07.08.2019 Halaman Utama 81
Akaun Dagangan VIP Olymp Trade

Pengalaman menggunakan akaun dagangan VIP Olymp Trade

Disclaimer : Broker Olymp Trade telah menghentikan penawaran akaun VIP. Sebagai gantinya, sekarang terdapat tiga jenis status akaun iaitu Beginner, Advance, dan Expert. Setiap status mempunyai kelebihan masing-masing. Boleh dikatakan bahawa status Expert pada masa sekarang setaraf dengan akaun VIP yang dahulu.

Perdagangan memerlukan persekitaran kerja yang baik umpama kehidupan seharian. Itulah sebabnya penasihat perniagaan yang terkemuka selalu menyebutkan tentang manfaat persekitaran yang “betul”. Ketidakselesaan, pesimisme dan kejahilan akan menghalang diri anda. Dan anda perlu melawannya.Pada mulanya, sangat sukar bagi saya untuk menukar ke akaun dagangan VIP Olymp Trade.

Biar saya ceritakan kenapa.. Saya tidak pernah menjadi pelanggan istimewa mana-mana syarikat sebelum ini. Saya tidak pernah mempunyai kad bank premium atau pengurus peribadi.

Terus-terang, saya mengaku yang saya tidak faham bagaimana manfaat status VIP boleh mempengaruhi dagangan saya. Strategi dagangan yang saya dapati di internet telah menyebabkan saya kerugian 3 deposit pertama saya, dan saya fikir sudah tiba masanya untuk saya mengundurkan diri daripada “permainan” ini.

Pengetahuan dan pengenalan pertama saya tentang pengurus VIP

Pada suatu hari, saya menerima mesej di platform (sama seperti dalam tangkapan skrin di bawah) bahawa terdapat webinar dengan pedagang daripada jabatan VIP. Saya berasa tertarik untuk melihat orang lain berdagang secara dalam talian, oleh itu, saya mendaftarkan diri saya.

Akaun Dagangan VIP Olymp Trade 

Seorang wakil daripada jabatan VIP memperkenalkan dirinya dan berkata bahawa dia telah berdagang selama bertahun-tahun. Bahagian permulaan mengambil masa tidak lebih 5 minit, dan kemudian dia mula berdagang.

Dia membuat 4 dagangan opsyen menggunakan strategi VIP “Good Martin” dalam masa 15 minit pertama. Kemudian pasaran tidak berubah untuk tempoh masa yang sama, dan pakar syarikat memberitahu kami tentang keadaan ekonomi global sementara menunggu isyarat. Saya tidak ingat dengan tepat jumlah dagangan yang dibuatnya selepas “masa rehat”, tetapi hasil keseluruhan pedagang VIP melebihi keuntungan bersih $400, yang dibuatnya dalam masa 1 jam.

Tambahan pula, saya cuba meniru strategi dagangannya dan memperoleh $24 untuk diri saya sendiri. Hasilnya, hanya dalam masa 1 jam:

– Saya membuat keuntungan.

– Saya mendapati bahawa jika pasaran adalah tenang, lebih baik untuk berehat.

– Saya mempelajari sesuatu mengenai strategi “Good Martin”.

– Saya mengambil langkah ke arah yang betul.

Pengetahuan yang saya peroleh semasa webinar itu membuat saya terkagum dengan logik dan kecekapannya. Saya berasa bodoh jika berhenti selepas pengalaman sedemikian, jadi saya memutuskan untuk mempelajari kelebihan status menjadi anggota akaun dagangan VIP Olymp Trade dengan lebih terperinci.

Manfaat VIP di Olymp Trade

Saya akan memberitahu anda faedah status VIP yang saya dapati paling menarik.

Keuntungan meningkat

Perkara pertama yang saya dapati ialah keuntungan dagangan opsyen pada beberapa aset meningkat apabila anda mempunyai status VIP. Sekiranya pulangan ialah 80% apabila berdagang dengan akaun biasa, ia boleh naik sehingga 86% atau 90% dengan akaun VIP.

Bonus sedemikian agak ketara dalam jangka panjang. Sebagai contoh, jumlah pulangan atas dagangan saya berjumlah $1870 sepanjang minggu lalu. Saya akan mendapat $100 kurang dengan akaun biasa. Dalam setahun, keuntungan yang saya hilang akan mencapai $5200.

Mentor VIP

Walaupun keuntungan yang lebih tinggi merupakan kelebihan yang sangat penting, namun lebih penting lagi untuk mendapatkan sokongan seorang mentor yang berpengalaman. Pelanggan VIP mempunyai peluang sedemikian.

Setiap pengguna adalah istimewa dan sebagai permulaan mereka akan bekerja dengan juruanalisis kewangan peribadi. Juruanalisis ini bertanggungjawab untuk melatih, mengajarkan strategi kepada pedagang dan mewujudkan keadaan kerja yang selesa.

Malah, saya mendapat perundingan pertama saya secara percuma. Untuk melakukannya, saya cuma menghubungi pasukan sokongan. Saya melaporkan bahawa saya aktif berdagang dan saya menyukai webinar yang diadakan oleh pakar daripada jabatan VIP.

