
Akaun Demo Olymp Trade
Pelbagai platform dagangan boleh didapati untuk pedagang yang ingin mengasah kemahiran mereka. Akaun demo Olymp Trade adalah alat dagangan yang sempurna untuk pedagang baru. Pedagang mungkin merasa cemas untuk memulakannya.
Sebelum merasa tenang untuk meletakkan wang yang pastinya berisiko, ada banyak yang perlu anda pelajari, fahami, dan untuk dipraktikkan.
Sebagai contoh platform Olymp Trade di mana mereka berusaha untuk membuat aktiviti trading ini mudah untuk pelajari dengan sesederhana mungkin.
Dagangan Bebas Risiko
Hasrat untuk memudahkan pembelajaran trading sesenang yang mungkin telah menjadikan broker Olymp Trade menyediakan bahan pendidikan dan penyediaan platform demo secara percuma.
Berdagang dengan akaun demo sebenarnya tidak berbeza dari real akaun. Walaubagaimanapun di akaun demo bukan wang sebenar yang digunakan tetapi dolar demo atau wang maya.
Simulator akaun demo Olymp Trade boleh diakses sejurus selepas pendaftaran yang tidak mengambil masa lama iaitu 1-2 minit. Ia tidak seperti terminal dagangan lain yang memerlukan anda menunggu berjam atau berhari untuk membuka akaun dagangan sahaja. Oleh kerana itu Olymp Trade ternyata berbeza kerana ia menyenangkan.
Untuk mendaftar, anda cuma perlu memasukkan nama, alamat e-mel dan nombor telefon anda. Tiada deposit diperlukan untuk memulakan dagangan dengan akaun demo.
Akaun demo Olymp Trade yang disediakan secara percuma ini membolehkan pedagang menguji pengetahuan mereka di pasaran sebenar secara real time. Seperti semua sedia maklum, persediaan terbaik untuk pendatang baru dalam mencari keuntungan adalah belajar menggunakan petunjuk, taktik perdagangan, dan strategi pengurusan wang di pasaran sebenar. Semuanya itu boleh dilakukan di akaun demo tersebut.
Boleh berdagang pelbagai aset dengan jumlah yang dikemas kini dan pengiraan pembayaran transaksi yang tepat, menjadikan pengalaman berdagang pada akaun demo seperti perdagangan sebenar. Pedagang yang berpengalaman bersetuju bahawa pengalaman melakukan trading di akaun demo memang sangat berharga kerana ia sama seperti berdagang dalam akaun sebenar.
Cara Akaun Demo Berfungsi
Setiap pedagang akan mempunyai akaun demo yang bernilai 10,000 untuk bermula. Akaun tersebut boleh berulang kali diisi semula tanpa batas. Pengalamannya ternyata menyeronokkan kerana seolah-olah anda melabur dalam pasaran sebenar dengan mengikut analisis dan strategi yang anda pilih di akaun sebenar – tidak ada bezanya.
Emosi adalah satu perkara yang paling sering dikaitkan dengan perdagangan sebenar. Belajar untuk mengawal keinginan, tindak balas, dan sentimen merupakan bahagian penting untuk menjadi seorang pedagang yang berpengalaman.
Olymp Trade menyajikan pengalaman perdagangan FTT dan perdagangan forex di akaun demo yang tidak jauh berbeza dari akaun sebenar. Satu-satunya perbezaan terletak pada wang maya dan wang sebenar yang digunakan untuk membuka trade.
Untuk menambah nilai akaun demo anda, baki demo mesti berada di bawah 5000 dolar.
Pertama, pilih butang “Buat deposit”. Seterusnya pilih “Deposit ke D10,000.00” di bahagian atas di bawah akaun demo. Akaun demo anda akan ditambah kepada D10,000.
