30.05.2018 Olymp Trade 0
Olymp Trade

Larry Williams dan sumbangannya kepada analisis teknikal

Larry Williams ialah pengarang, pedagang saham dan komoditi yang tersohor di dunia. Williams terlibat dalam kewartawanan, yang tentu sekali membantu beliau untuk menulis buku tentang perdagangan saham dan komoditi.  Beliau berjaya mencapai hasil yang stabil dalam perdagangan dan, sebagaimana yang sering berlaku dengan pedagang yang berjaya, Williams berakhir dengan memasuki bidang perundingan pasaran. Williams telah mencipta banyak penunjuk pasaran, kerana kerja-kerja beliau dan juga kerana beliau adalah seorang yang luar biasa dalam dunia perdagangan, Penganalisis Olymp Trade kami akan memberitahu anda tentang Williams%R hari ini.

Penunjuk Williams

Bayangkan anda pergi ke kedai untuk membeli makanan dan katakan anda membeli susu setiap minggu. Anda telah datang pada hari Jumaat, sekotak susu berharga $1. Pada minggu hadapan, apabila anda melihat di dalam kedai kegemaran anda, anda mendapati bahawa sekotak susu yang sama berharga $2. Hal ini mengejutkan anda, tetapi anda masih membeli susu itu. Seminggu kemudian, susu yang sama kini berharga $5. Anda menjadi marah dan memanggil keranin. Walau bagaimanapun, peruncit tersebut hanya mengangkat bahunya dan tidak dapat menjelaskan apa-apa kepada anda tentang perubahan harga itu. Anda tidak dapat melakukan apa-apa, tetapi hanya terus membeli produk yang anda gemarkan. Seminggu kemudian, susu itu kini berharga $10, tetapi kini anda meminta untuk bercakap dengan pengurus dan selepas beberapa minit yang agak tegang, anda mendapat tahu sebab tentang harga itu, dan akhirnya, anda keluar dan tetapi pada kali ini anda tidak membeli susu itu. Selepas mengunjungi kedai itu beberapa hari kemudian, anda mendapati harga susu kini menjadi lebih murah. Dan tiba-tiba, pada teg harga tertulis harga 20 sen. “Ini mustahil”, anda berfikir. Selepas mendapati bahawa ini bukan suatu helah, itu ialah susu yang sama, dalam kotak yang sama, akhirnya anda membelinya. Tentu sekali, kualiti produk tidak berubah juga, keputusan anda untuk membeli susu tersebut secara asasnya berubah kerana pergerakan harga yang kukuh.

Apabila harga susu telah meningkat 10 kali ganda, anda benar-benar berasa harga itu tersangat tinggi, apabila harga jatuh, anda dengan serta-merta menyedari bahawa harga itu cukup murah dan bersetuju untuk membelinya. Anda hanya membandingkan harga semasa dengan harga pada beberapa ketika yang lalu – sejarah harga.

Penunjuk William digunakan oleh pedagang untuk menganalisis gelagat harga, seperti mana-mana pengayun lain, beroperasi pada prinsip yang sama seperti anda mengendalikan harga susu. Bergantung kepada kedudukan harga aset semasa, penunjuk William membandingkan kedudukan ini dengan nilai harga tertentu untuk tempoh yang sebelumnya. Akibatnya, penunjuk Williams memberitahu pedagang Olymp Trade apabila harga adalah terlalu mahal, dan apabila terlalu murah. Sekarang, mari kita lihat keadaan ini secara terperinci.

Apakah yang terdapat dalam penunjuk Williams?

Semuanya mudah: penunjuk ialah garisan yang bergerak antara tiga kawasan atau zon utama. Zon atas di panggil zon terlebih beli (“susu” adalah terlalu mahal), zon bawah ialah zon terlebih jual (“susu” adalah terlalu murah), dan zon tengah ialah kawasan biasa atau kerja.

Olymp Trade

Garisan Williams% R bertindak sebagai teg harga di dalam kedai dari contoh kami. Bergerak antara nilai yang melampau (zon terlebih beli dan terlebih jual), penunjuk ini memberikan peluang kepada kita untuk menentukan waktunya untuk membeli dan waktunya untuk menjual sesuatu aset. Mari kita lihat kepada isyarat yang digunakan oleh penganalisis Olymp Trade semasa meramalkan pergerakan harga.

Isyarat Williams% R

Isyarat itu tidak begitu banyak, tetapi ianya sangat berguna. Jadi, isyarat pertama yang muncul apabila Williams% R jatuh ke dalam zon terlebih beli atau terlebih jual dan kembali semula ke zon biasa. Jadi, sebagai contoh, apabila penunjuk Williams masuk ke dalam zon terlebih beli, penunjuk itu berpusing dan merentasi garisan had atas, kemudian suatu isyarat akan muncul untuk membuka perdagangan pada harga rendah.

Olymp Trade

Apabila penunjuk Williams jatuh ke dalam zon terlebih jual dan kembali semula ke kawasan kerja, merentas garis had bawah, isyarat muncul untuk membuka perdagangan pada harga yang lebih tinggi.

Selain itu, terdapat satu lagi jenis isyarat yang muncul apabila carta harga bergerak menghala ke satu arah dan penunjuk bergerak ke arah yang berbeza. Isyarat ini dipanggil pencapahan; hal ini memberi amaran kepada para pedagang tentang balikan pasaran.

Olymp Trade

Malangnya, isyarat yang sedemikian tidak membenarkan pedagang untuk menentukan detik yang tepat untuk sesuatu perdagangan, tetapi hal tersebut memberikan seruan amaran yang sangat baik untuk terus memberi perhatian terhadap pergerakan harga, dan anda perlu menunggu untuk mendapatkan pengesahan yang lebih jelas, untuk membuka transaksi.

Apakah kelebihan utama Williams% R?

Banyak pedagang, termasuk penganalisis Olymp Trade memberi perhatian terhadap kenyataan bahawa penunjuk Williams memberi amaran awal tentang balikan pasaran dengan membandingkan dengan pengayun yang berbeza. Penunjuk tersebut adalah unik, yang, menurut pandangan kami, seharusnya dimasukkan dalam sistem perdagangan anda.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...