01.03.2021 Halaman Utama 2
olymp trade penipuan

Olymp Trade Penuh Penipuan Atau Satu Broker Yang Sahih

Perdagangan merupakan bidang yang amat menguntungkan tetapi berisiko. Oleh itu sangat penting untuk kita mendapatkan maklumat tentang kebolehpercayaan broker dan platformnya sebelum kita mula berdaganag. Justeru dalam artikel ini, kita akan mengetahui sama ada Olymp Trade merupakan satu penipuan atau tidak. Sekarang, mari teliti dan lihat fakta-fakta tentang Olymp Trade.

Olymp Trade Mempunyai Sejarah Yang Lama

Banyak yang boleh dibincangkan tentang sama ada Olymp Trade merupakan penipuan dengan menyemak tempoh masa ia berada dalam pasaran. Hal ini disebabkan platform yang melakukan penipuan selalunya tidak akan kekal lama, mereka akan dapatkan wang dan tutup. Mungkin mereka akan buka semula kemudian, dengan nama dan rekaan yang berbeza, tetapi mereka akan tutup semula sebaik sahaja mereka berjaya mendapat keuntungan atau menarik perhatian yang mencukupi.

Platform perdagangan yang sah tidak berfungsi seperti ini. Penubuhan platform perdagangan yang berfungsi dengan betul mengambil masa dan usaha yang banyak, dan banyak lagi diperlukan untuk mencipta komuniti yang stabil. Tetapi bagaimanakah hal ini boleh membantu kita mendapat tahu sama ada Olymp Trade merupakan penipuan?

Lihat, walaupun anda mungkin tidak dapat meneka kualiti platform daripada mengetahui tempoh kewujudannya, platform yang telah wujud untuk sesuatu tempoh yang lama kurang berkemungkinan untuk melarikan wang anda.

Mengenai hal ini, saya ada sesuatu yang baik yang boleh dikatakan tentang Olymp Trade: Olymp Trade telah beroperasi selama hampir 7 tahun, sejak pelancarannya pada tahun 2014. Ini merupakan tempoh masa yang panjang bagi sebuah platform perdagangan dan Olymp Trade telah bertambah baik dengan ketara sejak penubuhannya. Malah sehingga kini, pembangunnya terus menambah semakin banyak ciri kepada platformnya, melaburkan banyak masa dan usaha untuk menjadikannya lebih baik demi komuniti mereka.

Oleh itu, saya rasa bahawa kita boleh mengatakan dengan pasti bahawa sekiranya Olymp Trade hendak melarikan wang anda, ia sudah pun melakukannya. Maksudnya, jawapan kepada soalan “Adakah Olymp Trade penipuan?” ialah “Tidak”.

forex trader

Kesahihan Olymp Trade

Perdagangan merupakan usaha yang berisiko tinggi dan kesahihannya berbeza dari negara ke negara. Sesetengah kerajaan melarang perdagangan dalam talian sepenuhnya dengan menggelar platform seperti Olymp Trade sebagai penipuan. Sesetengah kerajaan pula membenarkan perdagangan, selagi platform mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

Banyak negara tidak tahu cara untuk mengendalikannya, oleh itu status perdagangan, bersama dengan status undang-undang platform, berada dalam keadaan terawang-awang. Jadi ya, secara umumnya, platform perdagangan adalah sah selagi perdagangan, secara umumnya, adalah sah.

Olymp Trade mematuhi undang-undang di negara yang ia beroperasi. Jadi jika anda ingin berdagang, pertama sekali anda perlu menyemak status undang-undang perdagangan di negara anda. Anda boleh melakukannya sama ada dengan melayari Internet, menyemak undang-undang atau pergi ke laman rasmi Olymp Trade. Sekiranya anda dapat mendaftar masuk dan berdagang, maka perdagangan adalah sah, begitu juga dengan Olymp Trade. Sekiranya anda tidak dapat melakukannya, maka ia tidak sah.

Seperti yang anda dapat teka, mematuhi undang-undang bukanlah sesuatu yang akan dilakukan oleh platform yang ingin menipu wang anda. Oleh itu, dari segi kesahan, kami boleh membatalkan pilihan bahawa Olymp Trade merupakan penipuan.

Peraturan

Satu penunjuk yang amat baik yang boleh menunjukkan kesahan platform adalah dengan menyemak sama ada ia mematuhi peraturan dan mempunyai lesen untuk beroperasi. Hal ini disebabkan broker yang palsu tidak akan mendapat lesen kerana ia memerlukan banyak usaha daripada pasukan perundangan.

