09.03.2021 Halaman Utama 0
pengurusan risiko forex

Pengurusan Risiko Forex

Pengurusan risiko forex adalah salah satu topik penting, jika tidak yang paling penting, ketika melakukan trading. Di satu sisi, trader berharap untuk mengalami kerugian sekecil yang mungkin, tetapi, di sisi yang lain, mereka juga ingin mengaut keuntungan sebanyak mungkin dari setiap perdagangan yang mereka lakukan. 

Penyebab utama mengapa kebanyakkan trader Forex kehilangan wang bukan hanya disebabkan oleh pengalaman yang kurang atau kurang pengetahuan mengenai pasaran.  Tetapi kebanyakkannya adalah kerana pengurusan risiko yang buruk. Jadi kami ingin tekankan di sini bahawa pengurusan risiko yang betul adalah keperluan mutlak untuk menjadi seorang trader yang berjaya.

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda , apa yang perlu anda ketahui mengenai pengurusan risiko. Kami juga akan memberikan tiga tips penting mengenai topik ini.  Diharap dengan perkongsian ini, ia dapat membantu anda dalam perjalanan untuk mengalami pengalaman perdagangan yang kurang tekanan di Olymp Trade. 

Memahami Pengurusan Risiko

Pasaran Forex adalah salah satu pasaran kewangan terbesar di dunia dengan jumlah transaksi melebihi USD5.1 trilion USD setiap hari! Dengan mengambil kira semua wang ini, bank, pertubuhan kewangan dan individu trader berpotensi untuk membuat keuntungan yang besar dan pada masa yang sama boleh menghadapi kerugian yang besar juga.

Risiko perdagangan forex bermaksuh risiko kerugian yang mungkin berlaku semasa melakukan trading. Risiko ini mungkin merangkumi:

Risiko Pasaran

Risiko pasaran berlaku apabila pasaran kewangan berprestasi berbeza seperti yang anda harapkan. Ia merupakan risiko yang paling biasa dalam perdagangan Forex. Sebagai contoh, anda yakin dolar AS akan meningkat berbanding Euro dan disebabkan itu anda memutuskan untuk membeli pasangan mata wang EURUSD. Tetapi sebaliknya berlaku, jadi,  anda akan kehilangan wang.

Risiko Leverage

Sebilangan besar trader Forex menggunakan leverage untuk membuka perdagangan yang jauh lebih besar daripada jumlah deposit di akaun perdagangan mereka. Dalam beberapa kes, jika trading mereka mengalami kerugian,  ia menyebabkan kehilangan wang yang lebih tinggi daripada apa yang mereka depositkan ke akaun trading mereka. 

Risiko Kadar Faedah

Kadar faedah ekonomi boleh memberi kesan pada nilai mata wang ekonomi itu. Yang bermaksud trader boleh menghadapi risiko perubahan kadar faedah yang tidak dijangka.

Risiko Kecairan (Liquidity)

Beberapa mata wang lebih cair daripada yang lain. Sekiranya pasangan mata wang mempunyai kecairan yang tinggi, ini bermakna terdapat lebih banyak penawaran dan permintaan untuk mereka dan, oleh itu, perdagangan dapat dilaksanakan dengan cepat.

Untuk mata wang di mana permintaannya kurang, mungkin ada kelewatan antara anda membuka atau menutup trade di platform perdagangan anda dengan waktu sebenar trade itu benar-benar dijalankan. Ini berarti bahawa trade anda  tidak dilaksanakan pada harga yang diharapkan, dan hasilnya anda mungkin memperoleh keuntungan yang lebih kecil, atau bahkan mengalami kerugian.

Risiko Kemusnahan

Ini adalah risiko anda kehabisan modal untuk menjalankan trade anda. Bayangkan saja bahawa anda mempunyai strategi jangka panjang satu sesuatu mata wang yang anda fikir akan berubah nilainya , tetapi ia bergerak ke arah yang bertentangan. Anda memerlukan modal yang mencukupi pada akaun anda untuk menahan pergerakan tersebut sehingga mata wang bergerak ke arah yang anda mahukan.

