilkan kira-kira 90% daripada volum forex, adalah pemain yang matlamat utamanya adalah untuk mendapatkan keuntungan daripada amatan mereka pada pasaran ini. Hedge Funds, CTA atau prop desk bank yang telah disebut tadi adalah pemain besar dalam kategori ini. Manakala trader runcit biasanya mendapati diri mereka berada di bahagian bawah piramid forex.
Ciri-ciri utama pasaran Forex
Mengapa anda ingin berdagang di pasaran tukaran mata wang asing? Pasaran forex atau tukaran mata wang asing mempunyai beberapa ciri yang menjadikannya sangat menarik untuk trader. Contohnya seperti kecairan/liquidity yang besar, kos dagangan yang rendah dan peluang untuk berdagang pada bila-bila masa.
Pasaran Tidak Dikawal
Pertama sekali, pasaran Forex ialah pasaran yang tidak dikawal. Ia juga dikenali sebagai OTC (Over The Counter). Menjadi tidak dikawal bermakna ia tidak mempunyai pasaran pusat atau pengawal selia yang menentukan harga dan peraturan. Sebaliknya ia dibentuk oleh beberapa bank dan broker. Bank dan broker ini membenarkan perdagangan antara pemain forex di mana ia membenarkan setiap bank atau broker menentukan harganya sendiri.
Bagi kebanyakan orang ini adalah kelemahan utama pasaran forex, kerana ini adalah peluang broker untuk memanipulasi harga. Tetapi, pada masa yang sama, ketidaktentuan ini mewujudkan daya saing antara broker untuk menawarkan spread yang lebih ketat dan perkhidmatan yang lebih baik.
Bagaimanapun, menjadi pasaran terkawal tidak bermakna ianya bebas daripada manipulasi harga. Tetapi ia lebih bermaksud bahawa manipulasi hanya boleh dilakukan oleh pengawal selia pasaran, seperti CME pada pasaran masa depan, mempunyai monopoli dalam peraturan pasaran, dan boleh mengubahnya pada bila-bila masa.
Oleh kerana ia adalah pasaran yang tidak dikawal, forex tidak mempunyai jadual pratakrif yang ketat. Tetapi adalah mungkin untuk memperdagangkannya setiap hari pada setiap jam (Ketahui waktu aktif trading forex). Secara praktikal, disebabkan kejatuhan kecairan yang besar akibat penutupan bank, waktu hujung minggu dahulu tidak boleh diniagakan. Ini kerana selalunya tiada pergerakan besar dan spread yang sangat luas disebabkan kecairan yang sangat rendah. Selain daripada itu, kerana pembekal kecairan mereka (bank) ditutup, kebanyakan broker forex menggunakan masa ini untuk penyelenggaraan server mereka, dan menutup pasaran mereka antara penutupan sesi Jumaat NY sehingga pembukaan sesi Isnin Wellington dan Sydney.
Jadi adalah sangat digalakkan untuk trader memanfaatkan hujung minggu untuk memutuskan internet/wifi dan menyegarkan kepala. Inilah juga masanya membuat perancangan untuk minggu dagangan seterusnya.
Kecairan Yang Besar
Satu lagi ciri penting pasaran FX ialah kecairan yang besar, yang membenarkan kos operasi yang rendah. Selalunya broker tidak mengenakan komisen langsung; tetapi ia tidak bermakna ianya percuma. Sebaliknya komisen ini termasuk dalam spread antara harga tawaran dan permintaan.
Pasaran Forex juga merupakan pasaran dengan sejumlah besar instrumen untuk berdagang. Jadi anda boleh mempelbagaikan dan mengimbas pasaran secara kilas untuk mencari peluang terbaik.
Terdapat empat pasangan mata wang utama (EUR/USD, USD/JPY, GBP/USD dan USD/CHF) yang melibatkan lebih sedikit daripada separuh daripada semua volum dagangan harian. Pasangan kecil (USD/CAD, AUD/USD dan NZD/USD) melengkapkan pasangan dagangan utama yang termasuk dolar A.S.. Pasangan yang terdiri daripada dua mata wang bukan USD dipanggil pasangan mata wang cross-currency pairs, atau crosses (contohnya EUR/GBP, NZD/JPY atau GBP/NOK).
Jana Duit Dengan Tukaran Mata Wang Asing
Pelaburan forex adalah salah satu jenis pelaburan yang paling berpotensi untuk memberi ganjaran. Walaupun sudah tentu risikonya besar, keupayaan untuk menjalankan dagangan marginal di forex bermakna potensi keuntungan adalah sangat besar berbanding dengan pelaburan yang memerlukan modal awal.
Satu lagi faedah forex ialah saiznya menghalang hampir semua percubaan sesiapa saja untuk mempengaruhi pasaran untuk keuntungan mereka sendiri. Walaupun melabur dalam forex jangka pendek seperti yang ditawarkan oleh Olymp Trade, memerlukan tahap ketekunan tertentu, trader yang menggunakan analisis teknikal boleh berasa agak yakin bahawa keupayaan mereka sendiri untuk membaca turun naik harian pasaran mata wang adalah mencukupi untuk memberi mereka pengetahuan yang diperlukan untuk membuat pelaburan termaklum.
2 Responses
Pertukaran mata wang asing wujud bukan sahaja untuk melaksanakan aktiviti ekonomi asing, seperti yang diterangkan dalam artikel ini. Bahagian besar dalam turun naik harga mata wang memainkan peranan pertukaran mata wang untuk keperluan peribadi.
Bayangkan berapa ramai orang mengembara ke seluruh dunia, sama ada perjalanan perniagaan atau percutian, malah untuk tujuan pendidikan. Dalam semua kes ini mereka perlu membeli mata wang negara lain.
Saya tidak boleh mengatakan apa yang mempengaruhi pasaran forex lebih perdagangan asing atau keperluan peribadi.
“Orang biasa tidak menyedari bagaimana pertukaran mata wang adalah penting dalam kehidupan sebenar. Kita tidak dapat membeli produk yang kita biasa beli tanpa pertukaran mata wang yang betul.
Walaupun pertukaran mata wang di olymp trade agak berbeza daripada dagangan antarabangsa. Terdapat beberapa prinsip asas.
Secara keseluruhan, artikel ini bagus untuk memahami lebih lanjut tentang bagaimana ekonomi global berfungsi dan cara ia mempengaruhi kehidupan kita semua.”