27.01.2021 Halaman Utama 0

Sekiranya anda baru mengenal dunia perdagangan Forex, anda mungkin terfikir untuk menggunakan signal Forex untuk membantu anda membuat spekulasi di pasaran mata wang. Sesungguhnya, mengikuti penyedia isyarat atau signal Forex terbaik bukan sahaja dapat menjimatkan banyak masa dan tenaga, tetapi juga dapat membantu mengajar anda kaedah dan strategi perdagangan baru.

Jika anda sudah mempunyai sedikit pengalaman dalam bidang ini, anda mungkin telah menemui sejumlah penyedia isyarat Forex yang berbeza. Tugas utama bagi mana-mana trader Forex yang baru bermula adalah untuk belajar bagaimana melakukan trade dengan cekap serta memahami pasaran Forex. Apa yang cuba disampaikan di sini ialah tentang bagaimana sebenarnya isyarat trading tersebut memberi makna kepada trader serta cara untuk menggunakannya. Maklumat-maklumat sedemikian memang amat berguna untuk pedagang dari semua tahap kecekapan.

Kami sedar bahawa aspek yang paling sukar adalah mencari penyedia signal Forex terbaik. Dalam artikel ini, kami akan memberikan gambaran keseluruhan mengenai perkhidmatan yang diberikan oleh penyedia-penyedia signal ini termasuklah cara untuk memilih penyedia terbaik dan apa yang patut mereka tawarkan.

 

Apakah Yang Dikatakan Dengan Signal Dagangan Forex?

Signal Forex, atau isyarat dagangan Forex, adalah pemberitahuan mengenai peluang membuka trade. Biasanya isyarat atau signal ini adalah untuk pasaran mata wang, tetapi kadang-kadang boleh juga digunakan untuk pasaran yang lain.

Isyarat ini selalunya diberikan oleh trader yang  berpengalaman atau syarikat yang khusus. Dan biasanya signal atau isyarat itu diberi melalui mesej bertulis, yang diberikan secara percuma atau dikenakan bayaran. Isyarat perdagangan ini membantu trader baru dengan perincian transaksi yang tepat yang disyorkan oleh penyedia isyarat tersebut secara real-time.

Pembekal isyarat perdagangan akan memberitahu anda bila waktunya untuk anda membeli atau menjual sesuatu aset , dan pada tahap mana anda perlu tentukan take profit dan stop loss anda. Penyedia isyarat Forex yang baik juga akan berkongsi dengan anda alasan di sebalik kedudukan mereka.

Ini bermaksud ia adalah cara terbaik untuk anda mencuba strategi baru serta melihat bagaimana trader lain membuat keputusan dalam melakukan trading mereka. 

 

Jenis-jenis Signal/Isyarat

Kebanyakan Forex Alerts dan Forex Signal boleh dibahagikan kepada dua kumpulan berbeza:

 

Signal Trading untuk Forex secara Asas (Fundamental Forex)

Entri pertama dalam senarai ini adalah pendekatan asas untuk isyarat Forex. Analisis fundamental ini adalah berkaitan dengan peristiwa ekonomi dan berita pasaran, yang kesemuanya dapat mempengaruhi pergerakan harga instrumen kewangan.

Isyarat asas hanyalah salah satu daripada peristiwa tersebut, seperti pengumuman kadar faedah, yang dapat digunakan oleh trader untuk membuat keputusan perdagangan yang tepat.

Untuk mengakses isyarat asas, trader perlu mengawasi berita dan pengumuman dari syarikat-syarikat besar. Kalendar ekonomi adalah alat yang berguna untuk terus mengikuti perkembangan peristiwa yang akan datang. Ia juga dapat membantu trader memastikan mereka bersedia untuk bertindak sebaik sahaja berita tersebut disiarkan.

OT Economic Calendar

Kalendar Ekonomi Yang Disediakan Oleh Investing.com

Di Olymp Trade, trader juga dapat melihat berita terkini yang diberikan oleh Dow Jones di platform perdagangan mobile dan juga di MetaTrader4 Olymp Trade.

Contoh: Sekiranya ucapan Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) menguntungkan Euro, isyarat Forex kemudiannya disasarkan untuk membeli Euro berbanding Dolar AS (EURUSD) pada sekian sekian waktu. 

 

Signal Trading untuk Forex Secara Teknikal (Technical Forex) 

Jika analisis fundamental melihat kepada berita dan peristiwa ekonomi, analisis teknikal menumpukan pada pergerakan harga terdahulu dan corak carta. Dengan melihat bagaimana instrumen berperilaku pada masa lalu, trader dapat meramalkan bagaimana mereka mungkin berperilaku di masa depan – sekiranya corak serupa muncul semula.

Isyarat teknikal ini adalah apabila corak grafik menunjukkan bahawa harga instrumen akan bergerak ke arah tertentu. Trader boleh menghasilkan isyarat mereka sendiri menggunakan data dan petunjuk masa lalu. Mereka juga boleh memilih untuk menggunakan robot FX atau melanggan perkhidmatan isyarat untuk amaran automatik alert tetapi harus diingat penggunaan Robot adalah dilarang sama sekali dalam Olymp Trade. 