Faedah Menggunakan Akaun Demo Olymp Trade
Ketahui cara berdagang tanpa risiko dengan akaun perdagangan demo
Memiliki akaun latihan FTT dan Forex adalah seperti mendapat latihan FTT dan Forex secara percuma. Ini kerana ia membolehkan trader mempraktikkan latihan mereka, tanpa mempertaruhkan wang sebenar. Semua dagangan dilakukan dengan dana wang maya.
Lagipun, orang yang paling berjaya dalam bidang apa pun adalah mereka yang banyak belajar dan mempraktikkan kerajinan mereka – dan perkara yang sama berlaku untuk pedagang Forex dan FTT.
Biasakan diri dengan platform perdagangan yang anda gunakan
Sebilangan besar broker menawarkan platform MetaTrader yang terkenal. Dengan membuka akaun demo, anda dapat membiasakan diri dengan platform perdagangan yang anda gunakan. Tambahan pula perdagangan tersebut dilakukan tanpa membahayakan wang sebenar. Dengan cara ini anda dapat belajar tentang bagaimana melakukan trade, bagaimana menutup trade, dan bagaimana menggunakan indikator yang berbeza untuk keuntungan anda.
Belajar Mengawal Emosi Anda
Ketika mempertaruhkan wang untuk menghasilkan wang, banyak emosi yang akan bermain dalam diri kita. Euforia dan over-confident pasti akan berlaku setelah beberapa kemenangan berturut-turut. Namun kekecewaan dan keraguan akan pasti pula terasa setelah mengalami beberapa kerugian. Emosi inilah yang sering kali mengganggu trader membuat penilaian pedagang dengan betul untuk trade mereka yang seterusnya.
Jadi trader akan menggunakan simulator demo untuk membantu mereka mengenal pasti emosi ini supaya dapat membina rutin dan merancang cara untuk menangani emosi yang bercelaru.
Cara Terbaik Menggunakan Akaun Demo
Buat pelan trading seperti akaun sebenar dan gunakannya di akaun demo.
Langkah pertama ialah membuat pelan perdagangan yang akan anda gunakan pada akaun sebenar. Kemudian gunakan pelan tersebut di akaun demo. Walaupun anda mungkin bereksperimen pada akaun demo untuk mencari strategi yang paling sesuai untuk anda, tetapi ingatlah bahawa setiap trader memerlukan asas yang kukuh untuk berjaya.
Pelan anda mungkin terdiri daripada beberapa yang berikut:
- Bilakah anda akan membuka trade? Cuba untuk melakukan trade pada waktu yang sama setiap hari, kerana anda akan dapat mengetahui dengan lebih terperinci bagaimana sesuatu sesi atau aset itu bergerak.
- Pasaran atau aset mana yang akan anda trade? Memfokuskan pada beberapa pasaran terlebih dahulu mungkin merupakan kaedah terbaik untuk melaksanakan pembelajaran anda melalui latihan di demo.
- Strategi mana yang akan anda pakai? Setelah anda memahami konsep trading, tentukan indikator yang akan anda gunakan untuk membuat keputusan perdagangan, dan kembangkan strategi anda dari situ. Dengan cara ini anda akan mengetahui kondisi apa yang perlu anda ambil kira semasa membuka atau menutup trade anda.
- Alat pengurusan risiko mana yang akan anda gunakan? Pengurusan risiko adalah bahagian penting dalam perdagangan yang berjaya terutamanya dalam jangka masa panjang. Tentukan lebih awal bagaimana anda akan meletakkan setiap posisi anda dan bagaimana anda akan memutuskan untuk menutup sesuatu dagangan yang untung atau rugi.
Elemen yang paling penting di sini adalah mencuba dan meniru sebagaimana yang akan anda mahu lakukan ketika berdagang dengan akaun sebenar. Anda kemudian boleh menggunakan pelan ini dan mengubahnya – sehingga anda cukup selesa untuk menggunakan wang sebenar.
