16.08.2022 Halaman Utama 0
waktu trading saham forex di malaysia

Buat masa kini , aktiviti trading forex merupakan salah satu cara yang agak popular untuk rakyat Malaysia melabur atau memperoleh pendapatan tambahan. Forex atau FX adalah singkatan dari Foreign Exchange, iaitu pertukaran mata wang. Forex secara definisi pula bermaksud proses pertukaran satu mata wang kepada mata wang lain atas sebab aktiviti perniagaan, untuk tujuan perjalanan, dan sebagainya.

 

forex malaysia dalam pengurusan kewangan

Pasaran pertukaran mata wang asing ialah pasaran kewangan terbesar di dunia, mencecah rekod $6.6 trilion pada September 2019, yang membuktikan kecairan pasarannya. Forex hanya boleh didagangkan secara elektronik di kaunter (OTC) (over the counter) . Atau dengan kata lain ia bermakna secara asasnya semua transaksi dilakukan dalam talian. Jadi ramai yang bertanya . Bilakah sebenarnya waktu trading saham forex yang sesuai untuk kita memaksimakan keuntungan sewaktu berdagang dengan cara ini?

Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai asas-asas Forex trading di Malaysia dan waktu yang sesuai untuk anda membuka trade. 

 

Perbezaan Antara Trading Forex Dan Trading Saham

1. Waktu Dagangan

Semasa trading forex, anda boleh mengakses pasaran 24 jam, 5 hari seminggu dengan pengecualian pada hujung minggu. Ini kerana ia didagangkan di kaunter secara elektronik, dan pasaran forex tidak berpusat.  Jadi waktu dagangannya lebar. 

Tidak seperti forex, trading saham pula bermakna jika anda membeli saham syarikat Malaysia, anda hanya boleh membelinya melalui broker di BSKL. Dan waktu trading saham adalah dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada setiap hari. Dan hanya itulah saja waktu tingkap pasaran mereka di buka. 

 

2. Kecairan dan Volume

Seperti yang dinyatakan, pasaran pertukaran mata wang asing adalah yang terbesar di dunia, dengan lebih $5 trilion transaksi setiap hari. Pasaran saham, bagaimanapun, hanya mempunyai jumlah transaksi harian $200 bilion. Ini menunjukkan kecairan dan volum pasaran forex yang tinggi berbanding dengan pasaran saham.

Kami faham yang untuk mengambil langkah pertama untuk mempelajari cara berdagang forex boleh menjadi satu tugas yang sukar. Jadi di sini kami akan memberikan beberapa tips yang mungkin serba sedikit dapat membantu anda memulakan perjalanan anda sebagai seorang trader. 

 

Tips Untuk Memulakan Trading Forex

1. Pengetahuan

Sebelum anda memulakan aktiviti trading anda, anda harus membiasakan diri dengan istilah yang biasa digunakan dalam dagangan forex. Terma seperti leveraj, spread bid/ask, carta, analisis fundamental dan teknikal, walaupun kedengarannya terlalu basic dan  biasa tetapi amat penting untuk anda ketahui tiap satunya sebelum anda berdagang.

2. Copy trading

Trader baru biasanya  cenderung kepada copy trading  kerana ia membolehkan mana-mana trader untuk menyalin secara langsung trade dari trader yang berpengalaman. Antara kelebihan menggunakan copy trading adalah ia  sangat menjimatkan masa bagi individu yang sibuk dengan kerja seharian.  Walaupun bunyinya seperti sangat mudah, tetapi kaedah perdagangan ini juga memerlukan sedikit pengetahuan. Sudah tentu, terdapat kebaikan dan keburukan dalam copy trading, Jadi anda harus fahami risiko sebelum menggunakannya. 

Nota tambahan : Olymp trade tidak mempunyai fitur copy trading ini, tetapi anda masih boleh menggunakan atau mengikut mana-mana strategi berjaya yang telah digunakan oleh mana-mana trader. Jika anda menyertai komuniti FB OTM , terdapat ramai trader yang berkongsikan strategi mereka secara percuma. 

3. Akaun demo

Setelah anda mempelajari asas serta selok belok dunia forex dan trading anda pasti tidak sabar-sabar untuk bermula bukan? Tak usah terburu-buru kerana trading ini sebenarnya adalah satu permainan kesabaran. Kami selalu sarankan untuk trader baru bermula dengan akaun demo dari broker yang bereputasi . Di mana dengan akaun demo tersebut trader boleh belajar trading tanpa risiko dan tanpa mengeluarkan sesen wang pun ! 

Kebanyakan broker forex berkualiti tinggi di Malaysia seperti Olymp Trade akan membenarkan trader membuka akaun demo.  Dengan itu anda bukan sahaja belajar bagaimana untuk trading, tetapi anda juga dapat merasai pengalaman yang berbeza menggunakan platform broker yang berlainan. Dan dari situ  anda boleh membuat perbandingan untuk melihat platform mana yang paling sesuai denga cara trading anda. 

