10.10.2019 Halaman Utama 0

Olymp Trade App

kal-visuals-Jwntbg2ZjoU-unsplashTelefon mudah alih hari ini menyediakan pengguna mereka dengan begitu banyak kemudahan. Alat yang berbentuk segi empat tepat di dalam saku anda, dompet, atau tangan anda itu boleh memainkan muzik, memaparkan filem serta membantu anda berhubung dengan sesiapa saja di seluruh dunia. Tetapi pernahkah anda terfikir, dengan begitu banyak sekali kemudahannya, kenapa ia tidak digunakan untuk menjana pendapatan untuk anda juga?

Sama seperti platform dagangan yang lain, Olymp Trade menawarkan aplikasi untuk pedagang pada alat mudah alih ini. Melalui pemasangan dan penggunaan aplikasi ini, pedagang dapat menikmati perkhidmatan serta sumber yang sama seperti di versi web termasuk carta harga, sumber teknikal dan alat. 

Olymp Trade Application ini boleh berfungsi pada sejumlah besar peranti mudah alih yang berfungsi pada iOS dan Android. Pelabur dan pedagang yang berminat perlu mengambil perhatian bahawa, aplikasi ini membenarkan kedua-dua perdagangan forex dan digital option dilakukan di situ. 

 

Ciri-ciri Olymp Trade Application

Pedagang yang ingin menggunakan aplikasi ini akan melihat bahawa tetapan di antara versi web dan aplikasi mudah alih adalah sama. Ciri-ciri asas dan alat-alat teknikal yang dilihat dalam desktop boleh didapati di telefon pintar. Aplikasi ini juga berfungsi dalam masa nyata dengan memberikan pedagang maklumat mengenai harga berdasarkan lokasi atau zon waktu di mana pedagang tersebut berada. Aplikasi ini juga membenarkan pedagang membuka posisi, atau mengkonfigurasi masa tamat tempoh.

Keistimewaan Olymp Trade Application di peranti mudah alih ini terletak pada antara muka platformnya yang sempurna. Malah ianya sesuai untuk mana-mana alat peranti. Anda boleh dengan mudah mengembangkan grafik dan melihat maklumat pada sebarang telefon pintar.

Sama seperti di versi web, aplikasi mudah alih Olymp Trade ini membolehkan anda untuk berdagang opsyen saham, pasangan mata wang forex, cryptocurrency (Bitcoin, Ethereum dll), indeks dan komoditi. Untuk memuat turun aplikasi Olymp Trade untuk Apple iPhone dan Android, anda tidak perlu log masuk dan mendaftarkan akaun di laman web rasmi. Semuanya boleh dilakukan di aplikasi itu sendiri. 

Setelah berdaftar anda akan terus masuk ke akaun demo dan boleh langsung membuat latihan dengan wang maya 10,000 yang dibekalkan. Seperti yang dimaklumkan tadi, perdagangan boleh dilakukan di peranti mudah alih Android dan iOS. Setelah anda telah berpuas hati dengan latihan yang dilakukan, anda boleh bertukar kepada perdagangan sebenar pada bila-bila masa. Anda hanya perlu membuat deposit dengan jumlah sekurang-kurangnya USD10. 

Dengan bantuan aplikasi mudah alih OlympTrade, sesiapa sahaja boleh berdagang opsyen di mana-mana, kerana semua yang anda perlukan adalah akses ke Internet. Perlu diingat bahawa aplikasi mudah alih untuk iOS dan Android mempunyai semua fungsi dan ciri yang sama yang tersedia di platform web di laman web rasmi broker.

 

Olymp Trade Memudahkan Kesemuanya

Dalam aplikasi mudah alih Olymp Trade, semua maklumat yang diperlukan dibentangkan dalam reka bentuk moden dan ringkas.  Tetapi pada masa yang sama ianya akan menyenangkan setiap pedagang!

Olymp Trade telah memungkinkan untuk pedagang mendapatkan wang melalui aplikasi mudah alih. Sebagai platform yang telah menyediakan perkhidmatan perdagangan sejak 2014, Olymp Trade telah berusaha untuk membuat dagangan dapat diakses oleh semua orang dan Olymp Trade Application mereka adalah satu lagi langkah ke arah itu.

Aplikasi Olymp Trade ini membolehkan pedagang untuk berdagang dalam Digital Opsyen di mana sahaja mereka mempunyai telefon pintar mereka. Antara muka yang intuitif dan akaun demo untuk pelatihan yang disertakan secara percuma di aplikasi ini menjadikannya pilihan yang menarik untuk kedua-dua pedagang baru dan yang berpengalaman. 

