09.06.2018 Olymp Trade 0

Penganalisis Olymptrade menjelaskan tentang Analisis Grafik

Pasaran kewangan menggunakan analisis grafik untuk mentafsirkan maklumat yang dibentangkan dalam sesebuah carta. Disebabkan pergerakan kitaran harga, ia diketahui bahawa apabila corak grafik berlaku dan berkesan di masa lampau, ia juga akan berlaku di masa hadapan dan sangat kemungkinan pergerakan tersebut akan berlaku menurut arah yang sama seperti di masa lampau. Corak grafik dibahagikan kepada dua jenis, corak aliran yang berterusan dan corak aliran yang berbalik. Hari ini, Penganalisis Olymptrade akan membincangkan tentang salah satu corak berbalik yang paling mudah yang boleh ditemui oleh pedagang dalam sesebuah carta.

Corak Kepala dan Bahu

Kepala dan bahu adalah corak berbalik yang mengisyaratkan bahawa sesebuah aliran sedang berbalik dan ia merupakan satu corak yang sangat mudah untuk dibayangkan. Corak ini boleh muncul pada mana-mana perbezaan rangka masa pada carta, tetapi lebih baik jika kita dapat menganalisis corak ini ketika tempoh yang lebih tinggi. Corak ini mengandungi tiga puncak berturut-turut, di mana puncak pertengahan adalah yang tertinggi dan dua lagi puncak luar adalah lebih kurang sama rata dari segi dimensi. Apabila harga meningkat, kita dapat melihat pembentukan pada bahagian bahu kiri pada akhir pergerakan ini dengan mudah. Selepas puncak pada bahagian bahu kiri terbentuk, terdapat pembetulan yang berlaku selepasnya dan harga semakin menurun. Oleh kerana aliran utama masih menunjukkan suasana bulis arah aliran menaik, harga pasaran telah membentuk kepala dengan pembetulan seterusnya ke bawah. Akhir sekali, puncak ketiga atau bahu kanan terbentuk apabila harga pasaran menaik sekali lagi dan menurun berdekatan lurah pertama di antara bahu kiri dan kepala. Lihat platform Olymptrade untuk memeriksa pembentukan penuh Corak Kepala dan Bahu.

Pilihan – Analisis Grafik daripada Olymptrade

Pada bahagian akhir, satu garis leher dilukis merentasi bahagian bawah bahu kiri, kepala dan bahu kanan. Setiap puncak corak kepala dan bahu menurun ke arah tahap sokongan di garis leher, sebelum menaik untuk menghasilkan puncak yang seterusnya. Pergerakan di bawah garis leher adalah isyarat berbalik bagi aliran menaik semasa. Oleh itu, apabila harga pasaran melepasi garis leher ini dan terus menurun, ia menunjukkan aliran bulis telah mengalami pembalikan dan aliran utama sekarang adalah bearis Aliran menurun boleh dilakukan apabila corak dilengkapkan dengan keluar daripada garis leher.

Pilihan – Analisis Grafik daripada Olymptrade

Corak Kepala dan Bahu Berbalik

Corak ini hanyalah pembalikan daripada Kepala dan Bahu dan selalunya menunjukkan perubahan daripada aliran bearis kepada aliran bulis yang baharu. Anda akan mendapati pembentukan 3 bahagian rendah, di mana bahagian rendah di tengah/lebih tinggi adalah kepala serta bahagian rendah di sebelah kiri dan kanan menjadi bahu.

Pilihan – Analisis Grafik daripada Olymptrade

Garis leher yang dilukis ditentukan oleh bahagian atas di antara bahu dan kepala. Sekarang, pada corak kepala dan bahu berbalik, garis leher bertindak sebagai tahap rintangan, di mana pergerakan yang melepasi garis leher adalah isyarat permulaan aliran bulis dan apabila pecah keluar berlaku, Aliran Menaik boleh dilakukan.

 

Pilihan – Analisis Grafik daripada Olymptrade

Sekarang, dengan bantuan Penganalisis Olymptrade, anda tahu betapa mudahnya untuk mencari corak grafik dan mula menjalankan perdagangan yang menguntungkan berdasarkan pergerakan harga dan trend berbalik.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...