19.10.2018 Halaman Utama 0

Siapakah pencipta Awesome Oscillator? Untuk apa?

Purata bergerak membantu kami mencari arah harga (trend) dan titik kemasukan. Terdapat satu kelemahan dengan penunjuk jenis ini – kelewatan, kerana harga sedang bergerak ke hadapan tetapi purata bergerak mengira data yang sudah menjadi «sejarah» daripada carta.

Pedagang popular dari Amerika Bill Williams mencipta penunjuk unik ini yang digelar Awesome Oscillator (AO). Penunjuk ini digunakan untuk mengukur momentum pasaran untuk bilangan tempoh terkini dibandingkan dengan momentum tempoh sebelumnya yang lebih besar. Awesome Oscillator mengira perbezaan Purata Bergerak Ringkas 34 Tempoh dan 5 Tempoh. Purata Bergerak Ringkas yang digunakan tidak dikira menggunakan harga penutupan tetapi setiap titik tengah bar. Selain itu, AO biasanya digunakan untuk mengesahkan trend atau untuk menjangka kebalikan yang mungkin berlaku. Dengan bantuan juruanalisis Olymp trade anda akan mengetahui cara untuk menggunakan Awesome Oscillator dalam strategi perdagangan anda.

Tetapan asas Awesome Oscillator

Awesome Oscillator direka sebagai histogram dengan nilai yang naik turun dari Garis Sifar, dengan bar merah dan hijau. Lihat imej yang telah disediakan oleh juruanalisis Olymp trade.

Penunjuk Awesome Oscillator. Petua hidup Olymp trade

Bar berwarna hijau apabila nilainya lebih tinggi daripada bar sebelumnya, bar merah sebaliknya menandakan nilai yang lebih rendah daripada bar sebelumnya. Apabila nilai-nilai Awesome Oscillator melebihi Garis Sifar, ini menandakan bahawa trend tempoh jangka pendek adalah lebih tinggi, oleh itu wujudnya momentum menaik atau “bullish”. Apabila histogram berada di bawah Garis Sifar, trend tempoh jangka pendek adalah lebih rendah, oleh itu terdapat momentum menurun atau “bearish”. Imej seterusnya direka untuk menunjukkan Awesome Ocsillator dan tempoh 5 dan 34 SMA, supaya anda boleh membandingkan bagaimana lintasan purata bergerak adalah sangat serupa dengan histogram Awesome Oscillator.

Penunjuk Awesome Oscillator. Petua hidup Olymp trade

Kini juruanalisis Olymp trade akan menyentuh sedikit tentang strategi perdagangan Awesome Oscillator yang paling biasa digunakan.

Melintas Atas atau Bawah Isyarat Garis Sifar

Isyarat ini adalah isyarat yang paling jelas dan mudah oleh Penunjuk Awesome. Ini adalah apabila nilai AO melintasi atas atau bawah Garis Sifar dan menandakan perubahan dalam momentum. Apabila penunjuk melintasi atas Garis Sifar, momentum jangka pendek kini sedang menaik lebih cepat daripada momentum jangka panjang, yang membuka peluang pembelian ‘bullish’. Lihat imej yang menunjukkan trend ‘bullish’ (menaik).

Penunjuk Awesome Oscillator. Petua hidup Olymp trade

Begitu juga, pergerakan sebaliknya adalah sama, apabila penunjuk melintasi bawah Garis Sifar, ia membuka peluang penjualan.

Penunjuk Awesome Oscillator. Petua hidup Olymp trade

Isyarat Dwi Puncak

Jenis kedua isyarat perdagangan adalah ‘Twin Peaks’ atau Dwi Puncak, iaitu kaedah yang mengambil kira perbezaan antara dua puncak di sebelah sama Garis Sifar. Persediaan Bullish Twin Peaks berlaku apabila terdapat dua puncak di bawah Garis Sifar. Puncak kedua adalah lebih tinggi daripada puncak pertama dan diikuti oleh bar hijau. Lihat imej yang digunakan oleh juruanalisis Olymp trade untuk menerangkan isyarat ini.

Penunjuk Awesome Oscillator. Petua hidup Olymp trade

Selain itu, persediaan Bearish Twin Peaks berlaku apabila terdapat dua pola paruh di atas Garis Sifar. Puncak kedua adalah lebih rendah daripada puncak pertama dan diikuti dengan bar merah.

Penunjuk Awesome Oscillator. Petua hidup Olymp trade

Kesimpulannya, pedagang tahu bahawa momentum itu penting bagi memahami pergerakan harga, oleh itu AO boleh digunakan untuk menjana maklumat berkualiti untuk analisis teknikal. Strategi Awesome Oscillator oleh Bill William sangat berguna apabila pedagang ingin memasuki pasaran ketika momentum beralih mengikut kemahuan mereka. Dengan itu, juruanalisis Olymp trade mengucapkan semoga berjaya di pasaran!

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...