04.05.2018 Olymp Trade 0
Olymp Trade

Siapakah yang mencipta Aligator? Untuk apa?

Adakah anda ingat ketika kita membincangkan tentang cara untuk «meluncur» pada harga? Jika anda tidak ingat – sila baca sekali lagi tentang godam kehidupan Olymp Trade. Purata pergerakan membantu kita dalam mencari arah harga (trend) dan titik masuk. Terdapat satu kelemahan dengan jenis penunjuk ini – penangguhan, kerana harga bergerak ke hadapan tetapi purata pergerakan mengira data yang telah menjadi «sejarah» dari carta. Soalannya dalam keadaan ini ialah «Apakah yang boleh saya lakukan untuk menyelesaikan isu penangguhan?»

«Semuanya mudah sahaja». Pedagang tersohor Bill Williams telah menjawab dengan mengatakan  «Kita perlu menggerakkan purata pergerakan pada masa hadapan». Tidak mengapa kita tidak mempunyai harga masa hadapan. Kita mendapat kemungkinan tambahan dengan meluncurkannya. Bill Williams mencipta penunjuk unik yang dipanggil «Aligator». Aligator ialah penunjuk yang didasarkan pada tiga purata pergerakan yang digerakkan ke dalam masa depan pada skala masa. Itulah mengapa garisan penunjuk berakhir pada masa hadapan.

Olymp Trade

Mengapakah penunjuk itu dipanggil «Aligator»? Dengan bantuan Olymp Trade anda akan mengetahuinya sebentar lagi.

Apakah itu Aligator?

Dalam alam semula jadi aligator ialah reptilia pembunuh yang menyerang mangsa tanpa disangka menggunakan giginya seperti senjata. Bill Williams memanggil penunjuk itu «Aligator» atas sebab yang sama. Sepertimana aligator boleh hidup dengan baik dalam dua keadaan utama – mengantuk (garisan bengkak-bengkok) dan lapar (garisan yang naik dan turun).  

Apabila aligator sedang tidur, pergerakan harga adalah tidak begitu kukuh. Itu maksudnya flat (rata).

Olymp Trade

 

Apabila aligator terjaga dan membuka mulutnya, pergerakan bermula.

Olymp Trade

 

Mulut aligator adalah tiga garisan ini. Garisan atas dipanggil «bibir», garisan tengah – «gigi», garisan bawah – «rahang».

Olymp Trade

Bagaimana kita boleh menggunakan Aligator?

Mudah. Ketika aligator sedang tidur, sebaiknya jangan sentuhnya dan jangan berdagang. Apabila aligator terjaga – tiba masanya untuk berdagang. Pedagang Olymp Trade yang berpengalaman biasanya bekerja mengikut arah aligator. Ini bermaksud bahawa apabila mulut aligator menghala ke atas – mereka berdagang kebanyakannya ke atas juga , apabila mulutnya menghala ke bawah – sudah tibalah masanya untuk pedagang Olymp Trade untuk berdagang menghala ke bawah. Apabila penunjuk mula tertidur, perdagangan berhenti dan semua orang menunggu sehingga aligator itu terjaga dan berasa lapar sekali lagi. Oh ya – semakin lama tempoh tidurnya – semakin kukuh pergerakan harga lanjutan itu.

Kelebihan utama penunjuk ini ialah keupayaannya untuk pedagang untuk menggunakannya pada bila-bila rangka masa.

Penganalisis Olymp Trade mengucapkan selamat maju jaya dalam pasaran dan berharap anda tidak akan sekali-kali menjadi «makanan» aligator yang sebenar

 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...