17.03.2021 Halaman Utama 0
apa itu olymp trade

Penerangan Terperinci Tentang Broker Olymp Trade,

Platform dan Banyak Lagi

Ketahui segalanya yang ditawarkan oleh platform ini. Broker ini mempunyai pelbagai tawaran, termasuk platform yang padat, dual mod perdagangan, suite pendidikan dan banyak lagi.

 

Ramai yang bersifat ingin tahu tentang apa itu Olymp Trade. Olymp Trade telah menyediakan perkhidmatan kepada klien mereka sejak tahun 2014. Sepanjang beberapa tahun ini, beribu-ribu pedagang dari 140+ buah negara telah memilih broker ini. Pengemaskinian dan penambahbaikan yang berterusan kepada pengalaman penggunanya memastikan mereka kekal sebagai broker dalam talian yang tercanggih. Ia telah memenangi anugerah “Platform Perdagangan Terbaik” dan “Broker Sokongan Terbaik” sejak tahun 2016

Olymp Trade menawarkan dua jenis perdagangan, Forex dan Fixed Time Trading. Kini terdapat lebih 100 aset dari pasaran seluruh dunia, termasuk saham, mata wang, komoditi, mata wang kripto dan banyak lagi.

Platform perdagangan ini menyediakan pelbagai tawaran perkhidmatan, tetapi broker ini mendapati terdapat beberapa kelemahan bagi mode tertentu dan akhirnya mereka membuka dagangan menerusi MetaTrader 4. Tiada satu platform adalah sempurna, tetapi Olymp Trade cuba memenuhi segala keperluan pengguna dari setiap segi.

 

Platform Olymp Trade

Platform Olymp Trade adalah satu platform yang cekap dan mudah digunakan. Ia mempunyai nuansa minimalis namun padat dengan alat dan maklumat. Ia amat mudah untuk dinavigasi oleh setiap peringkat pedagang. Ia menawarkan dua jenis carta, 20+ penunjuk, oscillator (pengayun), alatan lain dan juga akaun demo.

Selain daripada itu, platform  ini sangat mesra pengguna dengan susun atur ringkas, aliran intuitif dan senarai aset yang semakin bertambah yang menjadikannya pilihan utama untuk sesiapa yang ingin memajukan kerjaya perdagangan mereka.

Forex di Olymp Trade

Forex merujuk kepada pasaran pertukaran wang asing. Pedagang dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam pasaran trilion dolar ini setiap tahun.

Untuk menghasilkan keuntungan, pedagang akan meramal sama ada harga aset akan naik atau turun, menutup dagangan pada masa tertentu, dan mendapat keuntungan daripada perbezaan harga.

Perdagangan Forex di Olymp Trade adalah mudah. Senarai aset dipenuhi dengan pasangan mata wang, komoditi, indeks dan saham yang paling popular.

Dagangan Forex amat mudah untuk dilakukan menerusi platform. Pelabur boleh meningkatkan keuntungan dengan mendadak menggunakan pengganda. Satu dagangan boleh digandakan x10 – x500. Keuntungan $0.10 menjadi $50.00 apabila dinaikkan x500 kali.

Keuntungan berganda tidak bermaksud kerugian berganda. Perdagangan $10 x500 yang tidak berjaya hanya memakan kos $10 pelaburan awal dan komisen dagangan.

Apa itu Olymp Trade dari segi Dagangan Forex, transaksi dikenakan 0.3% hingga 0.9% komisen ke atas nilai keseluruhan dagangan. Dagangan $10 x500 yang sama dikenakan caj $1,50, manakala $10 x10 pula dikenakan $0.09. Semua bayaran dan komisen dimaklumkan terlebih dahulu untuk mengelakkan kejutan, lalu menjadikan dagangan mereka telus.

Akaun forex Olymp Trade juga diiktiraf halal kerana ia tidak melibatkan sebarang faedah untuk posisi yang dibuka semalaman.

 

Fixed Time Trades di Olymp Trade

Fixed Time Trades merujuk kepada masa dagangan yang ditentukan sebelum ia dibuka. Pedagang meramal sama ada harga aset akan naik atau turun, seperti dalam forex. Tetapi, keuntungan ditetapkan terlebih dahulu.

Semakin tidak stabil sesuatu aset, semakin tinggi bayaran yang diterima. Dagangan yang dibuat pada instrumen yang paling popular untuk hari itu membawa pulangan yang lebih lumayan kepada pedagang tanpa risiko yang lebih tinggi.

Margin bayaran berlainan antara 10% hingga 92%. Dagangan $10 yang berjaya dengan kadar bayaran 92% menghasilkan keuntungan sebanyak $9.20. Sebaliknya, dagangan yang tidak berjaya hanya akan menelan belanja $10 oleh pedagang tersebut. 

Tiada komisen atau yuran yang terlibat untuk dagangan ini. Oleh itu Olymp Trade adalah senang dilaksanakan dan senang difahami, Fixed Time Trades adalah kaedah perdagangan yang mudah diterokai.

