15.06.2018 Olymp Trade 0

Pergerakan harga di pasaran sangat mudah dibandingkan dengan pergerakan bandul. Menaik dan menurun, harga sering berayun antara aras yang berbeza, yang membolehkan anda membeli dan menjual aset pada masa yang sesuai. Namun pergerakan bandul bukanlah tidak terbatas – lambat laun ayunan akan mula perlahan. Sama juga dengan harga. Ayunan yang kita lihat seringkali menjadi semakin perlahan. Harga seperti berhenti bergerak. Pakar analisis Olymptrade akan memberitahu anda cara untuk menggunakan harga yang semakin perlahan.

Segi tiga tumpu

Apabila ayunan bandul mula perlahan, sudah pasti ia mula berhenti. Memulakan semula bandul memerlukan sesuatu daya tolak. Kejadian yang sama juga boleh dilihat di pasaran. Harga yang menaik dan menurun akan perlahan secara beransur-ansur, seolah-olah ingin mencapai nilai tertentu

Pola analisis graf klasik ini dikenali sebagai segi tiga tumpu (‘convergent triangle’). Anda boleh menjumpainya pada setiap graf untuk setiap aset. Tetapi anda perlu kethaui sifat-sifatnya untuk mempelajari cara untuk menggunakannya.

Sifat pertama yang disedari oleh klien Olymptrade adalah sisi dari mana harga memasuki segi tiga. Lazimnya arah dari mana harga memasuki segi tiga sering kali menentukan arah harga keluar dari segi tiga. Oleh itu, jika harga sedang menaik sebelum memasuki segi tiga, kebarangkalian paling tinggi bahawa harga akan meninggalkan segi tiga pada aras tinggi, jika sedang menurun, maka di bawah.

Segi tiga. Petua hidup daripada pakar analisis Olymp Trade

Segi tiga. Petua hidup daripada pakar analisis Olymp Trade

Sifat ini sangat berguna dan membolehkan anda menentukan arah pergerakan harga yang seterusnya dengan agak tepat.

Sifat kedua yang diperhatikan oleh pakar anlisis Olymptrade adalah bilangan ayunan oleh bandul harga dalam segi tiga. Biasanya sebanyak lima ayunan.

Segi tiga. Petua hidup daripada pakar analisis Olymp Trade

Sifat ketiga adalah kekuatan bandul kembali berayun. Hakikatnya adalah, jika bantul berhenti sepenuhnya, ia adalah agak sukar untuk mula kembali bergerak. Tetapi jika ia tidak berhenti sepenuhnya, dan jika kita mula ayunkan semula, ini adalah lebih mudah untuk dilakukan. Ini juga merupakan tingkah laku harga pasaran dalam pola segi tiga klasik. Pedagang Olymptrade yang berdagang dengan segi tiga tumpu klasik memperhatikan di mana harga mula melintas sempadan. Jika persilangan berlaku lebih awal (kira-kira 2/3 daripada segi tiga), makan harga akan keluar dengan kuat. Berbanding pula jika ia wujud di bahagian akhir segi tiga, pergerakan harga selanjutnya mungkin sangat lemah.

Segi tiga capah

Mari kita bayangkan bandul yang songsang. Iaitu, semakin banyak bandul berayun, semakin kuat ayunan itu. Ia sentiasa berlaku di pasaran di mana harga mula bergerak dengan amplitud yang semakin besar, yang mengakibatkan pembentukan segi tiga capah. Harga sepatutnya keluar sejurus selepas ini, perkara sama berlaku dengan segi tiga tumpu.

Segi tiga. Petua hidup daripada pakar analisis Olymp Trade

Semua peraturan yang kami terangkan untuk segi tiga tumpu dipakai sepenuhnya untuk segi tiga capah juga.

Pedagang Olymptrade menjumpai dan menggunakan segi tiga untuk perdagangan yang berjaya. Kami berharap, anda juga akan berjaya selepas membaca artikel ini!

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...