Semasa perundingan, saya mengetahui lebih lanjut mengenai strategi VIP (ada banyak sebenarnya), perkhidmatan isyarat dagangan, serta mengenai webinar tetap tertutup bagi pedagang VIP.

Perkhidmatan isyarat VIP pada Olymp Trade

Ini ialah kelebihan yang saya ingin tumpukan. Sebelum menjadi seorang pedagang VIP, saya mempunyai pengalaman perit mengikuti isyarat semasa berdagang. Ia merupakan projek pihak ketiga yang menjanjikan bahawa lebih daripada 90% pengesyoran perdagangan mereka akan menguntungkan. Tangkapan skrin dan ulasan yang meyakinkan adalah menarik minat saya, jadi saya cuba menggunakannya. Selain $20 yang saya bayar untuk langganan, saya kehilangan $50 lagi untuk berdagang isyarat tersebut.

Seorang pengurus daripada jabatan VIP mengingatkan saya bahawa sukar untuk meramalkan pasaran. Kita tidak boleh menjamin sesuatu yang tidak dapat dipastikan. Dia telah menyedarkan saya dengan kata-kata ini. Sekarang statistik saya mengenai isyarat VIP (yang saya gunakan) mengatakan bahawa 63% daripada dagangan ditutup dengan keuntungan; itu sudah cukup bagi saya.

Kelebihan yang besar ialah saya dapat mengaksesnya secara langsung di platform dagangan Olymp Trade. Saya tidak perlu memuat turun dan memasang apa-apa.

Akaun Dagangan VIP Olymp Trade

Strategi VIP Olymp Trade

Strategi VIP ialah tutorial langkah demi langkah yang jelas. Setiap kaedah merangkumi satu set kelaziman yang telah diuji yang membantu saya membuat dagangan menguntungkan dengan lebih kerap.

Anda boleh membincangkan dan menguji semua strategi dengan mentor perdagangan anda, dan meminta pendapat peribadinya tentang strategi tersebut. Juruanalisis saya memberitahu saya segala-gala mengenainya dalam 2 perundingan pertama kami, namun dia juga memberikan satu senarai cadangan berharga untuk beberapa strategi (yang merupakan kegemarannya). 

Sebagai contoh, apabila menggunakan strategi “Good Martin”, anda tidak harus memasuki perdagangan selepas titik Parabolic pertama muncul dalam arah baharu, tetapi selepas yang kedua atau bahkan yang ketiga muncul. Pendekatan ini akan membolehkan anda memeriksa kualiti isyarat, tetapi tempoh perdagangan harus dikurangkan daripada 5 kepada 3 minit. 

 

Akaun Dagangan VIP Olymp Trade 

Setiap pedagang VIP boleh mendapat perdagangan bebas risiko setiap bulan. Ini ialah sejenis insurans bagi opsyen anda, yang akan mengembalikan pelaburan anda kepada anda jika ramalan anda salah. Walau bagaimanapun, jika ramalan anda betul, anda masih akan mendapat keuntungan.

Ini ialah sejenis pulangan wang tunai, yang saiznya bergantung pada aktiviti dagangan anda. Bulan lalu, pusing ganti dagangan saya melebihi $12,000 (jumlah semua dagangan yang saya buat), jadi saya mendapat perdagangan bebas risiko bernilai $250.

Akaun Dagangan VIP Olymp Trade 

 

Sebab saya memilih menjadi ahli VIP

Manfaat yang saya nyatakan di atas meyakinkan saya untuk menjadi seorang pedagang VIP. Keadaan dagangan sedemikian bermakna kemajuan yang berterusan, yang diperlukan oleh setiap pelabur baharu.

Saya mahu memahami jejak yang harus diikuti, perkara yang harus dipelajari dan cara untuk mengawal emosi saya, serta keinginan untuk belajar daripada seorang profesional. Dan keuntungan yang meningkat, serta perdagangan bebas risiko ternyata menjadi bonus yang menyenangkan.

Saya telah berdagang di bawah penyeliaan mentor saya selama 3 bulan. Ya, saya berjaya mendapatkan penyampai daripada webinar pertama sebagai mentor saya. Saya lazimnya menggunakan 2 strategi—”Good Martin” dan … satu lagi kaedah yang hebat.

 

Kesimpulan

Anda boleh mendapatkan status VIP apabila anda menambah akaun dagangan anda dengan $2000/€2000 atau lebih. Selepas anda mendepositkan dana, semua keistimewaan akan diaktifkan secara automatik. Sebaik sahaja saya mendepositkan wang pada hari itu, saya mendapat panggilan daripada wakil jabatan selepas 30 minit.

Saya memberitahunya bahawa saya mahu bekerja dengan juruanalisis tertentu dan memberitahunya kandungan webinar terkini. Permintaan saya telah dipenuhi, dan keesokan harinya, saya mengadakan sesi dagangan 1 jam pertama saya di bawah penyeliaan juruanalisis itu.

Pada mulanya, saya menggunakan akaun demo untuk berlatih menggunakan strategi, tetapi kemudiannya saya mula berdagang dengan wang sebenar.

Dengan akaun VIP, saya mengambil masa 3 bulan untuk berubah daripada pemula tidak berpengalaman yang kehilangan wang kepada seorang pedagang yang terus mendapat pendapatan, dan saya bangga dengan pencapaian saya!

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...