 Aplikasi ini juga digabungkan dengan perpustakaan pendidikan dalam talian yang diisi dengan pelbagai strategi perdagangan, petunjuk arah aliran, dan webinar, menjadikan Olymp Trade sebuah aplikasi perdagangan yang mudah difahami dan dilaksanakan. 

 

Ulasan Pengguna Olymp Trade Application

Olymp Trade adalah salah satu broker Digital Opsyen yang paling terkenal. Ia mempunyai banyak maklum balas positif dari pedagang dan bahkan aplikasi mudah alih mereka sangat popular.. Hari ini, versi mudah alih platform Olymp Trade tersedia untuk dimuat turun kepada pengguna dengan telefon, telefon pintar, tablet dan peranti lain yang berfungsi pada sistem operasi Android dan iOS.lauren-mancke-qc3sE5lGLbA-unsplash

 Anda boleh memuat turun dan memasang aplikasi mudah alih percuma Olymp Trade dan mula berdagang pada sebarang peranti: telefon pintar dan tablet iOS (Apple – iPhone, iPad), Android dan web-mobile. Kami cadangkan anda memuat turun perisian aplikasi Olymp Trade untuk Apple iPhone dan Android pada telefon pintar atau tablet anda, dan mulai berdagang di mana sahaja dan bila-bila masa yang anda mahukan!

Jika diikutkan dari purata skor aplikasi ini di laman play.google.com, jumlah matanya adalah hampir 5 mata daripada 5 mata kesemuanya. Ini membuktikan yang bukan sahaja pedagang gemar menggunakannya tetapi apliakasi ini ternyata membuka peluang kepada sejumlah besar pedagang untuk menghasilkan pendapatan sampingan secara online.

 

Olymp Trade Application untuk Android

OT Blog Android

 

Olymp Trade App ini boleh berfungsi pada peranti Android yang menggunakan sistem operasi terbaru. Tidak perlu membeli peranti Android mewah dengan ciri-ciri tertinggi; peranti Android biasa sudah cukup untuk menunjukkan kesemua indikator dan sumber teknikal yang berbeza termasuk penunjuk dan carta harga.

Untuk menggunakan aplikasi ini, pedagang yang berminat mesti memuat turun aplikasinya terlebih dahulu dari Gedung Google Play. Sebaik sahaja apl itu dimuat turun dan dipasang sepenuhnya, pedagang bolehlah menggunakan telefon pintar mereka sebagai platform dagangan segera yang boleh digunakan bila-bila masa, di mana sahaja.

 

Olymp Trade Application untuk iOS

Untuk menggunakan aplikasi pada peranti iOS, pedagang dinasihatkan untuk memuat turun aplikasinya terlebih dahulu di kedai aplikasi rasmi App Store. Apabila apl telah dimuat turun dan dipasang, pedagang boleh terus menikmati antara muka yang hebat dan susun atur yang mudah untuk dinavigasi.  OT Blog IOS

Aplikasi untuk iOS ini adalah serupa dengan aplikasi Android. Ia juga boleh menyediakan pedagang dengan akses lengkap kepada sumber dan alat dagangan yang penting termasuk fitur-fitur asas dan berita terkini untuk pasaran semasa. Dengan menggunakan aplikasi untuk iOS ini, peniaga boleh dengan mudah mengubah telefon pintar mereka menjadi platform dagangan mudah alih yang boleh membantu mereka melakukan trading dalam masa nyata.

 

 

Tindakan selanjutnya selepas memuat turun

 Jadi setelah anda memuat turun aplikasi Olymp Trade ini, apakah langkah selanjutnya? Adakah anda telah mengenali siapakah broker atau apakah platform yang telah anda muat turun dan pasang di telefon pintar anda itu ? Kami akan terangkannya satu persatu. 

 

Apakah itu Opsyen?

Pertama sekali kami akan menerangkan apa itu Digital Opsyen secara am. Opsyen dianggap sebagai salah satu instrumen perdagangan yang paling telus hari ini, kerana kesederhanaannya. Pedagang melabur wang pada ramalan sama ada harga aset (stok, pasangan mata wang, komoditi, atau cryptocurrency) akan naik atau turun; dan hasilnya anda akan memperoleh wang untuk ramalan yang betul. 

Apa yang anda perlu lakukan adalah menekan butang merah (perdagangan  turun) atau hijau (untuk carta menaik).

OT Blog Olymp Trade App

Dalam Digital Option , sama ada pada platform Olymp Trade versi web atau App Perdagangan Dalam Talian, aset yang berbeza akan mempunyai pembayaran peratusan yang lebih tinggi atau lebih rendah dari 10% – 92%. Pastikan anda memberi perhatian kepada kadar pulangan bagi perdagangan yang berjaya. Jika kadarnya 80% dan pelaburan anda ialah USD$ 10, ramalan yang betul akan bermakna keuntungan anda adalah USD$ 8.

