20.02.2020 Halaman Utama 91
akaun google

Google Authenticator dan Bagaimana Ia Ditetapkan

Kembali pada hari-hari awal internet muncul, di mana keadaan agak lebih santai, hanya kata laluan yang anda perlukan untuk mengamankan akaun Google anda. 

Tetapi pada masa ini, kerana teknologi telah maju dengan  sekelip mata, kata laluan sahaja tidak lagi mencukupi. Inilah sebabnya mengapa semua orang mesti mencipta dan menggunakan pengesahan dua faktor sebagai lapisan keselamatan tambahan. 

Google Authenticator boleh membantu untuk hal tersebut.

Pengesahan dua faktor (2FA) juga dikenali sebagai Pengesahan Dua Langkah atau Pengesahan Multi-Faktor. Tetapi tidak kira apa nama yang anda gunakan, semuanya berfungsi dengan cara yang sama. Kami boleh katakan  yang anda silap jika anda tidak menggunakannya jika laman web tersebut menyediakan fitur tersebut. 

Sebabnya mudah – Kerana ia akan menjadi satu pengalaman yang berbeza jika akaun anda digodam dengan tidak digodam. 

Untuk pengetahuan umum, semua laman web utama, seperti Gmail, Facebook, Twitter, dan Dropbox mempunyai 2FA untuk pengguna mereka termasuklah Platform Olymp Trade

Apakah Pengesahan Dua Faktor di Akaun Google

Bagaimana Ia berfungsi?

2FA adalah lapisan keselamatan kedua bagi akaun dalam talian anda (kata laluan biasa anda menjadi lapisan pertama). Ini adalah kod yang mesti dimasukkan ke dalam laman web yang sedang digunakan – selepas kata laluan anda – untuk membuktikan anda adalah pemilik akaun yang sah.

Terdapat tiga kaedah untuk mendapatkan kod 2FA ; menggunakan aplikasi pengeset seperti Google Authenticator, mendapatkan mesej teks pada telefon mudah alih anda (cara yang tidak disarankan kerana pengkelasan kad SIM) dan YubiKey. 

Kaedah yang paling selamat adalah aplikasi pengesahan. Jadi di artikel kali ini kami akan menunjukkan kepada anda cara menyediakan dan menggunakan Google Authenticator, aplikasi yang popular dan mudah digunakan untuk 2FA.

Apa itu Google Authenticator?

Aplikasi Authenticator ialah aplikasi telefon pintar, yang secara automatik menjana kod 2FA baru untuk setiap akaun anda yang dikonfigurasi setiap 30 saat. Anda mesti memasukkan nombor yang betul yang ditunjukkan pada skrin pengeset di kotak masuk laman web anda, sebelum kod tamat dan kod baru dihasilkan di tempatnya.

Jika anda membuat kesilapan, katakanlah untuk tiga kali berturut-turut, anda akan dikunci untuk jangka waktu tertentu.

Jadi, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memuat turun dan pasang aplikasi Google Authenticator pada telefon pintar anda. Ia boleh didapati secara percuma untuk kedua-dua Android dan iOS. Abaikan ulasan buruk. Sesetengah orang mengadu tentang bagaimana “basic” nya aplikasi ini dibandingkan dengan aplikasi saingannya. Tetapi percayalah kadang-kadang basic adalah yang terbaik. Anda tidak perlu mengkomplikasi kesemua perkara.

Seberapa selamatkah pengesahan dua faktor di akaun Google anda?

Jika anda tidak menggunakan 2FA, penggodam potensial hanya memerlukan kata laluan anda dan kemudiannya akan masuk ke akaun anda dengan mudah. Memandangkan pada hari ini semua perkara disimpan dalam e-mel ( cthnya butiran kad kredit), keadaan pasti akan menjadi huru hara  jika penggodam berjaya masuk.

Tetapi bagaimana jika anda menggunakan 2FA? 

Kesemua situasi tersebut akan berubah. Untuk mendapatkan kod 2FA, penggodam mesti memiliki telefon pintar anda secara fizikal dan mengetahui PIN ke telefon bimbit anda. Mereka kemudian perlu membuka Google Authenticator pada masa yang tepat untuk mendapatkan kod yang betul sebelum ia berakhir dalam masa tiga puluh saat.

Memang tidak dapat dinafikan yang kerja memasukkan kod itu mungkin dilihat oleh sesetengah orang agak menjengkelkan, tetapi mengambil sepuluh detik tambahan untuk memasukkan kod kedua adalah jauh lebih baik daripada data peribadi anda digodam dan dicuri.

Mulakan Dengan Google Authenticator

Sekarang kami akan tunjukkan kepada anda bagaimana untuk menetapkan konfigurasi akaun 2FA pertama anda. Banyak laman web menawarkan 2FA – lihat bahagian Keselamatan tapak yang dipersoalkan. Atau periksa laman web ini yang menyimpan senarai website mana yang menawarkan fitur ini  dan siapa yang tidak.

Untuk contoh kali ini, kami akan menunjukkan kepada anda cara untuk menetapkan akaun Gmail dengan Google Authenticator. Manfaat untuk menggunakannya dengan Google ialah 2FA akan melindungi keseluruhan akaun Google anda; pada kesemua perkhidmatan Google seperti Gmail, Drive, Kalendar, YouTube dan banyak lagi. Jadi ini adalah tempat yang baik untuk bermula.

Menyediakan Google Authenticator Di Akaun Google

Pergi ke halaman tetapan Akaun Google anda dan log masuk.

Pada halaman yang berikut, klik Security di sebelah kiri bar sisi.

  • Skrol ke bawah untuk masuk ke Google dan di sebelah kanan, anda akan melihat pilihan untuk Pengesahan 2 Langkah. Klik pada tetapan tersebut.

