29.09.2021 Halaman Utama 0
forex Malaysia

Sekilas Tentang Trend Trading

Kebanyakkan trader pasti pernah mendengar tentang trend trading. Tetapi kebanyakan mereka tidak benar-benar tahu apa maksudnya atau bagaimana untuk memulakannya. Mengikut kata-kata dari Wikipedia, “Trend trading adalah strategi pelaburan yang memanfaatkan pergerakan jangka panjang yang sepertinya berlaku di pelbagai pasaran”. Tetapi bukankah itu yang memang cuba dilakukan oleh kebanyakan pelabur jangka panjang?

forex malaysia

Apa Yang Membuatkan Sesuatu Sistem Pelaburan Itu Menjadi Strategi Trend Trading?

Secara definisi, jika anda seorang trend trader, anda akan mengikut strategi trading anda dan terus mengikutinya selama tempoh yang diperlukan oleh strategi tersebut. Ia cukup mudah sebenarnya: Anda membuat atau mencari strategi jangka masa yang panjang yang anda percaya.

Anda sampai ke tahap mempercayai strategi itu kerana anda, atau siapa sahaja yang mencipta strategi tersebut telah menguji dan menguji semula sistem tersebut sehingga ianya mencapai tahap yang anda pasti bahawa sistem tersebut akan menghasilkan wang. Perkara yang paling penting adalah berpegang pada sistem itu, tidak kira apa pun yang berlaku. Bunyinya mudah dan ringkas, tetapi sebenarnya agak sukar untuk dilaksanakan.

Tetapi jangan salah faham, trend trading bukanlah roket science. Ini adalah strategi pelaburan yang tried-and-true yang telah menghasilkan berbilion-bilion dolar selama beberapa dekad. Ia menggunakan pelbagai petunjuk untuk menentukan trend pasaran dan mendapat keuntungan dari kedua-dua belah pasaran tersebut. Iaitu anda akan mendapat keuntungan dari trend menaik atau trend menurun pada  pasaran. Pergerakan naik dan turun, iaitu volatilitas inilah yang membuat trade mengikut trend berjaya, dan bukannya seberapa baik pasaran bergerak pada hari itu.

Kita semua mempunyai idea masing-masing semasa mendengar perkataan “trend”.  Tetapi dalam pelaburan, ia lebih daripada sekadar sesuatu yang “hot” pada waktu tertentu seperti Fall Fashions atau permainan video terkini. Ia lebih berkaitan dengan mengikuti sistem anda dan trennya, sama seperti melihat arah aliran.

Keuntungan yang terbukti

Trade mengikut trend  telah didokumentasikan secara kukuh sejak tahun 1950-an ketika Richard Donchian menerbitkan buletin trend trading yang kemudiannya menjadi sangat popular. Ia kemudian kembali menjadi popular selepas buku Market Wizards: Interviews with Top Traders (ditulis oleh Jack D. Schwager) dikeluarkan.

Salah satu kisah paling terkenal yang pernah beredar di kalangan trader didokumentasikan dalam buku ini. Di mana ia berkisar tentang  “The Turtles.” Banyak trader trend yang terkenal sekarang ini ada kaitan dengan Penyu atau cuba meniru penyu. 

Kisah penyu ini sebenarnya sangat mirip dengan “My Fair Lady” di mana seorang profesor mempertaruhkan lelaki kaya dengan mengatakan bahawa dia boleh mengambil mana-mana wanita kelas bawahan, memakaikannya dengan pakaian yang bagus-bagus dan mengajar wanita tersebut untuk bercakap dengan betul dan menggunakan diksi yang tepat, dan dia akhirnya akan lulus sebagai wanita kelas atasan. Orang kaya itu terkejut dengan perkara ini dan menyatakan bahawa ia tidak dapat dilakukan. Tapi cuba teka apa yang berlaku, ianya tidak mustahil dan Audrey Hepburn berkahwin dengan profesor tersebut. 

Jadi dalam kes “The Turtles,” dua pedagang yang dihormati (dibaca: berjaya) mempunyai hujah mengenai belajar trading. Seorang trader mengatakan bahawa trader hebat dilahirkan dan bukan dicipta. Sementara trader yang satu lagi,  Richard Dennis, mengatakan sesiapa saja  boleh belajar bagaimana untuk trade dan boleh melakukannya dengan baik.

Mereka kemudiannya membuat pertaruhan – sebanyak $ 1.00. Seterusnya mereka mengumpulkan sekumpulan kecil orang biasa seramai 14 orang, 12 lelaki dan 2 wanita – yang kebanyakannya tidak pernah melakukan trade sebelum ini. Mereka diajar  satu sistem perdagangan yang mudah. Mereka diberi latihan selama 2 minggu, kemudian mereka diberi  wang untuk trade.

Empat tahun kemudian, penyu-penyu tersebut telah menghasilkan lebih dari $ 200,000,000. Richard Dennis, trader yang mengatakan bahawa trading boleh dipelajari, memenangi pertaruhan tersebut. Beliau adalah salah satu pengikut trend trading yang paling terkenal pada hari ini.

Jadi ternyatalah perdagangan mengikut trend dapat diajarkan, dapat dipelajari, dan dapat menghasilkan banyak wang.

