10.03.2020 Halaman Utama 98
e wallet yang digunakan pada broker olymp trade

E-Dompet Di Malaysia

E-Dompet ataupun E-wallet telah berkembang pesat dan cepat di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan lebih 40 lesen e-dompet yang telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Setakat ini, ia tidak kelihatan seperti mereka akan memperlahankan kaedah pembayaran ini dalam masa terdekat. 

Jika mengikut perancangan, Bank Pusat Negara merancang untuk menjadikan negara ini , negara tanpa tunai menjelang tahun 2020. Pembayaran berasaskan telefon mudah alih akan menjadi teras kepada pelan tindakan itu.

Dengan e-wallet menjadi lebih diterima secara meluas di kedai-kedai runcit, restoran, pasar raya, dan juga vendor kecil di seluruh negara, kelihatannya  seperti e-walllet ini akan menjadi bahagian utama landskap pembayaran negara. Jadi, jika anda belum lagi menggunakan e-wallet, atau masih mempunyai keraguan tentangnya, inilah penerangan asas agar  anda lebih cepat bertindak. 

belajar asas forex di aplikasi olymp trade

Apa itu e-wallet?

E-dompet/E-wallet bertindak sebagaimana dompet biasa – kecuali wang itu adalah wang digital dan e-dompet wujud sebagai aplikasi dalam telefon anda. Sama seperti dompet biasa, anda perlu memasukkan dana ke dalam dompet anda – dan kebanyakan aplikasi membolehkan anda melakukannya dengan menggunakan kad kredit, kad debit, atau pemindahan bank dalam talian. 

Sebaik sahaja anda mempunyai wang dalam e-wallet anda, anda boleh menggunakannya untuk membayar para peruncit dengan pelbagai cara termasuk mengimbas kod QR, “tap and pay” dengan fungsi NFC pada telefon, atau untuk beberapa e-wallet, melalui penggunaan kad fizikal. Kebanyakan e-wallet juga membolehkan anda dengan segera memindahkan wang kepada rakan-rakan yang menggunakan e-wallet  pada aplikasi yang sama.

Berapa banyak e-dompet di Malaysia?

jenis-jenis e-wallet yang terdapat di malaysia

Walaupun anda pasti sudah mendengar e-dompet yang lebih popular seperti GrabPay, Setel, dan Touch ‘n Go eWallet, adakah anda tahu bahawa terdapat sejumlah 46 penyedia e-money rasmi yang dikawal oleh Bank Negara Malaysia? Daripada 46 pengeluar e-dompet ini, hanya 5 daripada mereka adalah bank – selebihnya adalah semua organisasi bukan bank. Sekiranya anda terkejut dengan jumlah penyedia e-dompet yang terdapat di pasaran sekarang, sila ambil perhatian bahawa pada hari ini penggunaan e-dompet adalah pada hampir kesemua benda. Jadi adalah penting untuk kita mempunyai penyedia e-dompet yang pelbagai untuk memenuhi keperluan pengguna.  

Apakah faedah menggunakan e-dompet?

E-dompet mempunyai banyak kelebihan untuk ditawarkan kepada penggunanya. Pertama, digitalisasi wang menawarkan beberapa manfaat seperti ia lebih selamat, mudah, serta dapat mempercepatkan urus niaga berbanding dengan tunai fizikal.

Urus niaga digital lebih senang untuk dijejaki, yang mengurangkan kemungkinan penipuan. Selain itu, semua e-dompet memerlukan beberapa bentuk pengesahan sebelum pembayaran, yang bermaksud walaupun seseorang mencuri telefon anda, mereka tidak boleh mencuri wang dalam aplikasi e-dompet anda.

Di samping itu, dengan begitu banyak e-dompet di negara ini, masing-masing menawarkan beberapa faedah untuk menggalakkan penggunaan e-dompet. Ini mungkin datang dalam bentuk wang tunai segera, mata ganjaran, dan bahkan cabaran harian atau mingguan yang memberikan lebih banyak hadiah apabila diselesaikan.

Jangan lupa juga bahawa sesetengah e-dompet membolehkan anda mengisi semula menggunakan kad kredit anda. Jadi ini akan membolehkan anda menikmati dua kali ganda faedah. 

Menggunakan e-wallet lebih baik daripada kad kredit?

Jika anda tidak menggunakan kad kredit kerana anda kurang yakin dengan keupayaan anda untuk menjauhi hutang, e-wallet adalah alternatif pembayaran tanpa tunai yang baik. Anda akan lebih cenderung menikmati faedah daripada penggunaan e-wallet anda berbanding dengan menggunakan kad debit atau membayar secara tunai. Anda juga tidak akan berada dalam keadaan yang membahayakan diri anda kerana berbelanja dengan wang yang anda sebenarnya tidak ada selama mana anda membuat penambahan wang (top-up) menggunakan kad debit atau pemindahan bank (online transfer). 

Walau bagaimanapun, jika anda sudah mempunyai kad kredit dan selesa menggunakannya, anda perlu mendapatkan yang terbaik dari kedua-dua kaedah pembayaran tersebut ; iaitu menikmati faedah dengan menggunakan kad kredit anda untuk membuat penambahan ke e-wallet anda (seperti cashback pada transaksi dalam talian) serta promosi yang ditawarkan oleh e-wallet.