Oleh itu, hakikat bahawa Olymp Trade diberi lesen oleh Suruhanjaya Kewangan Antarabangsa merupakan satu lagi perkara yang dapat menentang mereka yang memanggil Olymp Trade sebagai penipu. 

OT Cert Saledo

Anda boleh mendapat maklumat lanjut di sini.

Komuniti Pedagang

Seperti yang disebut sebelum ini, komuniti perdagangan adalah sukar untuk dicipta dan dipelihara melainkan pasukan anda berdedikasi untuk menjadikan platform perdagangan anda platform yang berdaya maju. Orang yang memanggil Olymp Trade sebagai penipu selalunya tidak mengambil kira jumlah pengikutnya, kedua-dua dalam dan luar media sosial.

Olymp Trade mempunyai kewujudan yang besar dalam media sosial, blog, YouTube dan laman yang lain. Di sana, pedagang selalunya boleh mendapatkan cadangan, petua dan bahan lain yang boleh membantu mereka dalam kerjaya perdagangan mereka.

Tambahkan lagi pedagang yang menonton strim dan menggunakan bahan pendidikan Olymp Trade, anda akan mendapat gambaran pengikut yang bersemangat dan aktif. Saya percaya bahawa ini merupakan satu lagi bukti yang ketara untuk menentang mereka yang memanggil Olymp Trade sebagai penipu. 

Tawaran Olymp Trade

Satu lagi penunjuk yang baik untuk menyemak sama ada kita sedang menggunakan platform perdagangan yang sah ialah bilangan aset yang ditawarkan kepada penggunanya. Broker yang muda, juga yang paling berisiko, selalunya menawarkan instrumen yang paling asas untuk didagangkan. Sebaliknya, Olymp Trade menawarkan pelbagai aset kepada pedagangnya: pasangan mata wang, logam, komoditi, saham dan lain-lain. Sekarang, mari menelitinya.

OT Blog Asset

  • Pasangan mata wang merupakan sesuatu yang akan ditawarkan oleh setiap broker yang mempunyai harga diri. Di Olymp Trade, anda akan mendapati pelbagai jenis pasangan mata wang, daripada pasangan yang paling umum (EUR/USD) sehingga pasangan yang lebih eksotik (USD/MXN).
  • Seterusnya ialah indeks saham, seperti FTSE 100, NASDAQ dan S&P 500, yang mewakili harga portfolio pelaburan dan lebih jarang didapati daripada pasangan mata wang. 
  • Komoditi, asas kepada dunia ekonomi, serta aset yang popular untuk didagangkan. Dengan Olymp Trade, anda boleh memperoleh keuntungan daripada harga minyak, gas dan sumber lain.
  • Saham merupakan satu lagi kumpulan instrumen perdagangan paling popular dan Olymp Trade menawarkan beberapa saham: BMW, Tesla, Google, Apple, Visa dan lain-lain.
  • Aset mata wang kripto, walaupun agak kontroversial, juga merupakan aset yang berharga. Oleh sebab kebanyakan penjenayah tidak peduli untuk menambahkan aset ini kepada platform mereka, hal ini menunjukkan bahawa mereka yang memanggil Olymp Trade sebagai penipu agak salah, terutamanya apabila anda mengambil kira perkara yang lain.  

Walau bagaimanapun, senarai aset yang banyak bukanlah satu cara yang kukuh untuk mengenal pasti penipuan. Ia boleh dipalsukan sekiranya broker palsu tersebut mempunyai pengetahuan yang berkenaan. Jadi pastikan anda menyemak perkara lain juga, jika anda ingin melindungi wang (dan potensi keuntungan daripada pelaburan wang) anda.

Ringkasan Pantas

Pada akhirnya, apa yang telah kita dapat tahu tentang Olymp Trade? Kami telah mendapat tahu bahawa ia sudah berada di pasaran sejak tahun 2014 dan pembangunnya terus menambah lebih banyak ciri dan alat kewangan secara berkala.

Kami mengetahui bahawa Olymp Trade mematuhi undang-undang dan peraturan di negara yang ia beroperasi, malah ia juga mempunyai lesen daripada Suruhanjaya Kewangan Antarabangsa. Olymp Trade mempunyai komuniti perdagangan dan kewujudan yang aktif di media sosial dan mempunyai banyak aset yang ditawarkan kepada pedagangnya. Secara kesimpulannya, untuk soalan “Adakah Olymp Trade satu penipuan?”, saya perlu menjawab “Semestinya tidak”.

Best of forex malaysia platform (1)

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...