26.07.2021 Halaman Utama 0
social trading

Trading Secara Sosial

Jenis dan gaya yang berbeza 

Social Trading atau Trading secara sosial melalui Forex atau Fixed Time Trading adalah amalan menyalin trade dari trader lain yang anda temui melalui komuniti perdagangan sosial secara dalam talian. 

Biasanya trader menggunakan komuniti perdagangan ini sebagai sistem sokongan peribadi dan sebagai tempat untuk mendapatkan idea serta membincangkan strategi mereka. Perdagangan secara sosial ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Antara method berbeza untuk berkomunikasi dengan pedagang lain termasuklah forum, profil, blog, perkhidmatan isyarat (grup signal) atau melalui broker atau platform tertentu yang menyediakan perkhidmatan copy trading. Semua bentuk komunikasi sosial ini membantu trader dari semua peringkat untuk berinteraksi antara satu sama lain dan memperbaiki strategi perdagangan mereka.

forex trader

Bagaimana Hendak Bermula

Dagangan Forex secara sosial menawarkan kelebihan unik terutamanya kepada trader baru yang masih gementar untuk bermula. Ia membolehkan mereka meniru orang lain dan ‘berpegangan tangan’ dengan trader yang lebih berpengalaman semasa proses trading. Social trading ini juga menawarkan kelebihan yang berbeza untuk pedagang yang lebih berpengalaman, kerana ia membolehkan mereka menjadi pemimpin trading dan mendapat keuntungan dengan merekrut pengikut yang semakin banyak. Atau dengan kata lain, mereka boleh menggunakan kelebihan yang ada dengan menjadi affiliate untuk mana-mana broker dan melatih trader baru. 

Sama ada anda seorang pemula atau pakar, ia merupakan satu idea yang baik jika anda memahami dan mempelajari pelbagai tawaran sosial yang ada supaya anda dapat merasa selesa di dalam dunia forex yang menarik ini. 

Berikut adalah beberapa jenis platform social trading yang popular yang boleh anda cuba.

Signals Atau Tips

Sekiranya anda masih baru dalam trading secara social trading, kami syorkan untuk anda memulakannya dengan mencari isyarat/signal dan tips sebagai penunjuk arah kepada trade anda. Signal dan tips boleh datang dari sumber yang mudah seperti sentimen indikator dari trader yang disiarkan di laman web broker atau ia boleh berasal dari sistem yang dihasilkan oleh komputer yang sangat canggih. 

Anda tidak akan mendapat sebarang interaksi dari perdagangan sosial seperti ini. Anda juga mungkin tidak akan memahami sepenuhnya apa yang anda lihat kerana anda tidak dapat berinteraksi dengan mereka yang berkongsi maklumat tersebut. Tetapi, dengan isyarat atau tips tersebut anda boleh mendapat tahu posisi yang perlu anda berada dalam pasaran secara langsung. Dan ianya terpulang kepada anda untuk mengikut petunjuk tersebut  jika anda mahu.

Copy Trading

Copy trading , seperti namanya  — ia adalah tindakan menyalin trading dari  trader lain. Memang terdapat platform copy trading yang membolehkan anda menyalin trade dari trader lain dengan harapan anda dapat meniru kejayaan mereka. Anda boleh memilih trader dari papan leaderboard di mana setiap trade yang dibuat oleh trader itu dicatatkan. Setelah memilih mana-mana trader, trade mereka akan dimasukkan ke dalam akaun anda.

Terdapat kawalan sekatan yang akan memantau akaun anda supaya anda tidak mengikuti mana-mana trader secara membuta tuli. Walaubagaimanapun tanggungjawab sepenuhnya ada pada anda. 

Secara dasarnya copy trading adalah cara mudah untuk berdagang. Ini adalah kerana anda tidak perlu bimbang untuk membuat keputusan sendiri dalam trade anda. Apa yang harus anda lakukan ialah memilih trader yang paling sesuai untuk anda menyalin trade mereka.

