08.03.2021 Halaman Utama 0
olymp trade login

Panduan langkah demi langkah untuk mencipta Akaun Olymp Trade 


Artikel ini mengandungi penerangan ringkas tentang cara mendaftar akaun Olymp Trade, serta maklumat penting mengenai ilmu perdagangan. Ketahui mengapa kami berpendapat akaun Olymp Trade ialah tempat yang terbaik untuk bermula atau meneruskan kerjaya perdagangan anda.

 

broker forex

Perdagangan ialah kemahiran yang dapat mengubah hidup anda dan ia merupakan cara untuk menghasilkan wang pasif yang tidak patut diabaikan. Waktu yang sukar memang tidak dapat dielakkan dan adalah lebih baik jika anda dapat menyediakan payung sebelum krisis seterusnya berlaku.

Olymp Trade menawarkan peluang kepada para pengguna untuk belajar, berkembang dan menghasilkan wang. Mulakan perjalanan perdagangan anda di sini, tidak kira sama ada  anda masih baharu mahupun telah berpengalaman dalam bidang ini. 

Cara Mendaftar Akaun Olymp Trade

Pendaftaran di platform adalah sangat mudah. Kunjungi olymptrade.com untuk bermula.

Anda akan melihat butang “Log Masuk” dan “Daftar” di bahagian atas sudut kanan halaman utama. Klik “Daftar”

Olymp Trade Registration

Bar tepi akan dibuka di bawah butang tersebut. Isi borang pendaftaran dengan Alamat E-mel anda, tetapkan Kata Laluan dan pilih Mata Wang perdagangan anda. Tapi harus diingat setelah anda memilih mata wang, ia tidak boleh ditukar kemudiannya.

Tandakan kotak untuk mengesahkan anda melebihi umur 18 tahun dan terima terma dan syarat platform.

Klik butang “Daftar” dan siap!

Jika anda ingin memudahkan lagi proses ini, gunakan akaun Apple, Facebook atau Google anda untuk pendaftaran yang lebih cepat.

Ia memang begitu mudah untuk memulakan perjalanan Olymp Trade anda.

Sementara akaun anda disiapkan, anda boleh membaca penerangan ringkas mengenai perdagangan dan asas-asas penggunaan platform ini. Di sini anda dapat mengenali susun atur dan mekanisme perdagangan platform buat pertama kali.

Setelah selesai, anda boleh pilih untuk membuat deposit dengan bonus atau terus ke akaun demo anda. Untuk menuntut bonus deposit anda mesti mengesahkan alamat e-mel dan nombor telefon anda.

Akaun Olymp Trade Yang Optimum

Tahniah! Anda telah berjaya membuka akaun dan mungkin juga telah membiayai akaun anda!

Kini anda mempunyai akses ke satu platform yang hebat! Sekarang mari kita tetapkan susun atur yang paling optimum.

Pertama, “Aktifkan” pemberitahuan. Ini membolehkan anda sentiasa termaklum tentang berita perdagangan terkini dan tidak terlepas sebarang peristiwa penting. Anda akan menerima isyarat apabila maklumat penting disiarkan dan jenis aset yang dipengaruhi. 

Olymp Trade candlestick

Kedua, tukar carta anda daripada carta kawasan kepada Candlestick Jepun. Walaupun terdapat beberapa pilihan carta yang lain, kami dapati carta lilin adalah jenis yang paling informatif. Untuk menukarnya, cari tindihan tiga simbol di bawah sudut kiri carta – pilih “Japanese Candlesticks” daripada empat pilihan yang ditunjukkan dan nantikan perubahan carta.

Memahami Japanese Candlesticks 

Sebatang lilin boleh mewakili empat perkara: harga buka, tutup, tinggi dan rendah untuk tempoh masa spesifik. Untuk lilin hijau, “buka” ialah harga di bawah garisan mendatar dan “tutup” ialah garisan selari di bahagian atas lilin. Ia berlawanan untuk lilin merah, “buka” di atas, dan “tutup” di bawah. Garisan buka dan tutup menghasilkan batang lilin.

Olymp Trade Candlestick 2

Wick (benang lilin) atau garisan menegak dari buka atau tutup menunjukkan perubahan harga di atas dan di bawah batang lilin. Wick boleh menunjukkan penolakan pasaran untuk harga yang terlalu tinggi dan rendah.