Pendidikan Percuma
Apabila merekabentuk pangkalan data pendidikan, pakar-pakar Olymp Trade mengutamakan tiga prinsip: pendidikan haruslah mudah, mudah difahami, dan percuma. Trader tidak perlu membayar untuk menggunakan sebarang strategi atau untuk menghadiri webinar dari Olymp Trade.
Bahagian Pendidikan yang disediakan kaya dengan pengetahuan sebagai pelengkap kepada platform demo Olymp Trade. Kesemua segment pendidikan dihasilkan dengan strategi perdagangan, petunjuk arah aliran, dan alat analisis yang dijelaskan dalam bahasa yang mudah untuk difahami. Bahagian Pendidikan ini juga boleh dimuat turun melalui aplikasi Olymp Plus.
Selain daripada itu terdapat juga Olymp Bot yang akan membantu menjawab soalan pedagang dengan butiran yang terperinci.
Koleksi Webinar Olymp Trade di youtube pula memberi peluang kepada trader untuk mempelajari pelbagai petunjuk, strategi perdagangan, dan strategi pengurusan wang. Kesemua video tersebut dihasilkan oleh oleh pedagang Olymp Trade yang berpengalaman dan ianya boleh ditonton melalui channel Olymp Trade Global.
Laman YouTube dengan lebih daripada 600 video dalam 8 bahasa mempunyai sesuatu untuk dipelajari oleh mana-mana trader. Boleh dikatakan Platform demo Olymp Trade adalah platform yang sempurna lebih-lebih lagi untuk menambah pengetahuan baru di dunia pasaran.
Bantuan pedagang tersedia 24/7 dalam 8 bahasa. Untuk trader VIP pula mereka boleh berbual dengan perunding perdagangan secaara langsung pada bila-bila masa. Mereka boleh mengemukakan apa-apa soalan berkaitan trading tanpa kekangan.
Carta Analisis Tersedia untuk Digunakan
Terdapat pelbagai alat analisis pasaran yang mesra pengguna di platform Olymp Trade. Sebagai contoh, terdapat indeks RSI (Indeks Kekuatan Relatif) yang menunjukkan secara grafik apabila aset meningkat atau jatuh secara dramatik.
Perhatikan garis ungu di bawah carta pasangan EUR / USD. Itulah garis isyarat RSI.
Jika mengikut strategi RSI, apabila garisan naik melebihi 70, pedagang harus menjual aset. Sebaliknya, jika garis jatuh di bawah 30 pedagang harus mengambil posisi beli. Selain daripada itu terdapat banyak petunjuk lain yang boleh digunakan pedagang di platform demo Olymp Trade.
Dalam menu turun naik, beberapa petunjuk dilengkapi dengan anak panah di sebelah kanan yang akan mengarahkan platform kepada Pembantu Automatik. Ciri ini dicipta untuk memberi pedagang maklumat tentang peranti ini dan cara menggunakannya. Ramai pedagang yang telah menggunakannya dan mengiktiraf keberkesanan ciri ini.
Kesimpulannya
Platform demo Olymp Trade telah dicipta sebagai replika kepada pengalaman perdagangan terbaik di akaun sebenar. Pedagang yang baru dan berpengalaman bebas menggunakan platform ini untuk mengasah kemahiran perdagangan, menguji strategi baru mereka serta boleh mempraktikkan penggunaan petunjuk dan analisis yang berbeza. Ini kerana tiada sesiapa yang dapat memadankan pengalaman perdagangan dan menganalisis pasaran sebenar. Belajar dan asah kemahiran anda di satu tempat dengan platform demo Olymp Trade.
38 Responses
Saya dah dekat sebulan main kat demo akaun ni . Seronok jugak tengok trade semua hijau jek. Agak-agak kalau main real boleh dpt mcm tu jugak tak ?
Kalau sudah pandai baca chart dan menggunakan indikator tak mustahil mendapat profit seperti yang diinginkan. Yang penting kena kawal emosi sewaktu bertrading di akaun sebenar.