Olymp Trade tidak mempunyai servis copy trade. Tetapi kami ada membuat perbandingan antara Olymp Trade vs Octa FX yang mempunyai perkhidmatan copy trading. Anda boleh membaca artikel tersebut di sini. 

Forums dan Profil

Forum dan profil sangat penting jika anda ingin menjadi trader sosial yang serius kerana ia boleh menjadi bahagian perdagangan sosial yang menyeronokkan. Forum membolehkan anda berkomunikasi dengan trader lain sementara profil boleh membantu anda mengenali siapa mereka. Platform yang baik akan memberikan profil yang lengkap dengan maklumat biografi, perincian mengenai gaya perdagangan dan juga jumlah perdagangan yang terbuka dan tertutup.

Sebilangan besar broker menawarkan forum untuk pemegang akaun dan seringkali, anda boleh memasuki ruang perbincangan di lebih banyak forum awam. Forum yang baik akan mempunyai beratus-ratus jika tidak beribu-ribu pengguna aktif dan anda boleh menyertai rentetan pilihan anda. Biasanya renteten-rentetan tersebut telah mempunyai kategori khas seperti strategi, alat, petua dan ramalan serta banyak pilihan yang lain.

Auto-bots

Secara teknikal, trading melalui auto-bots bukanlah social trading, kerana ia menghilangkan aspek sosial dalam trade tersebut. Auto-bot adalah robot yang diatur untuk menjalankan perdagangan ketika strategi atau pola tertentu dipicu. Walaupun perdagangan sosial memerlukan pedagang manusia untuk melakukan trade, perdagangan secara automatik ini sama sekali tidak memerlukan pemantauan manusia. 

Sistem akan menghasilkan isyarat dan kemudian secara automatik memicunya ke dalam akaun anda. Terdapat beberapa sistem automatik yang cukup asas tetapi ada juga beberapa versi yang cukup maju yang dapat berinteraksi dengan komputer dan akaun anda dengan lancar. 

Kelebihan auto-bot adalah anda tidak perlu risau tentang kesilapan manusia. Kelemahannya, tentu saja, adalah bahwa anda kehilangan pemantauan manusia, sehingga trade tetap dijalankan walaupun pedagang (atau pengaturcara) mungkin ingin menukar cadangan dari sistem tersebut.

broker forex

Bahaya Tersembunyi Terdedah

Social trading adalah sistem yang popular di mana pedagang forex dapat berkongsi strategi perdagangan semasa berdagang mata wang. Dengan menghubungkan pedagang dari seluruh dunia ke dalam satu rangkaian besar, perdagangan sosial memberi peluang kepada trader untuk menggunakan kemahiran pelabur lain dari seluruh dunia untuk berdagang dengan lebih bijak dan lebih menguntungkan.

Salah satu cabaran utama yang akan anda hadapi dengan trading secara sosial adalah pemeriksaan penyedia isyarat. Sebilangan besar platform tidak mempunyai cara untuk mengawal siapa yang boleh menjadi penyedia isyarat dan siapa yang tidak. Ini boleh menjadi masalah kerana kualiti isyarat yang diberikan mungkin berbeza-beza dalam platform perdagangan sosial yang sama.

Hati-hati dengan Keuntungan Yang Terlalu Banyak

Kebanyakan trader cenderung untuk mengikuti nama-nama yang muncul di bahagian atas senarai tanpa melihat sejarah masa lalu mereka. Mereka percaya bahawa penyedia isyarat dengan prestasi terbaik adalah mereka yang mengumpulkan sebilangan besar pengikut. Walaubagaimanapun itu bukanlah apa yang berlaku sebenarnya.  

Sering kali, mereka yang mendapat keuntungan paling banyak dalam tempoh dua bulan adalah mereka yang sangat agresif. Mereka naik ke puncak dengan cepat kerana mereka dapat menanggung kerugian yang besar. 

Jadi berhati-hatilah dengan mengikuti mereka dengan nombor keuntungan yang keterlaluan. Melihat rekod masa lalu papan leaderboard bagi trader yang mencatat prestasi kukuh dalam jangka masa tertentu mungkin merupakan perkara yang lebih bijak untuk dilakukan.