 

Alatan

Alatan adalah inti sari sebuah platform, dan ini amat jelas dilihat di Platform Olymp Trade. Terdapat lebih 40 penunjuk, oscillator dan alat lukisan percuma untuk analisis teknikal yang tersedia terus di platform.

Penunjuk seperti SMA dan MACD berfungsi sepenuhnya dan boleh dilaraskan agar sesuai dengan strategi setiap pedagang. Kawalan ke atas parameter penunjuk membolehkan pedagang mendapat maklumat yang lebih tepat bergantung pada keadaan pasaran.

Apa Itu Olymp Trade

Olymp Trade menyediakan alat analisis asas, antara yang terbaik ialah Insights. Boleh didapati di platform dan suite Pendidikan Olymp Trade, pedagang boleh mengaktifkan bahagian ini untuk menerima berita terkini yang mempengaruhi pasaran.

Ia mempunyai pautan ke Master Class dan webinar akan datang dengan juruanalisis dan pedagang pakar.

Tab Aset menunjukkan acara yang memberi impak tertinggi pada kalendar ekonomi yang mungkin mempengaruhi aset di platform, bagaimana ia mungkin dipengaruhi dan tindakan harga untuk dijangka. 

Pedagang boleh membuka margin yang lebih tinggi, alatan, strategi dan konsultasi dengan juruanalisis profesional menerusi Market, Trader’s Way di platform atau dengan menaik taraf status anda.

Olymp Trade Market membolehkan pedagang membeli manfaat berlainan daripada status yang lebih tinggi seperti penunjuk khas, isyarat perdagangan dan penasihat digital.

Trader’s Way program iaitu program ganjaran unik pada platform Olymp Trade. Ia membolehkan anda mendapatkan dagangan Bebas Risiko, bonus, status lebih tinggi dan banyak lagi dengan memperoleh XP untuk pelaksanaan perdagangan dan penyelesaian tugas.

Waktu Dagangan

Aset yang berlainan adalah aktif pada waktu yang berlainan, atau sepanjang masa. Semua masa yang dipaparkan ialah waktu Cairo GMT +2.

  • Saham & Indeks A.S.

Aset seperti 3M, Apple, Facebook, & S&P 500 didagangkan apabila NYSE dibuka – Isnin – Jumaat dari jam 14:30 – 21:00 

  • Indeks Eropah 

Aset seperti DAX, CAC 40, & FTSE 100 didagangkan berdasarkan pasaran berkenaan. Isnin – Jumaat sekitar jam 10:00 – 15:00

  • Komoditi & Logam

Aset seperti Brent, Gas Semula Jadi, Emas, & Perak didagangkan sepanjang minggu Isnin – Jumaat.

  • Mata wang kripto

Bitcoin, Ethereum, & Litecoin boleh didagangkan bila-bila masa, di mana sahaja. 

 

Pendidikan/ Sumber

Tidak semua orang yang berminat dalam perdagangan ialah seorang pakar, dan kualiti maklumat yang disediakan oleh sebuah platform menunjukkan betapa pentingnya pembangunan ilmu pengguna bermakna kepada sebuah broker.

Pelajari apa itu Olymp trade dan dagangan dengan suite pendidikan Olymp Trade Educational adalah mudah. Ia penuh dengan kandungan percuma dan webinar yang menerangkan kesemua tawaran platform dan bagaimana untuk memanfaatkannya. Pelajaran pengetahuan asas analisis dan teknikal melengkapkan pengguna Olymp Trade dengan alatan dan ilmu yang diperlukan untuk menjadi pedagang yang berjaya.

 

  • Aset

Satu bahagian yang dikhususkan untuk aset. Klien boleh mendapat tahu tentang pelbagai jenis aset secara terperinci. Halaman utama menunjukkan aset yang paling aktif dan perubahan harga aset tersebut.

Setiap aset yang ditawarkan untuk dagangan di platform mempunyai profil syarikat informatif yang lengkap dengan gambaran ringkas mengenai sejarah harga, keadaan perdagangan dan 

 

  • Pandangan

Pedagang boleh menghidupkan bahagian ini untuk berita terkini yang mungkin mempengaruhi pasaran. Terdapat juga pautan ke Master Class dan webinar dengan juruanalisis dan pedagang profesional

Suapan menunjukkan acara yang paling memberi kesan pada kalendar ekonomi yang dapat mempengaruhi aset di platform, bagaimana ia dipengaruhi dan tindakan harga yang boleh dijangka.

 

  • Pusat Bantuan

Bahagian yang meliputi segalanya tentang Olymp Trade, Platform itu sendiri sehingga MetaTrader4 dan Pembayaran. Maklumat ini senang diakses dan dijelaskan dengan mudah.

 

Kesimpulan

Ini ringkasan tentang apa itu Olymp Trade. Olymp Trade memahami bahawa dengan melengkapkan klien mereka dengan pengetahuan, semua orang akan menerima manfaat. Sama ada pedagang baharu atau veteran, ia adalah penting untuk bekerjasama dengan platform dengan paling banyak sumber yang percuma. Bahan-bahan pendidikan yang dilokalkan menunjukkan betapa pentingnya pembangunan pedagang bermakna kepada broker ini.

 

sertai kami sekarang

 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...