Salam profit dari kami !
Saya baca kalau nak deposit cuma USD10 , tapi kenapa bila saya deposit jumlah minimum ialah USD15?
USD10 adalah untuk deposit menggunakan ewallet. USD15 adalah jumlah minimum deposit menggunakan online banking.
Customer Support Olymp Trade boleh cakap Melayu tak ? Nak tanya pasal akaun saya la..tak tau kenapa kena blok ! Sedey betul 🙁
Boleh…Olymp Trade menyediakan lebih dari 10 bahasa untuk para trader nya.
Biasanya kalau deposit duit berapa lama ? Dan kalau withdraw pulak berapa lama?
Untuk deposit duit akan masuk ke akaun Olymp Trade anda dengan serta merta.
Untuk withdrawal , ia akan mengambil masa 3-5 hari bekerja.
Saya berminat nak join Olymp Trade , mcm mana nak register ?
Boleh pilih salah satu cara di bawah ni untuk mendaftar secara percuma
Platform versi web – https://goo.gl/o679aH
Platform versi android – https://bit.ly/2hs3sWP
Platform versi iOS – https://apple.co/2JACXqB
Berapa lama kena main kat demo account ni sebelum pindah ke real account?
Kalau ikut trader-trader yang dah pakar , mereka akan cakap 3-6 bulan sebelum beralih ke akaun sebenar.
Sebab di akaun demo la anda akan belajar baca chart , candlestick , mencuba pelbagai strategi dan indikator yang sesuai dengan cara anda.
Apa teknik yang paling direkemen oleh admin utk nubie mcm saya ?
Anda boleh bermula dengan memahami cara penggunaan indikator seperti RSI dan SMA. Yang penting banyakkan latihan di akaun demo.
Kenapa masa saya withdraw dia mintak verifikasi ?
Verifikasi tersebut adalah untuk tujuan keselamatan bagi memastikan pemegang akaun Olymp Trade adalah sama dengan yang membuat pengeluaran. Walaubagaimana pun ia adalah one-time request.
Saya masih tak paham cara baca candlestick. Ada sesapa boleh ajar ?
Macam mana cara nak deposit duit ? Saya buat tak lepas-lepas laa
Boleh tgk video ni cara-cara nak deposit https://www.youtube.com/watch?v=u33_J6EpP88&t=22s
Saya cuba mengulangi analisis penulis. Saya memilih tempoh 4h pada carta analisis teknikal Olymp Trade dan menemui sesuatu yang menarik. Sebagai contoh, minyak naik atau jatuh pada masa yang sama hampir setiap hari. Terima kasih atas idea yang dicadangkan!
Salam tn. Saya new bie.sedang buat kajian guna demo, dengan beberapa indikator. Starting kajian sy setelah memahami bberapa indikator sy selalu profit dlm sedikit masa sj, boleh dikatakan seperti seorang pro..ttapi setelah bbrpa bulan…brlaku perubahan pada pergerakan candle. Berubah, maksud sy kita belajar cara baca body candle ttapi ia berubah dan mengelirukan, tidak sama seperti formula asal.
Apakah pergerakan market pada plathform Olymp Trade boleh dikawal oleh admin Broker Olymp Trade untuk mengalahkan traders?
Thanks
Jb
Hmm, I thought that only trading with real money account will help develop as a trader. I should reconsider going back to demo, because according to the article there is no real difference between these two account types apart from risks and profits being real or not. Olymp Trade was very kind to offer this feature for free with unlimited time of use.
A demo account is a very useful thing. I Iost $ 100 before I realized that I could not trade without experience. Then I started looking for companies with unlimted demo accounts. When I found Olymp trade, I really liked their demo account. In fact, this is an ordinary platform, but you are not trading with real money. A demo account is noted in all Olymp Trade Malaysia reviews, I thought it was just marketing, but looks like people are really fond of this brokerage.