Dengan poin-poin tersebut, anda sekarang harus tahu bahawa terdapat beberapa risiko yang pasti timbul dalam perdagangan Forex! Oleh kerana itu tiada sebab untuk anda tidak menghargai  topik menguruskan risiko.  Kerana ianya amatlah penting ketika anda melakukan perdagangan Forex. 

Jadi di sini  kami menyenaraikan tiga tips penting untuk membantu anda melakukan perdagangan dengan berkesan!

Tiga Petua Penting untuk Pengurusan Risiko Forex

Inilah tips pengurusan risiko Forex teratas kami. Harapan kami ia dapat membantu anda mengurangkan risiko tanpa mengira sama ada anda seorang trader baru ataupun profesional:

  • Didik diri anda mengenai risiko dalam perdagangan Forex
  • Gunakan Stop Loss
  • Gunakan take profit untuk menyelamatkan keuntungan anda


Pada bahagian berikut, kita akan membahas setiap perkara tersebut dengan lebih terperinci.

1. Didik diri anda mengenai risiko dalam perdagangan Forex

Sekiranya anda baru menceburkan diri dalam trading, anda perlu mendidik diri anda semaksimum mungkin. Sebenarnya, tidak kira betapa berpengalamannya anda dalam pasaran Forex, pasti akan ada pelajaran baru yang perlu anda pelajari! Anda harus teruskan membaca dan mendidik diri anda mengenai segala yang berkaitan dengan Forex.

Berita baiknya ialah terdapat banyak sumber pendidikan di luar sana yang dapat membantu anda, termasuk artikel, video dan webinar Forex! Untuk trader baru, mereka dapat mempelajari teknik pengurusan risiko Forex dengan mengikuti Webinar Dagangan Dalam Talian Olymp Trade! Pelajari cara melakukan  trade dalam video yang dipandu oleh pakar perdagangan profesional. Klik sepanduk di bawah untuk mendaftar secara PERCUMA!

 

WEBINAR DAN BAHAN PEMBELAJARAN PERCUMA

 

2. Menggunakan Stop Loss

Stop loss adalah fitur yang membolehkan anda melindungi trading anda dari pergerakan pasaran yang tidak dijangka. Dengan ciri ini anda dapat membiarkan trade anda dibuka sehingga ia mencecah harga yang telah ditentukan. Trade akan ditutup secara automatik pada harga yang telah ditetapkan tersebut. Sebagai contoh, jika anda membuka trade di pasaran dengan harapan aset akan meningkat nilainya, tetapi ia ternyata menurun, apabila aset tersebut mencecah harga stop loss anda, perdagangan akan ditutup secara automatik untuk mencegah kerugian selanjutnya. 

Bagaimanapun, penting untuk diberi perhatian, bahawa stop loss bukanlah satu jaminan. Terdapat beberapa keadaan di mana pasaran berkelakuan tidak menentu dan menunjukkan jurang harga. Sekiranya ini berlaku, stop loss tidak akan dilaksanakan pada tahap yang telah ditentukan tetapi akan diaktifkan pada saat harga mencapai tahap ini. Fenomena ini disebut slippage.

Peraturan praktis yang baik adalah menetapkan stop loss anda pada tahap yang di mana anda hanya akan kehilangan tidak lebih dari 2% dari baki perdagangan anda untuk satu trade yang dibuka.   

Sebaik sahaja anda menetapkan stop loss, jangan sesekali anda meningkatkan margin kerugian. Tidak ada gunanya memasang jaring pengaman jika anda tidak menggunakannya dengan betul.