Begitu juga, perlu diingat bahawa walaupun anda menggunakan teknologi perdagangan automatik untuk melakukan trade, anda harus memantau tindakan sistem tersebut untuk memastikan anda bersetuju dengan keputusan yang telah dibuat. Sangat berkemungkinan bahawa setelah beberapa trade atau jangka waktu yang panjang, anda mungkin tidak ingin lagi mengikuti cadangan auto-bots tersebut. Atau anda mungkin ingin menyesuaikan strategi trading anda dengan sewajarnya. 

Jadi secara ringkasnya, trading secara sosial melalui cara ini bukanlah sesuatu yang harus ‘diatur dan dilupakan’ –  walaupun banyak penyedianya yang cuba meyakinkan anda sebaliknya.

Trader Yang Tidak Boleh Dipercayai

Mengawasi aktiviti luar biasa adalah penting ketika memilih platform perdagangan sosial anda. Terdapat beberapa platform perdagangan sosial yang membenarkan trade leaders untuk berdagang dengan demo sahaja, dan bukannya dengan wang mereka sendiri. Ini boleh membawa kepada keputusan yang malapetaka kepada akaun anda. 

Percayalah , ada banyak individu yang tidak boleh dipercayai di luar sana.  Mereka hanya mahu menerima komisen untuk setiap perdagangan yang dilakukan oleh ahli affiliate mereka. Mereka menipu trader dengan melakukan trade yang  kononnya dapat mempengaruhi keadaan pasaran. Oleh itu, anda perlu membuat satu set kriteria yang khusus dan mengikutinya supaya anda dapat menapis leader board yang berpotensi sebelum anda buta-buta mengikuti mereka. 

Peringatan

Mempunyai pengetahuan memang sangat penting. Dan sama seperti trading secara sosial, anda meletakkan kepercayaan kepada orang lain dan seterusnya menghilangkan keperluan untuk memahami selok-belok perdagangan Forex. Tanpa sekurang-kurangnya pemahaman minimum mengenai pasaran, anda mungkin mendapati diri anda berada dalam kedudukan di mana anda tidak mampu mengambil keputusan yang cepat dan tepat ketika perdagangan atau strategi tertentu tidak menjadi seperti yang anda jangkakan. 

Seperti mana-mana sistem, terdapat kelemahan pada trading secara sosial ini. Walaupun begitu ada juga kelebihan yang ketara. Kelemahan yang patut diberi perhatian ialah sesiapa sahaja boleh menjadi penyedia isyarat sehingga tidak ada jaminan bahawa nasihat yang anda terima itu akan selalu masuk akal. Lebih teruk lagi, anda mungkin akan mengikuti pembekal isyarat yang tidak mempunyai pengetahuan atau pengalaman lebih daripada yang anda miliki. 

Forex trading tidak pernah menjadi perkara yang pasti dan trading secara sosial boleh membawa satu risiko ke tahap risiko yang lain. Satu-satunya cara untuk melindungi diri anda dari risiko ini adalah dengan benar-benar memahami sistem dan pasaran sebelum meletakkan kepercayaan kepada orang lain selain diri anda sendiri. 

Kata Akhir

Semasa memilih platform perdagangan sosial, pastikan anda  mencari platform yang mempunyai kawalan akaun yang ketat. Ini mungkin termasuk jumlah trade yang boleh anda buat pada setiap perdagangan, jumlah kerugian yang dibenarkan untuk setiap copy trade, berapa kali anda dibenarkan untuk mengikuti seseorang trader itu dan aset mana yang boleh anda ikuti. 

Seperti mana-mana platform, jumlah kawalan akan berbeza-beza dari broker ke broker dan dari platform ke platform. Tetapi semakin banyak kawalan yang ada, semakin baik anda dapat menguruskan wang anda dan ini adalah aspek perdagangan yang paling penting bagi pemula mahupun pedagang yang berpengalaman .

sleep eat trade

 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...