Isyarat teknikal Forex sering dikeluarkan bersama dengan strategi pengurusan risiko yang berbeza. Ini adalah untuk memastikan trader hanya mengalami kerugian minimum jika perancangan semasa tidak berlaku seperti yang diharapkan.

Sebilangan besar isyarat Forex dalam talian cenderung berada di bawah kategori ini, yang menjadikan tugas untuk mencari penyedia isyarat perdagangan Forex terbaik menjadi satu usaha yang panjang.

Contoh: EURUSD menembusi di atas tahap rintangan kenaikkan harga sebagai sebahagian daripada aliran bullish. Ini boleh menjadi isyarat perdagangan untuk mengambil posisi panjang dengan pasangan mata wang pada sekian-sekian masa. 

 

Adakah anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai trading? Mengapa tidak anda menonton salah satu webinar percuma mereka, yang berlangsung hampir setiap hari? Klik sepanduk di bawah untuk menontonnya :-

 

WEBINAR DAN BAHAN PEMBELAJARAN PERCUMA

 

 

Cara Mendapatkan Signal Forex Terbaik?

Mencari penyedia isyarat Forex terbaik boleh menjadi satu tugas yang menakutkan ; dan keadaan sebegitu sebenarnya satu perkara yang sihat.  Terdapat ribuan penyedia yang boleh dipilih, dan beberapa di antaranya mungkin forex scammer. 

Sebagai permulaan, anda perlu tahu untuk membezakan antara memilih isyarat trading percuma yang terbaik dan isyarat trading berbayar terbaik. Ini adalah langkah penting yang pertama kerana mereka adalah dua produk berbeza yang sukar dibandingkan secara one-to-one.

Mari kita lihat beberapa data penting dari penyedia isyarat. Ini termasuk harga langganan isyarat trading yang berbayar, berapa lama penyedia tersebut telah beroperasi serta jika mereka ada rekod prestasi yang boleh disahkan.

Perkara-perkara tersebut adalah antara item-item terpenting yang perlu diketahui ketika kita sedang mencari pembekal isyarat Forex terbaik. Info-info tersebut mestilah disahkan oleh pihak ketiga yang berkecuali serta maklumatnya harus terbuka kepada umum. 

Anda juga harus membaca sebanyak mungkin ulasan mengenai penyedia yang anda kaji, untuk mendapatkan idea yang jelas tentang apa yang difikirkan oleh trader sebenar mengenai perkhidmatan penyedia tersebut. Di Malaysia, laman web Trustpilot boleh menjadi alat yang berguna ketika menilai ulasan penyedia isyarat Forex.

Setelah mengumpulkan semua maklumat tersebut, anda boleh lah mula menilai penyedia terbaik menurut pendapat anda. Walau bagaimanapun anda tetap dinasihatkan untuk berhati-hati. Tentunya akan ada tawaran yang nampaknya terlalu bagus untuk menjadi kenyataan –  yang biasanya hanya penipuan semata-mata.

Berhati-hati dengan janji yang menjanjikan pendapatan atau keuntungan yang tinggi (terutamanya jika mereka juga mengaku berisiko rendah). Anda memerlukan bukti. Cari di laman web mereka maklumat yang disahkan dan berhati-hati sebelum anda memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada mereka. 

 

Kata Akhir

Artikel ini telah memperkenalkan anda tentang cara bagaimana mencari penyedia isyarat Forex terbaik yang boleh anda mula gunakan pada hari ini. Walau bagaimanapun,  anda perlu berhati-hati dan memberi perhatian serius mengenai isyarat perdagangan bebas yang menunjukkan prestasi yang luar biasa. 

Secara umumnya anda disarankan untuk mencuba dan mencari penyedia isyarat perdagangan yang terbaik dan paling terkenal – yang biasanya datang dari penyedia isyarat yang berbayar.

Walau bagaimanapun, Olymp Trade berpotensi memberikan anda penyelesaian lain yang lebih baik dengan beberapa tawaran yang disajikan seperti yang kami pernah tulis dalam artikel-artikel kami sebelum ini.

Contoh-contoh tawaran alternatif dari Olymp Trade adalah seperti menggunakan set advance indikator atau memuat turun aplikasi pembelajaran Olymp Plus secara percuma. Di mana trader juga akan dibekalkan dengan trading signal di aplikasi tersebut. 

OT Olymp Plus

Contoh Signal Dari Olymp Plus 

 

Walaubagaimanapun, tidak kira berapa banyak kelebihan yang ditawarkan oleh isyarat forex, ianya tidak akan dapat menjadi pengganti kepada pengalaman dan teknik, pengetahuan serta strategi anda sendiri dalam trading.

 

Trade Forex dengan Olymp Trade

Sekiranya anda merasa terinspirasi untuk memulakan trading, atau artikel ini telah memberikan beberapa pandangan tambahan mengenai pengetahuan perdagangan anda yang sedia ada, anda mungkin lebih gembira untuk mengetahui bahawa Olymp Trade menyediakan kemampuan untuk berdagang dengan Forex, FTT dan MT4 dengan pelbagai jenis asset.  

Platform Olymp Trade adalah antara yang terbaik di pasaran dan ianya memang diakui oleh kebanyakkan trader professional.

Klik sepanduk di bawah untuk membuka akaun hari ini:

 

Mobile Apps Blog Banner

 

 

 

 

 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...