 

 

 

 

Cara memulai

Muat turun aplikasi untuk Android dari gedung Google Play atau untuk iOS iPhone melalui App Store, dan mendaftar sebagai pengguna baru. Semasa mengisi maklumat anda, anda akan diminta memilih antara Dolar AS dan Euro sebagai mata wang akaun anda. Pilih di antara keduanya. Walau bagaimanapun, deposit boleh dibuat dalam kebanyakan mata wang lain. 

Setelah menyelesaikan pendaftaran anda, anda akan dibimbing dan dipandu menerusi aplikasi tentang cara-cara penggunaan, pengenalan antaramuka secara ringkas serta ciri dan tetapan yang lainnya. 

Untuk mendeposit atau mengeluarkan wang ke atau dari akaun Olymp Trade anda beberapa kaedah yang berbeza boleh digunakan antaranya kad bank, Bitcoin, dan e-wallet. Perlu diingat, kaedah pembayaran mesti dapat menghantar dan menerima wang jika tidak , cara itu tidak dapat diterima. 

Platform perdagangan secara ringkas

Apabila berdagang, carta adalah alat yang paling penting. Olymp Trade dalam Aplikasi Perdagangan menyediakan kedua-dua carta garisan dan carta candlestick.

Di bahagian bawah skrin, anda akan menemui satu ruangan di mana anda boleh memasukkan jumlah perdagangan anda, bingkai masa (time frame), dan butang untuk membuka perdagangan. 

Sebaik sahaja anda telah memilih untuk membuka perdagangan, anak panah merah dan hijau akan muncul untuk anda membuat ramalan anda. Bingkai masa dagangan boleh ditetapkan untuk minimum satu minit sehingga dua puluh tiga jam dan lima puluh sembilan minit. Manakala jumlah deposit minimum adalah USD$10 dan maksimum adalah AS $ 2000.

Melalui butang menu di sudut kiri atas, anda boleh bertukar antara akaun live dan demo anda, pilih penunjuk untuk overlay pada carta, tukar jenis carta, atau akses akaun peribadi anda untuk melihat dagangan terbuka anda dan membaca pemberitahuan.

Akaun Demo

Sebelum anda terus terjun secara langsung ke dalam perdagangan yang menggunakan akaun real, anda digalakkan untuk mengambil sedikit masa mengenali serba sedikit tentang platform ini. Broker Olymp Trade memberi anda akaun dagangan demo secara percuma sebaik saja anda selesai mendaftar. Akaun ini beroperasi dengan cara yang sama dengan akaun langsung tetapi tanpa mengambil risiko wang sebenar. Akaun demo membolehkan anda untuk berdagang di pasaran langsung untuk menguji strategi dan membiasakan diri dengan penunjuk sebelum beralih ke akaun sebenar. Pengalaman perdagangan masa nyata adalah guru terbaik.

Segment Pembelajaran

OT Blog Olymp Trade App 2

 

 

 

Belajar menganalisis carta: juga dikenali sebagai analisis teknikal, adalah bahagian penting dalam perdagangan. Terdapat 5 penunjuk di platform mudah alih Olymp Trade: SAR Parabola, RSI, Stochastic, MACD, dan SMA. Setiap penunjuk menggunakan algoritma khas untuk menganalisis carta. Penjelasan terperinci setiap indikator boleh didapati dalam bahan pendidikan yang disediakan secara percuma oleh Olymp Trade. Belajar menggunakan indikator ini secara drastik akan meningkatkan peluang anda untuk membuat perdagangan yang berjaya.

 

 

 

 

Sokongan pengguna

Olymp Trade mempunyai kehadiran media sosial yang baik di Facebook, Twitter, dan YouTube. Jadi terdapat banyak cara yang mudah untuk tetap up-to-date dengan semua perkara Olymp Trade. Saluran YouTubenya saja boleh didapati dalam 8 bahasa! OT Blog Olymp Trade App 3

Di luar dunia media sosial mereka, Olymp Trade menawarkan 24/7 sokongan langsung dalam 8 bahasa.  Pusat panggilan terletak di New Delhi, Cape Town, Lagos, dan Moscow. Kakitangan mereka sentiasa bersedia untuk membantu anda dengan apa-apa soalan. Dari yang sekecil-kecilnya hingga sesukar-sukar masalah. Mereka tidak pernah letih melayan pelanggan mereka dengan cekap dan cepat. 

 

Jadi sudah tiba masanya untuk anda mula membuat wang di telefon pintar anda. Biarkan Olymp Trade membantu anda. Mereka telah memudahkan semuanya untuk anda. Mulakan berdagang hari ini!

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...