Terdapat pelbagai jenis “hentian” di Forex. Cara meletakkan stop loss anda bergantung pada keperibadian dan pengalaman anda. Jenis hentian yang biasa termasuklah:                                                

Sekiranya anda mendapati bahawa anda  selalu mengalami kerugian dengan stop-loss, analisa stop loss anda dan lihat berapa banyak sebenarnya yang berguna. Mungkin sudah waktunya untuk melaraskan semula level stop loss anda untuk mendapatkan hasil perdagangan yang lebih baik.

Di samping itu, stop loss dapat membantu anda mengaut keuntungan sebelum pasaran berubah. Contohnya, setelah anda membuka posisi dan mendapat keuntungan terapung USD500, anda boleh mendekatkan stop loss lebih dekat dengan harga semasa. Dan jika harga mencecah level stop loss tersebut, trade anda akan ditutup dengan anda masih lagi beroleh keuntungan. Sekiranya trade terus berjalan mengikut prediksi anda, anda boleh terus mengikuti hentian selepas harga. Salah satu kaedah automatik untuk melakukan ini adalah dengan “trailing stops”.

3. Gunakan take profit untuk menyelamatkan keuntungan anda

Take profit adalah ciri yang sangat mirip dengan stop loss. Namun, seperti namanya, ia mempunyai tujuan yang berlawanan. Sementara stop loss dirancang untuk menutup perdagangan secara otomatis untuk mencegah kerugian lebih lanjut, take profit dirancang untuk menutup perdagangan secara automatik setelah mencapai tahap keuntungan tertentu.

Dengan mempunyai visi yang lebih jelas untuk setiap trade, anda tidak hanya dapat menetapkan sasaran keuntungan, atau take profit, tetapi anda juga dapat menentukan tahap risiko yang sesuai untuk perdagangan tersebut. Sebilangan besar pedagang akan menargetkan sekurang-kurangnya nisbah ganjaran-risiko 2: 1, di mana ganjaran yang diharapkan adalah dua kali ganda risiko yang sanggup mereka ambil ketika melakukan trade. 

Dengan lain kata, jika anda menetapkan take profit  40 pips di atas harga masuk anda, stop loss anda akan ditetapkan 20 pip di bawah harga masuk tersebut (nisbah 2:1)

Secara ringkas, fikirkan tahap mana yang anda inginkan untuk kenaikan, dan tahap kerugian apa yang masuk akal untuk menahan penurunan. Dengan melakukan tindakan tersebut, ia akan membantu anda menjaga disiplin dalam keadaan pasaran yang tidak menentu. Ia juga akan mendorong anda berfikir dari segi risiko berbanding ganjaran.

 

Stop Loss Take Profit

 

Rumusan

Anda pasti pernah dengan tentang akaun demo. Akaun demo bertujuan untuk memberi pengalaman perdagangan yang sedekat mungkin dengan yang ‘nyata’ . Ia membolehkan anda merasakan bagaimana pasaran forex berfungsi. Perbezaan utama antara demo dan akaun live adalah dengan demo, anda tidak akan kehilangan wang sebenar – yang bermaksud anda dapat membina keyakinan perdagangan anda dalam persekitaran bebas risiko. 

Apabila anda membuka akaun demo dengan Olymp Trade, anda akan mendapat akses segera ke versi platform dalam talian mereka, bersama dengan dana maya berjumlah  USD10,000.

Kami sangat-sangat mengesyorkan penggunaan akaun demo untuk menguji pengurusan risiko trade anda. 

Sekiranya anda mempunyai strategi pengurusan risiko yang sangat berkesan, anda akan mempunyai kawalan yang lebih besar terhadap keuntungan dan kerugian anda. 

Olymp Trade sendiri menawarkan pelbagai jenis alat untuk membantu anda berjaya dalam trade anda. Ini termasuk sumber pendidikan di Olymp Plus, webinar secara percuma, idea perdagangan forex, dan banyak lagi.

Mulakan segera perjalanan trading anda dengan mengklik banner di bawah ini. 

broker forex

 

 

 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...