Olymp Trade provides an excellent deal to trade on a demo account without making a deposit. That is, you have the opportunity to trade for virtual money, using the real trading terminal, real quotes and all the tools available in real trading. In general, this tool creates a complete copy of how you really trade for real money. The demo account with Olymp is 100% real copy and can be replenished as many times as you need that. If you’re new to investing, I think you should start with a demo account. You will feel what trading is, learn how to open deals and how quotes act each day and how the market moves. But, of course, trading in this format is only suitable for scalping and short run trading. For long-term investment, it is rather unsuitable, cause you would hardly want to freeze your virtual funds, for example, for a year to assess the result after that time, to find out whether such investments have positive outcome. If you want to be a long-term investor, I can advise you to start with real money. It’s not necessary to start with a large amount, as Olymp Trade has a minimum deposit only $10 + provides the opportunity to choose a multiplier up to x500.
Olymp Trade, like many other brokers of CFD and Froex, offers to open a demo account to practice trading skills and work there. Many experts also advise to start with a demo account and claim that a demo account is the thing without which the path to success will be very thorny and the trader risks losing a lot of money. A demo account is a kind of virtual training program, where you can work with the same trading platform, but at the same time, completely risk-free. Also, training of trading skills with a demo account allows you to get acquainted with the format of trading and will help you develop basic trading strategies. This is very important, despite the fact that many people don’t care about it. When you trade for real money at once, the lack of experience is added to the lack of faith in yourself and the ability to control emotions. As a result, instead of studying trading, you just lose money. It’s quite another thing to have a demo account, where you can get an experience. Many professional traders (including me) continue to use the demo account to test and improve their trades. Of course, like in any thing, there aren’t only pluses, but also cruel minuses, many of them are described in this Olymp Trade Malaysia review. First of all it is an adaptation to risk-free trading. So I advise you not to trade long on a demo account, but to continue until you understand that you have enough experience to trade on the real market.
Olymp Trade demo platform is cool to learn trading and it’s free to use and it doesn’t take a lot of time to sign up. That’s really good, as you don’t need to spend hours waiting confirmation or sth like that. I like that Olymp Trade demo platfrom is 100% copy of real trading, so you not just play a game, named trading, but really learn how to trade and master your skills. I can say fairly, that without education demo-account is just half-a-measure, as you can’t learn just trading on random with demo acc. When designing educational databases, Olymp Trade experts emphasize three principles: education should be simple, easy to understand, and independent. That’s true, education is simple and clear and you can start not just from a beginning, but from each theme you don’t understand.
Saya masih baharu dalam perdagangan dan akaun demo nampak seperti tempat yang baik untuk mula belajar dan tidak kehilangan wang. Olymp Trade sertakan banyak indikator dengan penjelasan yang jelas dan saya cuma cuba indikator-indikator ini dan pilih indikator terbaik ketika saya mahu berdagang. Akaun demo ini memberikan keuntungan kepada saya tetapi menurut ulasan Olymp Trade Malaysia, keuntungan akaun demo tidak menjaminkan yang saya akan mendapat keuntungan dengan wang sebenar jadi saya akan teruskan berdagang menggunakan akaun demo dan belajar dengan blog Olymp Trade.
Olymp Trade has a nice demo. My first experience with Olymp Trade wasn’t positive – I’ve invested $10 and lost them and then I started trading with demo. I see it as a nice possibility to learn trading and master your skills and then go to trade Olymp trade forex or options for real money.
Saya berdagang Olymp Trade demo selama 2 tahun semasa saya masih belajar, kemudian saya laburkan duit $2000 saya dan pengalaman yang saya dapat daripada Olymp Trade telah bantu saya untuk mula menjana pendapatan di sana. Saya hanya berdagang Olymp Trade Forex dan saya jana duit yang cukup untuk jadikan berdagang sebagai sumber pendapatan tunggal saya. Jika anda faham cara untuk berdagang, pendapatan anda hanya terhad dengan jumlah deposit anda 🙂
Demo merupakan alat terbaik yang syarikat brokeraj berkualiti boleh sediakan.
