20.04.2020 Halaman Utama 0

Adalah sesuatu yang normal  jika kita ingin memperoleh hasil yang baik tanpa banyak usaha atau perbelanjaan. Memang sifat manusia,  lebih suka mengelakkan diri dari melakukan kesalahan sendiri, dan sebaliknya bergantung pada pemikiran dan pendapat orang lain. Sama lah juga seperti ketika kita melakukan trading. Sebilangan besar trader pemula bertrading hanya dengan tujuan memperolehi keuntungan di pasaran. Dan dalam banyak kes, mereka hanya ingin mencari keuntungan dengan cepat dan mudah. Atas sebab inilah banyak trader akan mencari di Google topik-topik seperti, “trading signal”, ‘trading signal percuma setiap hari’ , “telegram forex signal” atau pertanyaan lain yang serupa.

Majoriti trader pemula akan enggan membayar isyarat premium, kerana mereka berharap dapat memperoleh keuntungan tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan. Apa yang penting untuk difahami di sini adalah perkhidmatan percuma yang baik amat sukar untuk didapati  – dan dunia trading juga tidak terkecuali.

Sekilas Tentang Trading Signal

marianne-bos-4eBOAeFfY0w-unsplash (1)

 

Tidak dapat dinafikan ramai trader yang bergantung pada trading signal. Signal ini kononnya akan menunjukkan apa yang berlaku di pasaran kewangan.  Ada yang mengatakan ia merupakan alat terbaik di pasaran untuk membuat ramalan yang tepat mengenai prestasi perdagangan masa depan. 

Terdapat banyak laman web yang berkongsi isyarat trading dalam talian. Dan penggunaan media sosial memungkinkan orang ramai untuk berkongsi isyarat trading percuma dan juga secara premium. 

Kalau dikaji dengan lebih mendalam, kita boleh lihat terdapat tiga kumpulan utama yang bertanggungjawab untuk menghantar isyarat seperti itu:

– Traders

– Affiliates

– Scammers

Senarai di atas ini ditunjukkan mengikut urutan yang mana boleh dipercayai terlebih dahulu.

 

Signal dari Trader

Ia adalah sesuatu yang normal untuk seorang trader berkongsi idea mereka dengan dunia luar. Tujuan utama mereka melakukannya adalah untuk mendapatkan reputasi sebagai seorang trader yang baik, membantu orang lain, dan hanya menyokong komuniti yang pernah menyokong mereka ketika mereka baru dalam dunia trading ini. Biasanya, anda boleh menemui orang-orang seperti ini di forum-forum ataupun di komuniti facebook seperti di Olymp Trade Malaysia. 

Trader ini  biasanya memberi trading signal dengan melakukan analisis mereka sendiri dan memberikan maklumat yang sama persis dengan apa yang mereka gunakan dalam trading mereka sendiri.

 

Signal dari Affiliates

Affiliates adalah sekumpulan trader yang mewakili kumpulan penyedia isyarat yang lain. Anda biasanya boleh mendapat isyarat trading harian percuma dari kelompok ini setelah anda mendaftarkan akaun dengan menggunakan pautan afiliasi mereka. Dengan cara ini ahli affiliate tersebut akan mendapat komisen untuk trading yang anda buat, tetapi isyarat tetap percuma untuk anda.

Namun, penting untuk diingat bahawa tidak semua orang mempunyai cukup waktu untuk menjalankan akitiviti afiliasi mereka dan pada masa yang sama melakukan aktiviti trading mereka.  Jadi anda harus berhati-hati dengan kumpulan seperti ini. 

Sering kali isyarat trading yang mereka berikan tidak berkualiti kerana mereka menggunakan lebih banyak masa untuk mempromosi link affliasi mereka saja. Dan biasanya apa yang terjadi ialah mereka hanya mengambil apa-apa saja isyarat yg boleh didapati secara percuma di internet dan memberikannya kepada pengikut mereka. 

Memberi isyarat yang berkualiti bukanlah tujuan utama mereka kerana mereka hanya membuat keuntungan melalui link affiliasi mereka yang anda gunakan untuk mendaftar.  

Inilah sebabnya mengapa penting untuk menguji sebarang isyarat trading yang anda perolehi secara percuma pada akaun demo terlebih dahulu.

 

Signal dari Scammer

Di dalam signal yang disediakan sepatutnya terdapat maklumat yang mengandungi petunjuk yang berguna untuk melakukan trading. Walaubagaimanapun, perkhidmatan seperti inilah yang dimanfaatkan oleh sang penipu atau scammer untuk menipu orang ramai. 

Sebilangan scammer membuat rangkaian isyarat yang dipalsukan. Isyarat ini akan kelihatan sangat reliable, tetapi sebenarnya membawa trader ke jalan yang salah dengan cara yang hanya menguntungkan mereka.

Scammer inilah  yang patut Anda takuti, karena mereka sebenarnya hanya tertarik untuk mengaut keuntungan dari anda. Penyedia seperti itu biasanya menggunakan metode yang cukup jelas untuk memikat mangsa mereka. Misalnya mereka akan memberikan beberapa signal online yang percuma, dan kemudian meminta Anda untuk membeli signal yang premium.

Sejumlah besar demografi trader boleh menjadi mangsa penipuan scammer-scammer ini. Ini termasuklah juga jika anda seorang senior dalam dunia trading. Ini kerana kelicikan penipu-penipu ini mampu untuk menipu sesiapa saja yang tidak berwaspada. 

Tetapi sebagai seorang yang berpengalaman yang telah lama berada di dunia trading ini, seorang senior akan mempunyai pemahaman yang lebih besar mengenai maklumat apa yang sah dan apa yang tidak. 

