04.05.2018 Olymp Trade 0

 

Kaunter saham modal kecil serta sederhana di Bursa Malaysia Securities Bhd dijangka terus mengukuh tahun ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), terutama jika Barisan Nasional (BN) kekal berkuasa.

Ketua Penyelidikan Malaysia RHB Research Institute Sdn Bhd, Alexander Chia, berkata ketika ini pasaran saham kaunter modal kecil dan sederhana banyak dipengaruhi oleh faktor geopolitik negara.

Beliau berkata, penyelidikan pihaknya mendapati ramai pelabur runcit membuat keputusan untuk mengenepikan pembelian, manakala pelabur institusi mencari tempat perlindungan dalam saham syarikat modal besar.

“Ini menyebabkan FBM KLCI kini mengatasi FBM SCI (Small Cap Index) lebih 18 peratus. Berdasarkan situasi semasa, kami menjangkakan jika kerajaan kini masih memegang tampuk pemerintahan negara, risiko politik dalam pasaran saham akan berkurangan selepas 9 Mei ini.

“Pelabur akan kembali membuat jualan dan belian selepas PRU-14 dengan kembali ke kaunter saham kecil dan sederhana kerana persekitaran makroekonomi global dan domestik dijangka kekal dalam keadaan baik sepanjang 2018.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...