27.08.2018 Halaman Utama 0

Bagi meningkatkan prestasi kejayaan perdagangan anda, penilaian terhadap perkembangan pasaran matawang perlu diambil perhatian: iaitu bila satu negara dalam keadaan berjaga manakala yang lainnya tidur. Aktiviti matawang pada setiap masa bergantung kepada zon masa.

Tiga sesi dagangan

Sesi dagangan berlaku selari dengan waktu perniagaan di bursa saham. Sebut harga yang anda lihat di platform dagangan anda akan kelihatan pada waktu ini. Pasangan matawang melibatkan matawang rasmi sesebuah negara yang sedang berjaga adalah yang paling aktif (volatility tinggi) memandangkan negara tersebut sedang aktif: berita dan data perniagaan akan diberitahu serta VIP sedang memberikan ucapan secara langsung.

Terdapat tiga sesi perdagangan utama (UTC).

Sesi Asia

Tempoh dagangan: 00:00 pg — 09:00 mlm UTC

Negara: Australia (Sydney), New Zealand (Wellington),Jepun (Tokyo), China (Hong Kong), Singapura

Volatility Tinggi : USDJPY, EURJPY (dagangan jangka pendek sehingga 10 minit membantu pedagang aktif — scalper — bagi menjana keuntungan segera).

Volatility Sederhana: AUDJPY, GBPUSD, USDCHF (dagangan dalam tempoh 15 ke 60 minit bagi membantu pedagang yang lebih berhati-hati menjana wang).

Volatility bagi pasangan matawang semasa sesi Asia

Perdagangan pintar. Jam berdagang

Sesi Eropah

Tempoh dagangan: 06:00 pg — 03:00 ptg UTC

Negara: Jerman (Frankfurt), Switzerland (Zurich), Perancis (Paris), UK (London) dan seluruh negara zon eropah, termasuk Rusia.

Volatility Tinggi: EURUSD, USDCAD, GBPUSD, USDCHF, EURRUB, USDRUB (sesuai untuk dagangan berita).

Volatility Sederhana: AUDUSD, EURCHF (sesuai untuk dagangan trend).

Volatility bagi pasangan matawang semasa sesi Eropah

Perdagangan pintar. Jam berdagang

Sesi Amerika

Dagangan bermula: 01:00 ptg — 10:00 mlm UTC

Negara: Amerika Syarikat (New York, Chicago).

Volatility tinggi: EURUSD, USDCAD, GBPUSD, USDCHF (sesuai untuk  dagangan berita dan dagangan jangka pendek sehingga 15 minit).

Volatility sederhana: AUDUSD, EURCHF, USDJPY, Emas, Perak, Brent (sesuai untuk dagangan trend dan dagangan dalam tempoh 15 ke 180 minit).

Volatility bagi pasangan matawang semasa sesi Amerika

Perdagangan pintar. Jam berdagang

Cadangan dagangan

Sesi Eropah dan Amerika adalah yang paling aktif kerana ianya memberikan impak secara langsung kepada pasangan matawang utama. Anda juga perlu mengambil tahu bahawa terdapat beberapa hari berdagang dalam seminggu dimana semua matawang dijangkakan menjadi sangat aktif.

Jadual di bawah menunjukkan julat purata dalam pip bagi instrumen utama untuk setiap hari dalam seminggu.

Pasangan matawang Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat
EUR/USD 69 109 142 136 145 144
GBP/USD 73 149 172 152 169 179
USD/JPY 41 65 82 91 124 98
AUD/USD 58 84 144 99 115 111
NZD/USD 28 81 98 87 100 96
USD/CAD 43 93 112 106 120 125
USD/CHF 55 84 119 107 104 116
EUR/JPY 19 133 178 159 223 192
GBP/JPY 100 169 213 179 270 232
EUR/GBP 35 74 81 79 75 91
EUR/CHF 35 55 55 64 87 76

Melalui jadual yang disertakan, waktu terbaik berdagang dijangkakan berada di tengah minggu, kerana perubahan yang paling ketara berlaku pada waktu ini. Pada hari jumaat pula, kadar naik turun mula bergerak aktif dan kebiasaannya berlangsung sehingga 10.00mlm UTC dan pergerakannya akan beransur-ansur menurun. Kemudian, dagangan bursa saham akan berhenti dan pasaran akan ditutup untuk minggu tersebut.

Sekarang, anda sudahpun mengetahui waktu terbaik untuk berdagang bagi mana-mana aset dan mempunyai peluang optimum bagi memulakan perdagangan opsyen yang berjaya.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...