20.04.2021 Halaman Utama 0
Belajar Asas Cara Main Forex Malaysia

Memahami Asas Pentafsiran dan Penggunaan Carta

Carta adalah perkara pertama yang perlu difahami oleh seorang pedagang jika mereka ingin berjaya. Kami akan menerangkan carta Japanese Candlestick dan memberi anda Pro-Tip tentang cara penggunaannya .

 

Perdagangan tidak boleh berlaku tanpa carta. Okey, mungkin boleh lah tapi ia lebih sukar. Carta pada hari ini lebih interaktif dan mengandungi pelbagai maklumat untuk ditawarkan selain daripada harga semasa dan terdahulu sesuatu aset.  Kami akan membuat huraian carta Olymp trade dengan lebih lanjut di bawah ini. 

forex charts

Cara Bermula

Aset boleh menjadi sekuriti syarikat (saham), komoditi (minyak dan tenaga), pasangan mata wang (EUR/USD), indeks (S&P 500) dan banyak lagi. Ia boleh didagangkan menerusi bursa seperti Nasdaq, tetapi orang ramai dapat mengaksesnya melalui broker seperti Olymp Trade.

Terdapat empat jenis carta utama yang boleh digunakan untuk memantau aksi harga sesuatu aset. Carta Kawasan, Bar, Heiken Ashi dan Lilin Jepun adalah carta yang paling biasa digunakan yang ditawarkan oleh mana-mana platform perdagangan. 

Kami dapati carta Kawasan adalah jenis yang paling kurang berguna kerana tiada banyak maklumat yang dipaparkan seadanya berbanding tiga carta yang lain.

Sebagai daytrader, kami ingin mendapatkan maklumat dengan secepat mungkin dan untuk itu kami boleh bergantung pada Lilin Jepun. Walaupun carta Bar dan Heiken Ashi memaparkan butiran yang serupa, kami rasakan ianya lebih rumit untuk pedagang yang baru.

 

Huraian Carta Lilin Jepun Olymp Trade

Candlestick Japanese

Terdapat banyak maklumat pada huraian carta Olymp Trade ini. Carta di atas ini adalah carta Harian untuk Amazon. 

Satu carta menunjukkan aksi harga terdahulu dan semasa sesuatu aset. Melihat carta ini kita dapat melihat pergerakan harga saham Amazon dalam satu hari perdagangan. Setiap lilin pada carta ini mewakili satu hari perdagangan. Pada carta lima-minit atau tiga puluh-saat, setiap lilin akan menunjukkan bagaimana harga bergerak dalam masa yang ditetapkan.

Di platform Olymp Trade, jangka masa boleh dipilih di bahagian bawah carta, di atas skala masa ditunjukkan. Walaupun setiap variasi carta menunjukkan maklumat harga dari segi teknikal, jangka masa berlainan membolehkan pedagang melihat dan bertindak berdasarkan trend.

Carta harian dan lebih panjang adalah berguna untuk pelabur jangka panjang: mereka yang memegang kedudukan (dagangan) untuk masa yang lama atau untuk mendapatkan idea tentang trend besar. Sebaliknya tempoh jangka pendek seperti carta sepuluh-minit dan lebih perlahan menunjukkan aksi harga hari itu digunakan oleh day trader; mereka yang buka dan tutup dagangan pada hari yang sama.

Apabila menyelesaikan Fixed Time Trades di Olymp Trade, kami lebih suka menggunakan jangka masa lima-minit, tetapi dengan Forex satu-jam atau tiga puluh-minit adalah paling berguna.

Tip Pakar – Semasa melaksanakan Fixed Time Trades di Olymp Trade tetapkan tempoh dagangan anda untuk sepadan dengan jangka masa carta anda dan mula berdagang apabila lilin seterusnya bermula. Ini adalah selepas anda memerhatikan isyarat beli atau jual daripada strategi terpercaya anda.

Bagaimana Harga Bergerak

Harga aset dipengaruhi oleh penawaran dan permintaan, ertinya ia boleh turun hingga sifar atau naik tanpa had. Jika lebih ramai yang ingin membelinya, harga lebih tinggi dan sebaliknya. Apabila pasaran dibuka, pedagang dari seluruh dunia membeli dan menjual aset, semua transaksi ini menentukan harga aset.

Platform seperti Olymp Trade menerima terima maklumat carta daripada penyedia kecairan. Oleh itu, pedagang platform tidak menjejaskan harga aset tetapi mereka boleh menghasilkan keuntungan daripada pergerakan harga.

Ia lebih mudah dan murah untuk menggunakan broker seperti Olymp Trade kerana pedagang tidak tertakluk kepada keperluan pasaran yang biasa. Dagangan boleh dibuka walaupun dengan $1 kerana pedagang tidak perlu melengkapkan transaksi berdasarkan nilai sebenar aset.

Harga sentiasa berubah disebabkan peristiwa dunia sebenar, berita dan laporan pendapatan. Faktor-faktor ini tergolong dalam kategori analisis asas. Tapi, kami tidak fokus pada jenis analisis ini semasa berdagang, platform Olymp Trade mempunyai ciri Insights yang sangat berguna. Ia menyerlahkan berita penting dan bagaimana ia akan mempengaruhi pasaran atau aset tertentu.

Keuntungan perdagangan memerlukan pemahaman pergerakan harga dan kebolehan untuk menentukan arah pergerakan sebut harga. Analisis teknikal ialah kajian tindakan harga terdahulu sesuatu aset dengan anggapan bahawa ia boleh memberi suatu petua tentang masa depan.

Tetapi kita akan bincangkan topik analisis dalam artikel lain.

 

Cara Mentafsir Carta Lilin

Japanese Candlestick Olymp Trade

Setiap lilin memberitahu kita empat perjara – tinggi, rendah, buka dan tutup. Berguna, kan? 

Badan dan sumbu adalah dua bahagian lilin. Dengan memerhatikan lilin anda dapat melihat harga tertinggi dan terendah yang dicapai oleh aset untuk suatu tempoh, ditunjukkan oleh sumbu. Aras buka dan tutup pula menunjukkan di mana harga berada apabila tempoh mula dan tamat, kawasan antara dua ini menghasilkan badan lilin.

Setiap lilin ada cerita di sebalikya. Sama ada badan lilin berwarna hijau atau merah memberitahu kita jika harga naik atau turun. Hijau ialah kisah ‘Bull’ (pembeli) yang menceritakan kisah pembeli yang cuba menolak harga lebih tinggi. Sumbu yang menandakan tinggi juga menunjukkan penolakan harga – pembeli menolak harga ke bawa sebelum ditutup. Sumbu rendah pula bermaksud sebaliknya, ia menunjukkan penolakan harga lebih rendah oleh pembeli.

Lilin merah menceritakan kisah ‘Bear’ (penjual) dan percubaan mereka untuk mengekalkan harga yang lebih rendah. Sumbu tinggi dan rendah menceritakan kisah yang sama tentang penolakan harga.

Seperti dalam gambarajah di atas, beberapa pedagang menggunakan sumbu sebagai sebahagian daripada strategi perdagangan mereka kerana ia merupakan cara asas untuk menggambarkan sentimen pasaran. Sumbu lebih rendah hampir sepadan dari segi panjang menunjukkan penolakan harga lebih rendah sebanyak dua kali, dalam strategi tertentu ini mungkin satu isyarat beli.

Jangan berdagang hanya berdasarkan corak lilin, tetapi sebagai sebahagian daripada strategi yang lebih besar. 

 

Menguruskan Dagangan: Memeriksa Masa Buka/Tutup dan Sebut Harga di platform Olymp Trade.

Maklumat untuk dagangan spesifik boleh dijumpai di bahagian sebut harga platform. Sini anda akan menemui sebut harga untuk mana-mana aset sepanjang masa ia didagangkan. Di sini anda boleh melihat nilai sebut harga sebenar di platform pada masa tertentu. 

Sebut harga muncul kira-kira setiap milisaat dan dipaparkan di platform dengan segera. Pedagang individu tidak menerima sebut harga yang berbeza. Olymp Trade juga tidak meletakkan dagangan berlawanan untuk mana-mana transaksi.

Beberapa ribu dagangan dibuat setiap saat menerusi platform Olymp Trade dan MT4, memanipulasikan atau menghasilkan dagangan berlawanan membazirkan masa, kerana sebut harga masuk terlalu cepat dan tidak dapat dipengaruhi.

Olymp Trade Japanese Candlestick

Pedagang boleh menyemak waktu buka dan tutup, dan harga untuk mana-mana transaksi yang telah diselesaikan. Jika mereka mendapati angka tidak beberapa betul mereka boleh memeriksa halaman sebut harga khas (dipautkan di atas) untuk lihat sama ada angka adalah betul.

Ia sentiasa tepat. Untuk melihat butiran dagangan selesai, pergi ke bahagian Dagangan di atas panel kiri di bawah simbol Olymp Trade di platform. Di bawah tab Dagangan Ditutup adalah semua dagangan yang telah dilaksanakan. 

 

Perkara Untuk Diperhatikan Semasa Membuat Ramalan 

Sebut harga dan jangka masa, adalah dua perkara setiap pedagang harus perhatikan semasa sesi mereka. Carta aset memaparkan maklumat yang sama tidak kira jangka masa. Namun begitu, carta akan kelihatan berbeza.

Carta tiga puluh-minit akan menunjukkan data yang sama dengan dua kali ganda lilin seperti satu-jam. Perbezaan ini membolehkan pedagang memecahkan data harga daripada paparan berlainan, membantu trend dan corak didedahkan sepenuhnya. Semakin pendek jangka masa semakin drastik pergerakan dipaparkan, seperti zum masuk, anda di berada di tengah-tengah aksi.

Sebut Harga: Dari Mana Asal Sebut Harga

Olymp Trade seperti platform lain menerima sebut harganya menerusi aliran data yang mengemaskini harga beberapa kali setiap saat. Hurain carta Olymp Trade dihasilkan daripada data ini. Sama ada carta dimuatkan atau tidak, data terus mengalir ke dalam platform. Dengan kata lain, jika anda membuat Fixed Time Trade yang tamat tempoh dalam masa sepuluh minit dan komputer anda tiba-tiba crash, dagangan akan berterusan dan dilaksanakan seperti biasa.

Sebut harga diterima daripada bursa berlainan dan data direkod dengan segera dan dipaparkan. Sebut harga antara broker mungkin berbeza sedikit kerana kelajuan mereka menerima dan memproses sebut harga bukanlah sama. Harga berbeza hanya peratusan kecil daripada nilai oleh kerana penyedia sebut harga atau formula carta. Trend tidak akan terjejas kerana perubahan sebut harga aset sepatutnya ditunjukkan pada kadar yang sama.

Kesimpulan

Terdapat empat jenis yang digunakan pedagang. Setiap carta adalah unik dari segi cara ia memaparkan maklumat.

Carta Lilin Jepun menunjukkan segala yang kita perlu tahu tentang pergerakan harga sesuatu aset. Menggunakan buka, tutup, tinggi dan rendah untuk menunjukkan sama ada Bull (pembeli) atau Bear (penjual) yang mendorong momentum.

Kebanyakan strategi menggunakan carta Lilin Jepun dan kami tahu setiap satu yang diajar oleh Olymp Trade. Kebanyakannya percuma kepada setiap lapisan pedagang. 

Ia juga meliputi bagaimana platform menerima sebut harga menerusi strim data yang sentiasa mengalir, merekod dan memaparkan dengan kadar segera.

Ingat semua perkara ini apabila anda menggunakan strategi anda, memahami huraian carta Olymp Trade hanyalah permulaan.

 

Best of forex malaysia platform (1)

 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...