Anda akan mempelajari cara menggunakan lilin sebagai sebahagian daripada strategi anda sepanjang perjalanan anda.

Log masuk dan log keluar dari Akaun Olymp Trade anda

Log Masuk

Untuk mengakses akaun anda, anda perlu menyimpan butiran log masuk dan kata laluan Olymp Trade anda.

Buka olymptrade.com dan klik butang “Log Masuk” berdekatan sudut kanan bahagian atas halaman. Isi maklumat anda dalam bar sisi yang dibuka dan lengkapkan ujian reCaptcha: Robot Tidak Dibenarkan.

Klik butang “Log Masuk” dan anda akan dibawa ke akaun anda.

Log Keluar 

Untuk keluar dari akaun Olymp Trade anda, klik ikon profil di bahagian atas sudut kiri, yang mirip ikon orang. 

Profil anda akan dibuka dan memaparkan *Status, Pencapaian, dsb. Butang “Log Keluar” terdapat di bahagian bawah “Tetapan Profil”.

Klik butang “Log Keluar”.

Untuk selesaikan daftar keluar klik butang “Log Keluar” dalam tetingkap pop-up.

*Status menunjukkan tahap manfaat yang anda layak terima di Platform Olymp Trade

Olymp Trade Status

Akaun Demo vs. Akaun Live: Perbezaan dan Nasihat

Akaun Demo 

Pedagang diberikan akaun demonstrasi percuma yang diisi dengan 10,000 unit mata wang demo untuk berlatih perdagangan. Akaun ini merupakan tempat latihan anda, iaitu pengalaman keseluruhan anda dalam persekitaran yang selamat. Anda boleh berlatih dan menguji strategi Forex dan Fixed Time Trades dan bersedia untuk melihat keuntungan sebenar.

Akaun demo boleh digunakan untuk melaksanakan dagangan dengan cara yang sama anda mungkin lakukan dengan wang sebenar. Sebut harga masa nyata, pengiraan tepat keputusan dagangan, dan keupayaan untuk memperdagangkan pelbagai aset menghasilkan pengalaman perdagangan yang realistik.

Belajar trading mungkin sedikit menakutkan. Rasa takut untuk kehilangan wang sudah cukup untuk menghalang mereka yang berminat walaupun sebenarnya mereka belum pun bermula lagi. Jadi jangan biarkan keraguan ini menghalang anda daripada mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Akaun Live

Pedagang boleh membawa apa yang mereka latih dan pelajari dalam akaun demo dan mengaplikasinya kepada dagangan wang sebenar.

Biasakan diri untuk menghasilkan keuntungan dalam akaun demo anda sebelum merisikokan wang sebenar dalam akaun live anda.

Nasihat – Tambahkan Ilmu Di Dada

Dengan pelbagai ilmu dan suite bantuan Olymp Plus, anda mempunyai alatan yang diperlukan untuk menjadi pedagang yang berjaya. Strategi perdagangan, penunjuk dan alat analisis yang merupakan asas forex atau perdagangan Fixed Time semuanya dijelaskan di satu tempat dalam bahasa yang mudah difahami.

Olymp Plus

Bahan pendidikan percuma Olymp Trade dihasilkan bagi memenuhi tahap kefahaman pedagang baharu. Manfaatkan segala ilmu yang ditawarkan.

Kesimpulan

Platform ini menawarkan peluang untuk menghasilkan keuntungan dengan duit anda. Ini hanyalah sebahagian kecil daripada tawaran luas platform ini. Perjalanan perdagangan anda bermula apabila anda membuka dan mendaftar akaun Olymp Trade anda.

Olymp Trade dibina sebagai platform perdagangan yang paling mudah digunakan. Antara muka yang kemas dan teknologi terkini membolehkan pedagang dari pelbagai tahap kemahiran menguasai selok-belok perdagangan.

Luangkan masa untuk mengkaji bahan-bahan percuma dan berlatih dengan akaun demo anda. Terdapat pelbagai platform dari broker lain yang anda boleh pilih, tetapi tiada platform yang lebih berdedikasi untuk memastikan pengguna mereka memaksimumkan potensi keuntungan mereka.

Saksikan bagaimana pendaftaran Olymp Trade dapat mencetuskan perubahan masa depan anda.

broker forex

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...