Bukti Keuntungan Trend Trading

Satu sumber rujukan yang bagus  tentang sistem perdagangan mengikut trend adalah laman web, http://www.autumngold.com Trader boleh menggunakan laman web ini untuk melihat CTA Profiles syarikat-syarikat trading dan apa strategi yang mereka gunakan. Perhatikan pulangan mereka dengan menggunakan sistem tersebut.  Laman web ini menunjukkan bukti bahawa ada trader profesional yang mendapat keuntungan melalui trend trading. Mereka telah menjana berbilion dolar dan anda juga boleh begitu.

carta ramalan

Sistem Ini Mudah

Yang mengagumkan tentang sistem ini adalah peraturan sebenar trade mengikut trend ini sebenarnya mudah untuk dipelajari. Ia bukanlah terlalu roket sains. Bahagian yang sukar adalah mengikuti sistem anda itu secara konsisten. Itu bererti anda harus bersabar, rajin, dan tidak bersikap emosional dengan trading anda. Walaupun kalau hendak diikutkan itu sebenarnya tidaklah begitu sukar. Malah sangat mudah untuk mengikuti sesuatu sistem apabila anda mengetahui bahawa anda melakukan perkara yang betul, mengikut urutan yang betul pada waktu yang tepat.

Jadi secara ringkasnya trend trading adalah jika anda ingin menjana wang dalam trading, anda memerlukan sistem atau strategi yang boleh menghasilkan wang. Anda perlu tahu bahawa anda boleh diajar bagaimana menggunakan sistem itu. Tidak ada teknik rahsia atau muslihat tersembunyi atau voodoo yang menjadikan perdagangan trend berfungsi. Anda hanya memerlukan satu set teknik yang boleh diajar serta boleh dipelajari. 

Apa Yang Diperlukan Untuk Mendapatkan Pulangan?

Berapa banyak yang kita perlukan untuk mendapat pulangan adalah berdasarkan ukuran akaun dagangan dan turun naiknya pasaran. Pergerakan harga yang buruk menandakan exit point untuk sesuatu trade. Trader biasanya membuka trade setelah melihat tren menguat, dan disebabkan oleh itu,  mereka akan mengabaikan titik perubahan pasaran yang awal.

Sekiranya terdapat perubahan pasaran terhadap trend, sistem ini akan mempunyai exit point yang telah diprogramkan pada setiap saat. Ini adalah sesuatu yang mesti dicari dan mesti ada dalam sistem yang baik. Sistem itu kemudiannya akan menunggu sehingga trend baru muncul dalam arah berlawanan. Sekiranya sistem menandakan exit point, trader akan membuka kembali dagangan setelah tren kembali terbentuk. 

Bagaimana pula dengan volatility?

Volatility; pergerakan naik dan turun harga di pasaran – inilah yang membolehkan kita menjana wang. Trend Trader menggunakan pengiraan harga pasaran semasa, moving average dan channel breakout untuk menentukan arah umum pasaran dan untuk menghasilkan isyarat perdagangan. Trader yang menggunakan strategi trade mengikuti trend tidak meramalkan tahap harga tertentu; mereka hanya mengikuti tren dan menikmatinya. 

Jangan Lupa Tentang Pengurusan Risiko

Trend trading paling sering dikaitkan dengan teknikal trading dan melibatkan komponen pengurusan risiko yang menggunakan tiga elemen:

  1. jumlah saham yang dipegang,
  2. harga pasaran semasa,
  3. turun naik pasaran semasa.

Perkara paling penting yang perlu anda ingat mengenai pengurusan risiko adalah anda hanya perlu membuka trade 1-2% dari jumlah akaun anda untuk setiap trade. Strategi ini akan mengurangkan kerugian pada tahap minimum, kerana memang tidak dinafikan anda pasti akan mengalami kerugian walau apa pun strategi pelaburan yang anda gunakan.  Tetapi dengan cara ini anda tidak berisiko untuk kehilangan keseluruhan akaun anda pada trade tertentu. Percayalah, kami  telah melihat trader kehilangan keseluruhan akaun mereka dalam satu trade kerana tidak ada money management yang ditetapkan. 

broker forex

Sistem Trend Trading yang baik akan memberitahu anda:

(1) Bagaimana dan bila hendak memasuki pasaran.

(2) Berapa banyak kontrak atau saham untuk diperdagangkan pada satu-satu masa.

(3) Berapa banyak wang yang perlu ditanggung pada setiap trade.

(4) Bagaimana untuk keluar dari trade jika ianya tidak menguntungkan.

(5) Bagaimana untuk keluar dari trade jika mendapat menguntungkan.

Sama ada anda mencipta strategi atau sistem anda sendiri atau pun anda membelinya, ini adalah perkara yang perlu anda ketahui untuk semasa membuka trade. Anda harus mempunyai akses ke data yang melakukan back testing pada strategi tersebut untuk mengesahkan keberkesanannya. Dan ingat, pastikan trade anda sentiasa kecil. Trend trading adalah kaedah terbaik untuk menjana banyak wang. Sebilangan besar wang ada di Futures Markets, tetapi anda boleh menggunakan strategi perdagangan trend untuk saham, mata wang, dan apa sahaja. Ternyata potensi mengauit keuntungan ada dimana saja. 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...