10.05.2018 Olymp Trade 0
Olymp Trade

Terdapat banyak perkara, yang telah dicipta oleh orang Amerika… Lampu trafik, seluar jean, dsb. Satu daripada orang terkemuka Amerika Gerald Appel mencipta cara untuk «meluncurkan pada harga» secara efisien. Beliau memanggil ini kasut luncurnya – penumpuan/pencapahan purata pergerakan atau secara ringkasnya MACD. Dalam artikel ini penganalisis Olymp Trade akan cuba untuk menerangkan kepada anda tentang ciri penunjuk ini.

MACD ialah jenis instrumen kewangan yang sangat popular. Instrumen ini adalah berdasarkan dua purata pergerakan, yang diubah suai oleh Appel. Harap anda tidak lupa cara untuk meluncurkan pada harga. Jika anda terlupa – hanya semak siaran Olymp Trade yang sebelumnya.

Mengapakah Appel mengubah suai purata pergerakan ini? Mengikut pendapat pengarang tersebut, yang kemudiannya diluluskan oleh ramai penganalisis teknikal, bahawa MACD membantu mendapatkan lebih banyak isyarat lain yang menguntungkan. Yang mana satu? Kami akan memberitahu anda sedikit masa lagi. Pertama sekali, kami perlu membincangkan tentang pelbagai jenis kelainan penunjuk MACD.

Apakah jenis MACD yang ada?

Mari kita bayangkan bahawa anda sedang berjalan di dalam hutan. Anda menggunakan laluan kecil supaya tidak tersesat. Laluan kecil berada di antara pokok dan anda terus berjalan sehingga anda nampak padang rumput. Di sana anda boleh melihat satu lagi laluan kecil, yang menyilangi laluan kecil anda. Anda memilih jalan anda dan masuk ke dalam hutan lagi.

MACD terdiri daripada dua garisan dan histogram (bar). Garisan MACD adalah laluan kecil kita, histogram MACD ialah hutan. Apabila kita sampai ke penghujung hutan (tiada bar lagi), laluan kecil MACD menyilangi antara satu sama lain. Simpang jalan bermula dan anda perlu memilih jalan lagi.

Olymp Trade

Pedagang yang berpengalaman dan kebanyakan penganalisis Olymp Trade menggunakan kedua-dua – garisan MACD dan histogram MACD.

Isyaratnya, yang kita peroleh daripada MACD.

Perkara pertama yang pedagang berikan perhatian ialah arah garisan MACD. Jika laluan kecil menghala ke atas – pedagang bergerak ke arahan yang sama juga, jadi beliau membeli. Dan sebaliknya – jika garisan itu menghala ke bawah – tibalah masanya untuk menjual. Oleh itu, MACD menunjukkan arah pasaran atau hanya trend.

Olymp Trade

Kemudian pedagang melihat pada pokok-pokok di dalam hutan, atau histogram MACD. Jika pokoknya menjadi semakin rendah, itu bermakna kita telah hampir sampai ke penghujung hutan, kita akan melihat jalan simpang tidak lama lagi dan perlu memilih jalan kita lagi.

Olymp Trade

Penyilangan laluan kecil dan di penghujung hutan – dalam kata lain ialah penyilangan garisan MACD dan histogram yang semakin menghilang. Ini ialah isyarat utama untuk pedagang. Apabila isyarat itu muncul, pedagang maklum bahawa sesuatu yang bakal berlaku tidak lama lagi. Keputusan untuk membeli atau untuk menjual akan diambil pada detik persis ini.

Sila lihat pada contoh, yang diambil dari platform Olymp Trade

Olymp Trade

Isyarat penting terakhir daripada MACD adalah agak rumit sedikit. Kadangkala harganya tersasar di dalam hutan. Itu bermaksud yang berikut – harga dan MACD bergerak ke arah yang bertentangan. Contohnya, harganya naik, tetapi MACD turun, atau sebaliknya – MACD melonjak naik tetapi harganya enggan mengikutnya. Ini ialah salah satu isyarat yang paling penting, yang bermaksud arah harga akan berubah dalam tempoh yang singkat. Kita boleh mencari isyarat pencapahan ini bukan sahaja pada MACD tetapi pada kebanyakan penunjuk yang lain.

Olymp Trade

Adakah berbaloi untuk meluncur pada MACD?

Sememangnya berbaloi. MACD ialah instrumen hebat, yang membantu membuat duit berdasarkan pergerakan harga, tetapi terdapat satu KEKURANGAN yang ketara!

Bilakah luncuran Appel tidak berfungsi?

Terdapat banyak situasi yang tidak jelas yang muncul dalam pasaran, yang dipanggil sebagai flat (rata). Malangnya, kita boleh mengatakan bahawa laluan kecil kita terlalu bengkang-bengkok dalam situasi yang sedemikian. Kita tidak boleh memberitahu apa langkah seterusnya dengan pasti – untuk membeli atau untuk menjual.

Olymp Trade

«Apakah yang perlu saya lakukan apabila berhadapan dengan situasi flat (rata)?», – ini soalan anda. Jawapannya ialah – tidak apa. Anda tidak perlu berdagang 24/7. Tunggu sehingga trend bermula semula dan kemudian gunakan isyarat MACD.

Olymp Trade mengucapkan semoga memperoleh keuntungan yang baik!

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...