4. Memilih broker

Memilih broker yang reliable boleh dikatakan antara komponen yang paling penting sebelum anda mula berdagang.  Sebelum memulakan, cuba buat sedikit kajian tentang broker yang anda minati. Selidiki tentang yuran yang dikenakan, teknologi dan perkhidmatan yang disediakan oleh pembrokeran tersebut dan bandingkan antara satu sama lain. Dengan cara ini , anda boleh lihat dan tahu broker yang mana satu yang paling sesuai dengan anda. Tapi harus juga anda ingat, memang tidak akan ada broker yang sempurna, pasti ada cacat celanya. Jadi pilih lah satu yang paling sesuai dengan cara anda. 

bitcoin trading di Olymp Trade Malaysia

Cara Memilih Platform Forex Trading Yang Baik Di Malaysia

1. Yuran

Selalunya apabila membuka akaun dagangan, kita tidak akan dikenakan sebarang bayaran. Walau bagaimanapun, broker biasanya boleh mengenakan bayaran ke atas trade, spread atau sebarang fungsi tambahan yang ada pada platform. Terdapat juga platform yang mengenakan yuran apabila trader membuat withdrawal. Dengan fungsi khusus seperti leverage, ia juga boleh menambah lebih banyak kos tersembunyi kepada si trader. 

Jadi ingat pesan kami tadi. Selidiki setiap broker yang berbeza. Terutamanya caj-caj yang mereka kenakan. Bandingkan antara broker-broker tersebut dan pilih yang menawarkan kadar yang terbaik.

2. Platform (teknologi dan perkhidmatan)

Platform yang baik akan menawarkan bukan sahaja interface pengguna yang menarik. Tetapi ia juga mesti menyediakan pelbagai perkhidmatan yang boleh memenuhi kehendak mana-mana strategi serta pelbagai fungsi-fungsi lain yang boleh membantu trader membuka trade yang berjaya. 

Selain daripada itu, platform yang baik juga akan menyediakan kandungan pendidikan yang akan membantu trader dalam perjalanan perdagangan mereka. 

Satu lagi, fleksibiliti seperti aplikasi telefon sangat penting untuk dagangan forex supaya trader dapat memantau trade mereka walaupun tidak berada di depan laptop atau PC di rumah.  Jadi pastikan anda mencuba aplikasi mudah alih mereka untuk memastikan ia mesra pengguna sebelum membuat komitmen kepada broker tersebut. 

3. Peraturan

Platform yang mematuhi peraturan bank pusat sesebuah negara itu amat disyorkan. Tapi jika trader ingin menggunakan broker asing seperti Olymp Trade, pastikan ia dikawal oleh pihak berkuasa antarabangsa seperti Financial Conduct Authority (FCA) atau Finacomm. 

4. Khidmat pelanggan

Platform yang melayan anda dengan baik sebelum dan selepas jualan adalah sama pentingnya dengan platfrom yang dapat melaksanakan sesuatu trade tanpa delay. Ini kerana apabila anda mempunyai isu dengan akaun atau isu dengan trade anda, khidmat pelanggan yang cekap lah yang amat diperlukan dalam waktu-waktu kritikal seperti itu. 

Jadi pilih broker yang mempunyai reputasi yang baik terutamanya dari segi perkhidmatan pelanggan mereka. 

 

Forex Di Malaysia – Hari Dan Waktu Trading Saham

Forex dikenali sebagai pasaran yang tidak pernah tidur (kecuali hujung minggu). Ini kerana pasaran Forex beroperasi 24 jam setiap hari mengikut bahagian dunia yang berbeza. Dengan lain kata, apabila satu pasaran utama ditutup, satu lagi dibuka. Di bawah ialah contoh waktu trading saham untuk Pasaran Forex mengikut GMT:

waktu trade forex olymp trade

waktu trading saham olymp trade

Melihat pada zon waktu trade forex tersebut , anda boleh melakukan trade 24 jam sehari termasuk jika anda trading di zon waktu negara lain juga. Waktu di Malaysia iaitu dari 9.00 Malam hingga 1.00 Pagi adalah antara waktu paling sibuk untuk berdagang kerana pasaran forex New York dan London bersilang antara satu sama lain. Secara dasarnya, pada waktu itu pasaran akan memperlihatkan keadaan turun naik yang besar untuk mata wang seperti USD, GBP dan EUR. Pada waktu itu lah kebanyakan trader sentiasa bersedia untuk membuka trade mereka. Iaitu waktu pembukaan pasaran ;  waktu yang ditunggu-tunggu oleh trader .

 

Kesimpulan & Pemikiran

Trading forex di Malaysia mungkin kelihatan seperti cara mudah untuk mendapatkan wang tambahan untuk poket anda. Tetapi sebenarnya, ia memerlukan banyak kerja keras, analisis, pengurusan risiko, masa dan banyak lagi perkara  untuk benar-benar berjaya dalam industri ini. 

Setiap trader harus tahu bahawa apabila mereka mula membuka akaun forex, mereka akan serta-merta boleh mengakses akaun demo. Akaun ini lah  yang patut dimanfaatkan oleh mereka.  Ini kerana ia merupakan cara yang tidak berisiko sama sekali.  

Setelah merasa selesa dengan platform , trader harus mengambil kesempatan dengan waktu trading saham forex trading beroperasi.  Pastikan trader sentiasa bersedia pada waktu-waktu tersebut supaya dapat memanfaatkan pergerakan aktif pada ketika itu. 

Akhir sekali, seperti biasa, sedar tentang risiko, dan selamat berdagang!

 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...