Yang paling rentan/vulnerable, bagaimanapun, adalah mereka yang tidak mempunyai banyak pengalaman bertrading. Trader yang baru saja melangkah masuk ke dunia trading yang mungkin lebih terbuka untuk mengambil lebih banyak risiko sehingga membiarkan diri mereka terdedah kepada scammer-scammer ini.

 

Cara Penipuan Trading Signal

Sebuah organisasi scammer yang menjual maklumat isyarat trading kemungkinan akan membuat laman web, yang mungkin disenaraikan dan diiklankan dalam talian sebagai sumber yang kelihatan sah untuk trading. Selain daripada itu, mereka juga menggunakan platform media sosial seperti Instagram, Facebook dan lain-lain. Bahkan mereka juga akan mempamerkan gaya hidup yang dapat dinikmati oleh trader sekiranya menggunakan perkhidmatan mereka. Satu lagi cara ialah dengan menubuhkan grup-grup Telegram atau Whatsapp yang kononnya akan memberikan pelanggan mereka trading signal setiap hari. 

Setelah penipu mencari mangsa yang berpotensi, selalunya, langkah seterusnya adalah untuk meyakinkan pelanggan untuk mendaftar ke perkhidmatan dan membayar yuran bulanan atau mingguan yang signifikan untuk penggunaannya. 

Melalui analisis teknikal atau fundamental, seorang trader yang berpengalaman akan dapat memberitahu kualiti isyarat yang diberikan oleh organisasi tersebut. Namun, bagi trader baru, mungkin tidak. Akibatnya, trader baru lebih cenderung terdedah terhadap godaan organisasi penipuan tersebut. 

 

OT Blog Social Media

 

Bagaimana anda dapat mengelakkan penipuan ini?

Produk yang mengandungi trading signal sebenarnya tidak penting. Terdapat banyak tutorial pembelajaran sendiri yang tersedia. Aspek penting di sini ialah sama ada trader bersedia meluangkan masa untuk menambah pengetahuan dan kesedaran anda.

Salah satu ciri umum penipuan penjualan trading signal adalah terdapatnya syarat di mana penyedia perkhidmatan menganggap bahawa kejayaan masa lalu sistem mereka adalah petunjuk kepada nilai produk yang mereka jual. 

Kumpulan scammer ini menggunakan alasan tersebut untuk mencari mangsa yang vulnerable dan terdesak untuk mendapatkan kejayaan segera dari suatu sistem. Namun, tidak ada jaminan bahawa kejayaan ini akan berlaku pada masa akan datang – jika tidak ada disclaimer mengenai perkara ini yang diterbitkan di halaman organisasi tersebut, ada kemungkinan bahawa ini adalah bendera merah agar trader berhati-hati dan penyedia itu mungkin tidak boleh dipercayai.

 

Haruskah Seorang Trader Menggunakan Trading Signal?

Sebenarnya, perlukan anda menggunakan trading signal? Walaupun anda pasti dapat mencari online trading signal yang percuma, yang mungkin boleh dipercayai, tetapi kami sebenarnya tidak menggalakkan anda menggunakannya. Online trading adalah seni yang harus dipelajari dan dikuasai. Ia memerlukan banyak kerja keras, tetapi ia cukup berbaloi jika anda dapat menguasainya. Biarpun  trading signal percuma yang anda gunakan adalah antara yang terbaik, anda sebenarnya masih belum belajar bagaimana cara bertrading, dan anda hanya bergantung pada orang lain.

Cara ini hanya akan dapat memberikan anda pulangan dalam jangka masa pendek. Tetapi dalam jangka panjang, kejayaan anda akan dipersoalkan. Memulakan trading dengan hanya mengikut isyarat bukanlah satu idea yang baik. Pada kami daripada anda membazirkan wang untuk membeli isyarat adalah lebih baik anda melaburkan masa dan modal trading anda ke dalam pendidikan anda sendiri.

 

Konklusi

Sebagai seorang trader, hal terbaik yang harus dilakukan untuk mencegah penipuan seperti ini adalah menjauhkan diri dari hal-hal yang tidak jelas seperti ini. 

Cara yang pasti bagi seorang trader untuk mengurangi risiko penipuan trading signal adalah dengan mempersoalkan dan meneliti setiap peluang perdagangan dan mencari tahu siapa sebenarnya yang akan mendapat keuntungan dari jual beli tersebut. 

Dalam kes  sebegini untuk mengelakkan penipuan dari penjual trading signal, memilih untuk menggunakan carta harga untuk melakukan analisis peribadi adalah alternatif yang terbaik daripada bergantung pada penyedia luar yang kita tidak pasti kesahihahnnya. 

 

Trading Dengan Olymp Trade

Sekiranya anda berhasrat untuk memba  wa trading anda ke tahap berikutnya, akaun real Olymp Trade adalah tempat yang tepat untuk anda melakukannya! Anda boleh berdagang Forex dan FTT pada 80+ mata wang, memilih dari pelbagai jurusan asset, serta mata wang kritpo.

Anda juga dapat mengakses analisis teknikal dan maklumat perdagangan terkini secara percuma. Olymp Trade sangat menggalakkan cara berdagang yang betul. Oleh kerana itu mereka sangat menekankan penggunaan segment edukasi serta penggunaan aplikasi Olymp Plus mereka. Dengan cara itu anda tidak perlu lagi bergantung pada apa-apa trading signal. Dan mungkin dapat bertrading dengan lebih tenang. 

OT Blog OT

 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...