E-dompet mana satu nak guna?

Terdapat beberapa soalan yang boleh anda tanyakan kepada diri sendiri sebelum anda membuat keputusan untuk memuat turun e-dompet. Oleh kerana e-dompet yang berbeza mempunyai kadar penembusan yang berbeza-beza bergantung kepada peruncit, disarankan untuk menggunakan e-dompet  yang diterima di tempat-tempat di mana anda cenderung melakukan pembayaran. Sesetengah e-dompet juga mempunyai kekuatan khusus mereka sendiri – sebagai contoh, jika anda mencari e-dompet yang boleh anda gunakan di luar negara, maka BigPay adalah pilihan padat.

Sudah tentu, setiap e-dompet mempunyai satu set promosi dan faedah yang ditawarkan kepada pengguna mereka, jadi anda harus melakukan penyelidikan untuk melihat e-dompet yang pada akhirnya dapat membantu anda menyimpan paling banyak wang dalam jangka masa panjang. Satu lagi, anda tidak terhad untuk menggunakan satu e-dompet saja – jadi pilih dompet yang menawarkan manfaat terbaik untuk anda.

Jadi e-wallet mana yang terbaik di Malaysia?

Dalam ulasan e-wallet kami, kami telah menerangkan tentang semua faedah, kelebihan, dan juga kelemahan e-dompet yang popular di pasaran Malaysia. Kebanyakkannya hampir sama, tidak ada jawapan yang tepat  mengenai e-dompet mana yang terbaik di negara ini. Ini adalah kerana industri ini masih muda dan terlalu awal untuk menilainya dengan lebih dalam. Seperti kad kredit, kebanyakan e-dompet menawarkan satu set faedah yang sama dengan faedah tambahan di atas, yang bermaksud anda perlu menyesuaikan penggunaan e-dompet anda mengikut keperluan anda.

Pada kebanyakan masa, memiliki serta aktif menggunakan beberapa e-dompet adalah pilihan terbaik. Dengan cara itu, anda boleh memanfaatkan promosi yang berbeza pada setiap e-dompet yang ditawarkan dan memilih e-dompet mana yang lebih baik untuk  digunakan untuk transaksi yang berbeza. Sudah tentu, strategi ini hanya akan berjaya jika anda mempunyai disiplin kewangan dan bersedia untuk menjejaki perbelanjaan anda merentasi aplikasi yang pelbagai.

E-Wallet di Olymp Trade

Ewallet yang boleh digunakan di platform olymp trade

E-Dompet adalah salah satu pilihan popular di kalangan trader Olymp  Trade kerana ia merupakan salah satu cara terpantas di antara pilihan lain yang terdapat di Olymp Trade untuk membuat penambahan deposit serta pengeluaran . 

Jika menurut terma dan syarat, dana Olymp Trade akan dipindahkan ke akaun anda dalam masa 3 hari tetapi sebenarnya, ia hanya memerlukan 1 Hari untuk dipindahkan ke e-dompet anda. 

Oleh itu, menggunakan e-dompet adalah cara yang sangat cepat dan paling mudah digunakan untuk penambahan deposit ataupun pengeluaran di sistem Olymp Trade. 

Selain daripada itu, tidak ada sebarang yuran juga yang dikenakan jika anda menggunakan perkhidmatan tersebut.

Apakah e-dompet yang boleh dipilih untuk berurus niaga di Olymp Trade?

Anda boleh menggunakan perkhidmatan dari salah satu sistem pembayaran yang paling popular. Senarai berikut masih belum lengkap, tetapi syarikat-syarikat ini telah dipercayai oleh pengguna di seluruh dunia dan telah dilesenkan.

  1. Neteller – syarikat ini telah beroperasi sejak 1999 di bawah bidang kuasa United Kingdom.
  2. WebMoney – syarikat tertua dalam industri ini ditubuhkan pada tahun 1998. Lebih daripada 36 juta orang di seluruh dunia menggunakan perkhidmatan tersebut.
  3. Skrill – (dahulunya Moneybookers) Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2001 di United Kingdom. Bilangan pengguna mencapai lebih daripada 32 juta.
  4. FasaPay – dompet elektronik yang popular di Singapura. Syarikat ini telah beroperasi sejak tahun 2013.
  5. Astropay – sistem pembayaran yang mengeluarkan kad bank maya percuma. Astropay cukup popular di Brazil. 

Cara Menggunakan E-Dompet Untuk Deposit

Sekarang kami akan menerangkan penggunaan salah satu dari 5 pilihan e-dompet yang ditawarkan oleh Olymp Trade untuk membuat penambahan deposit.

DEPOSIT MENGGUNAKAN SKRILL OLYMPTRADE

Skrill adalah e-dompet yang lazim diterima oleh broker Fixed Time Trading atau pun platform online forex termasuklah OlympTrade.

Menggunakan Skrill untuk mendeposit dan mengeluarkan dana ke dan dari akaun Olymp Trade mempunyai beberapa kelebihan:

  1. