24.08.2022 Halaman Utama 0
mata wang kripto di platform olymp trade

Cara baru untuk mengurus, melakukan transaksi dan melabur wang, terus muncul apabila dunia kewangan di sekeliling kita berkembang. Satu perubahan besar yang dapat dilihat dalam satu dekad ini datangnya daripada kebangkitan mata wang kripto (atau “crypto,” jika anda lebih suka sebutan yang lebih ringkas). Ia adalah mata wang digital yang tidak mempunyai kawalan berpusat malah ia membolehkan transaksi dilakukan tanpa sekatan.

 

Dengan kata lain, mata wang kripto ini berfungsi sebagai unit akaun dalam sistem kewangan yang didemokrasikan. (Sistem kewangan yang didemokrasikan di sini bermaksud pembukaan peluang untuk rakyat biasa mengakses instrumen kewangan untuk mencipta kekayaan). 

Bandingkan sistem baru tersebut dengan sistem kewangan fiat yang tradisional. Di mana sistem fiat bergantung kepada bank pusat dan kerajaan untuk mengeluarkan dan mengawal bekalan wang, sambil turut memudahkan transaksi melalui sistem pembayaran yang teratur.

Kebanyakan negara mempunyai mata wang fiat mereka sendiri atau satu mata wang rizab antarabangsa seperti dolar A.S. atau euro. Apabila anda menukar mata wang fiat satu negara dengan negara lain pada pasaran over-the-counter yang terdesentralisasi, anda memanggilnya sebagai pertukaran mata wang asing (atau “forex”).

Ciri-ciri Mata Wang Kripto vs. Forex

Pertama sekali memang sangat penting untuk kita memahami sifat aset ini.

bitcoin trading di Olymp Trade Malaysia

Kedua-duanya bergantung pada undang-undang penawaran dan permintaan untuk menentukan harga mereka. Tetapi keduanya memiliki profil risiko yang berbeza karena cara mereka memperolehi nilai.

Menurut Justin Grossbard, pengasas CompareForexBrokers.com , “Mata wang Fiat mempunyai nilai yang boleh diukur, manakala mata wang kripto adalah spekulatif semata-mata”.

Mata wang mempunyai penerimaan yang luas sebagai sebuah tender yang sah dan digunakan sebagai medium yang biasa. Lagipun, ia datang dengan sokongan kerajaan yang dapat mengawal bekalannya.

Mata wang kripto pula tidak menyediakan fungsi yang sama. Ini kerana, ia gagal untuk layak sebagai tender yang sah, ia tidak datang dengan sokongan daripada kerajaan, atau datang dengan kawalan bekalan dari bank pusat. Mata wang kripto bergantung semata-mata pada perkongsian kepercayaan tentang nilainya antara dua pihak.

Pemain Pasaran Mata Wang Kripto Dan Forex

Ciri-ciri kedua-dua aset ini bukanlah satu-satunya perbezaan antara mata wang kripto dan forex. Pemain atau siapa yang mengambil bahagian dalam pasaran ini juga berbeza-beza.

Bukan sahaja pelabur individu yang terlibat dalam aktiviti perdagangan dalam pasaran forex dan kripto.  ada juga pemain dari kerajaan dan institusi utama yang mengambil bahagian dalam pasaran ini. Mari kita lihat siapakah mereka.

  • Kerajaan memainkan peranan yang penting kerana mereka perlu memastikan pasaran mempunyai kecairan yang betul untuk mencapai matlamat ekonomi mereka. Namun, pada masa ini, kerajaan hanyalah pemain kecil dalam pasaran kripto. Walaupun begitu, terdapat pengingkatan untuk mata wang kripto yang dikawal oleh kerajaan. (state-controlled cryptocurrencies)

  • Bank dan pembekal kredit menyediakan banyak kecairan kepada pasaran. Grossbard berkata pemain ini sering memainkan peranan sebagai penyedia kecairan dalam pasaran forex kerana keperluan untuk menukar wang bagi pihak pelanggan yang melancong atau menjalankan perniagaan di luar negara atau individu yang melabur dalam pasaran sekuriti asing.

  • Dana pelaburan boleh menggunakan lebihan dana atau leverage mereka untuk membuat spekulasi atau melabur dalam forex.

  • Syarikat yang beroperasi dalam pelbagai pasaran geografi boleh menggunakan pasaran forex untuk melindung nilai daripada turun naik mata wang. Penglibatan mereka boleh melindungi keuntungan yang diperolehi daripada perubahan yang dijangka dalam penilaian forex.

  • Pada awal kemunculan Bitcoin, terdapat miners, pelanggan runcit dan beberapa pertukaran berpusat yang kecil. Pertukaran ini kemudiannya berkembang dan kini menawarkan pertukaran beratus-ratus mata wang kripto.

  • Pada awal kemunculan kripto juga , keupayaan untuk memegang jagaan kripto bagi pihak lain belum lagi diusahakan. Sehinggalah MicroStrategy (MSTR) mengumumkan pembelian pertama Bitcoin pada Ogos 2020. Dari situ barulah pintu dibuka kepada syarikat yang ingin menjadikan mata wang kripto sebagai sebahagian daripada rancangan perbendaharaan mereka.

    Cara ini telah membenarkan pemain crypto yang lebih besar untuk masuk ke dalam pasaran kripto. Bitcoin dan Ethereum adalah dua mata wang kripto utama yang banyak dipegang oleh institusi-institusi besar tersebut.

Jadi seperti yang anda lihat, satu perbezaan utama antara evolusi kripto dan perdagangan forex ialah kripto bermula dengan mengambil kira pedagang-pedagang runcit yang kecil. Manakala perdagangan forex dikhaskan untuk bank besar. Akhirnya, institusi yang lebih besar ini telah dimasukkan ke dalam kripto. Dan “si kecil cili padi” tadi akhirnya diberi akses kepada perdagangan forex yang besar.

Trading Forex vs. Crypto : Mana Yang Perlu Di Pilih?

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, aktiviti trading dalam mata wang kripto telah berkembang dengan pesat. Ia telah menjadi lebih arus perdana apatah lagi bila kita mengalami ledakan emas “digital” teknologi baharu dan inovasi. Peningkatan dalam pelaburan mata wang digital ini telah mendorong jumlah penilaian pasaran kripto melebihi dari $3 trilion.

Peningkatan spekulatif dalam teknologi blockchain dan mata wang kriptonya yang banyak telah menarik perhatian para trader. Di mana mereka takut “ketinggalan keretapi” terutamanya dalam mengaut keuntungan yang ketara.

Ini adalah perbezaan yang besar berbanding pasaran forex (FX). Di mana kadar pertukaran antara mata wang hampir tidak bergerak. Leveraj yang digunakan untuk forex adalah yang mewujudkan daya tarikannya untuk trader. Itu saja. 

Keberuntungan

Telah diketahui secara meluas dalam komuniti forex trading bahawa majoriti trader pasti akan kerugian wang. Bergantung pada suku tahun, biasanya antara 25–35% daripada trader menghasilkan sekurang-kurangnya lebih dari $1 dalam akaun mereka sepanjang tempoh suku itu. Ini bermakna 65–75% daripada trader yang lain tidak menghasilkan apa-apa keuntungan malah mengalami kerugian. 

Faktor penyumbang terbesar dalam kerugian trader adalah leverage. Leveraj adalah alat kewangan yang boleh membesarkan kerugian dan keuntungan. Oleh itu, apabila jumlah leverage yang besar digunakan, pasaran hanya perlu bergerak sedikit saja daripada kedudukan yang dipegang oleh trader, untuk mencetuskan panggilan margin call . Iaitu sesuatu yang dapat menghilangkan sebahagian besar wang yang terdapat akaun dagangan trader. Jadi secara umumnya, trader digalakkan menggunakan leverage yang kurang daripada 10× . Ini kerana ia memberikan trader sedikit ruang bernafas yang mencukupi untuk menahan perubahan mendadak dalam harga.

Dengan kemunculan pengkomputeran berkelajuan tinggi dan sifat terdesentralisasi kedua-dua forex dan crypto, peluang arbitraj boleh wujud antara dua trader atau bursa yang berbeza. Dalam arbitraj, seorang trader akan membeli di satu tempat dan kemudian menjual di tempat lain, setelah dia menyedari perbezaan antara harga di dua tempat tersebut.

Kecairan/ Liquidity

Pergerakan harga yang lebih kecil dalam dagangan forex membolehkan dealer menawarkan tahap kecairan yang lebih mendalam. Ini adalah sebahagian daripada sebab mengapa forex berdagang kira-kira $6.6 trilion setiap hari. Untuk dagangan kripto pula kecairannya dianggarkan antara $100 bilion hingga $200 bilion setiap hari dengan kecairan tertinggi tertinggi adalah $516 bilion pada Mei 2021. Ini meletakkan kecairan dalam pasaran forex pada 12 hingga 60 kali ganda lebih besar daripada pasaran crypto.