OT Blog GA 1

  • Pada skrin seterusnya, log masuk sekali lagi dan kemudian klik Get Started yang berwarna biru di bahagian bawah.

OT Blog GA11

 

  • Pada skrin seterusnya, anda akan diminta untuk memilih kaedah pengesahan identiti semasa menetapkan 2FA. Pilihan mereka yang ketara adalah “Google prompt” yang dihantar ke aplikasi Gmail pada telefon atau tablet anda. Sekiranya anda tidak memasang aplikasi Gmail, atau anda memilih untuk tidak menggunakannya, anda boleh memilih untuk membuat panggilan telefon, mesej SMS atau menggunakan kunci keselamatan anda. Ini memerlukan anda memberikan Google nombor telefon bimbit anda.
  • Sebaik sahaja anda telah memberi respons kepada Google Prompt dan memasukkan kod pengesahan, anda akan ditanya sama ada anda mahu menghidupkan pengesahan dua faktor. Klik butang TURN ON berwarna biru dan proses akan bermula.

Menetapkan Backup codes dan Authenticator app

Jika anda kini skrol ke bawah halaman, anda akan melihat dua bahagian – Backup codes dan Authenticator app. Ini adalah dua bahagian seterusnya untuk ditetapkan.

  • Klik pada Backup Codes dan kotak kecil akan dibuka dengan sepuluh kod. Saya kaburkan sebahagian daripada kod saya supaya anda tidak dapat melihatnya dan menggunakannya! Muat turun senarai dan simpannya di tempat yang sangat selamat. Jika anda kehilangan telefon anda, Backup Codes ini adalah satu-satunya cara untuk masuk anda ke dalam akaun anda.

 

OT Blog GA3

 

  • Sekarang pergi ke bahagian Authenticator app. Pertama sekali, anda akan ditanya jenis telefon yang anda miliki.

OT Blog GA4 (1)

 

  • Anda akan diminta melog masuk semula. Sebaik sahaja anda melakukannya, kod QR akan muncul di bahagian atas skrin.

OT Blog GA6

  • Sekarang buka aplikasi Authenticator pada telefon anda dan di bahagian atas, anda akan melihat ikon “tambah” di bahagian atas sebelah kanan. Klik pada tanda tersebut.

 

OT Blog GA7

 

  • Di bahagian bawah skrin Authenticator, anda akan melihat dua pilihan – Scan barcode dan Manual entry. Pilih Scan Barcode. 

OT Blog GA8

  • Arahkan skrin telefon anda pada kod QR dan ia akan segera buzz. Nombor 2FA kini akan muncul pada skrin Authenticator anda.

OT Blog GA9

 

  • Anda perlu memasukkan nombor ini ke dalam bahagian Authenticator di akaun Google anda. Sebaik sahaja anda melakukannya, 2FA akan segera tersedia. Mulai sekarang, setiap kali anda log masuk ke akaun Google anda, anda akan diminta kod 2FA, tetapi anda boleh memasukkan  komputer peribadi anda ke “peranti yang dipercayai” di senarai putih. 

Menukar ke Telefon Baru?

Telefon baru? Memindahkan Google Authenticator adalah salah satu perkara pertama yang perlu anda lakukan.

Apabila anda mendapat telefon baru, memindahkan aplikasi Google Authenticator anda dan kod dua faktor adalah langkah penting, tetapi prosesnya sangat mudah yang kami pasti anda tidak akan lupa. 

Inilah yang perlu anda lakukan untuk memindahkan Google Authenticator ke peranti lain.

Langkah 1: Pasang aplikasi Authenticator pada iPhone baru atau telefon Android baru anda.

Langkah 2: Pergi ke  bahagian pengesahan dua langkah di komputer anda. Log masuk ke akaun Google anda untuk melihat tetapan 2FA semasa anda.

OT Blog GA9

* Pastikan anda mempunyai kedua-dua telefon lama dan baru berdekatan apabila memindahkan Google Authenticator.

Langkah 3: Klik pada Change Phone pada bahagian aplikasi Authenticator. Pilih jenis telefon yang akan anda gunakan (Android atau iPhone) dan ikut arahan. Jika anda ingin memadamkan terus Google Authenticator, klik pada ikon tong sampah dan sahkan keputusan anda. Google akan kembali untuk memberikan kod 2FA anda melalui SMS.

Langkah 4: Buka aplikasi Authenticator pada telefon baru anda dan ketik Begin > Scan barcode.  Imbas kod QR yang dipaparkan di laman web Google dengan apl Authenticator, kemudian masukkan kod enam angka untuk mengesahkan yang kesemuanya berfungsi dengan baik. Sebaik sahaja itu selesai, kod pada peranti lama anda tidak lagi sah.

OT Blog GA10

Ulangi proses ini untuk setiap perkhidmatan yang sedang anda gunakan dengan Google Authenticator, sama ada Apple, Facebook, Dropbox, atau Amazon. Jangan padamkan aplikasi Authenticator dari telefon lama anda sehingga anda telah memindahkan semua akaun ke telefon baru anda, jika tidak, anda akan terkunci daripada akaun tersebut – dan tiada siapa yang menginginkan hal tersebut dari berlaku.

Kesimpulan

Seperti yang dapat anda lihat, pengesahan dua faktor tidaklah begitu sukar seperti membuat roket, terutama dengan adanya aplikasi Google Authenticator. Ia hanya memerlukan sedikit kaedah cuba mencuba  pada sekitar tetapan, dan juga sedikit tetapan pada telefon pintar anda. Jangan malas dan ragu menggunakannya kerana ia dapat menyelamatkan anda dari sakit kepala yang lebih teruk akibat data yang digodam.

 

broker forex

 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...