Dan saya suka Olymp Trade Forex kerana ia mempunyai demo tanpa had. Ini membolehkan anda untuk belajar dan melakukan percubaan pada bila-bila masa yang sesuai. Dan ini merupakan peluang yang ideal untuk pedagang.
Saya rasa demo adalah penting bukan sahaja pada peringkat awal tetapi juga ketika anda telah berada dalam pasaran buat jangka masa yang lama. Hal ini demikian kerana ia bukan sahaja penting untuk membiasakan diri dengan pangkalan utama, namun untuk mengamalkannya tanpa risiko untuk modal atau untuk menguji beberapa strategi baharu juga. Terutamanya sejak Olymp Trade telah menyediakan demo yang amat berkualiti, yang membolehkan anda untuk menyesuaikan diri sepenuhnya untuk bekerja dalam pangkalan utama tersebut.
Mempelajari Forex bukanlah sesuatu yang mudah jika tiada alat demo seperti akaun demo.
Perdagangan demo membolehkan penyelesaian banyak masalah tanpa merisikokan modal anda sendiri. Seseorang pedagang boleh sama ada mengasah kemahiran, mempelajari strategi baharu atau mencuba perdagangan aset baharu. Saya merupakan pedagang berpengalaman tetapi saya juga menggunakan demo Olymp Forex untuk menguji strategi baharu.
Adakah aplikasi mudah alih broker ini kelihatan seperti terminal utama juga? Adakah ia selesa untuk digunakan??
Ya, aplikasi mudah alih kelihatan seperti terminal utama. Namun hanya rupa ia yang disesuaikan kepada paparan telefon pintar untuk memudahkan penggunaan. Saya sendiri menyukai aplikasi Olymp Trade ini, ia berkualiti amat tinggi dan menyokong penggunaan penunjuk. Kini klien brokeraj mempunyai peluang untuk berdagang di mana-mana dan pada bila-bila masa, yang amat berguna dan menguntungkan))
Saya tahu bahawa broker telah mengeluarkan aplikasi perdagangan mudah alih baru-baru ini. Saya rasa ini keputusan yang hebat dan dengan itu Olymp Trade menjadikan perdagangan lebih senang untuk diakses dan memudahkan pelanggannya. Tetapi saya belum berpeluang untuk menggunakannya lagi. Adakah perdagangan mudah alih akan mempunyai perbezaan yang besar daripada apa yang saya biasa gunakan?
Saya tidak perasan apa-apa perbezaan ketara antara aplikasi mudah alih Olymp Trade dengan terminal utama syarikat tersebut. Saya rasa anda akan belajar dengan cepat dan ia betul-betul satu penyelesaian yang berfungsi dan anda akan menggunakannya secara tetap.
Saya suka bahawa anda boleh membiayai akaun demo anda dengan wang maya berbilang kali. Penting untuk mengetahui bahawa anda boleh membuat kesilapan dan mula semula. Seseorang pedagang boleh menguji pelbagai strategi tanpa had dan tanpa merisikokan wangnya di Olymp. Ramai orang yang tidak sedar akan peluang ini. Ini kerana ada orang yang belajar dengan cepat dan ada yang perlahan. Sebab itulah bagus kerana anda boleh mendapatkan semula bayaran akaun demo anda.
Ya, memang ada perbezaannya tetapi mudah sahaja dikenalpasti. Versi komputer dan versi mudah alih memang ada perbezaan kerana limitasi paparan tetapi fungsinya masih sama. Trading interface lebih kurang sama and pilihan indikator dan setting lain hanya di lokasi lain atas skrin. Namun, masih mudah digunakan untuk trade seperti biasa.
Join group FB untuk melihat contoh skrin shot dari trader-trader lain.
https://www.facebook.com/groups/OlympTradeMalaysia