Walau apa pun nilainya, kedua-dua pasaran ini adalah besar. Dengan kecairan yang tinggi, lebih mudah untuk trader masuk dan keluar dari kedudukan yang besar.

Volatiliti

Dagangan kripto sememangnya lebih tidak menentu daripada dagangan forex. Akibatnya, margin yang lebih tinggi biasanya diperlukan (kerana asset tersebut lebih tidak menentu). Oleh itu, anda biasanya akan melihat jumlah leveraj yang lebih tinggi tersedia dalam forex trading berbanding dengan perdagangan crypto.

Operasi Pasaran

Kedua-dua pasaran forex dan crypto dibuka sepanjang masa untuk memenuhi keperluan pelabur dan pedagang di seluruh dunia. Kerana itu, kedua-dua jenis pertukaran ini mempunyai operasi yang tersebar di seluruh dunia demi memberikan perkhidmatan kepada pelanggan tempatan.

Waktu operasi

Forex dibuka 24 jam sehari, 5 hari seminggu. Iaitu dari pagi Isnin di Wellington, New Zealand hingga ke petang Jumaat di New York City. Sesetengah broker forex menawarkan dagangan pada hujung minggu, tetapi biasanya, trader hanya berurus niaga dengan broker dalam situasi tersebut.

waktu trade forex olymp trade

Crypto pula boleh dikatakan satu pasaran yang tidak pernah tidur. Selain beroperasi 24 jam sehari, kripto juga didagangkan  tujuh hari penuh dalam seminggu. Jadi , pada bila-bila masa pada mana-mana hari, anda boleh membeli dan menjual kripto melalui sistem pertukaran yang anda guna. Walaubagaimana pun kalau anda mempunyai banyak masa dan berminat dengan day trading , kami sarankan untuk anda trade sewaktu pasaran paling aktif. Sebagaimana carta di bawah menunjukkan masa GMT terbaik untuk berada di pasaran kripto – dari sekitar 800 GMT dan 1800 GMT. Iaitu semasa waktu market sedang bertindih.  

Kripto Trading Sessions Di Platform Olymp Trade

 

Dari Perspektif Kawal Selia Adakah Forex Lebih Selamat daripada Mata Wang Kripto ?

Dagangan forex mungkin dianggap lebih selamat sedikit daripada crypto. Tidak seperti forex, pasaran crypto tidak mempunyai kuasa pusat, dan sangat tidak menentu; oleh itu, ia terdedah kepada perubahan pasaran yang liar.

Selain itu, pasaran kripto adalah kurang cair dan mempunyai volum dagangan yang lebih rendah. Ini menjadikannya satu pasaran yang lebih sukar untuk masuk dan keluar jika anda mempunyai trade yang besar.

Atas sebab ini, trader forex biasanya ditawarkan lebih leveraj, membolehkan mereka membuka trade yang lebih besar.

Adakah Forex Lebih Mesra Pengguna Kepada Trader Baru Berbanding Mata Wang Kripto?

Trader baru perlu membiasakan diri dengan lingo khusus untuk kedua-dua pasaran forex dan kripto. Mereka juga harus tahu risiko yang perlu mereka hadapi secara amnya. Akhir sekali mereka perlu membiasakan diri dengan platform yang telah mereka pilih untuk melakukan trading. 

Untuk trader baru, kedua-dua forex dan crypto menggunakan istilah yang mungkin boleh menakutkan mereka. Memang tidak dapat dinafikan memahami istilah tersebut boleh mengambil sedikit masa. Dari segi risiko, terdapat sedikit perbezaan antara forex dan crypto. Dengan forex, risikonya adalah terlalu banyak leverage yang selalu menyebabkan trade mengalami kerugian. Manakala dalam pasaran kripto, keadaan yang tidak menentu secara amnya adalah sesuatu yang mungkin merugikan trader.

Adakah Anda Sudah bersedia untuk Berdagang Kripto atau Forex?

Kesimpulannya, pasaran forex dan crypto kedua-duanya tidak menentu. Dan ia semestinya bukan untuk mereka yang lemah jantung.

Pertimbangkan dengan teliti kualiti dan risiko unik setiap pasaran untuk memutuskan sama ada anda sudah bersedia serta pasaran yang mana lebih baik untuk anda. Semuanya bergantung pada selera risiko anda.

Di bawah adalah ringkasan video untuk artikel di atas ini

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...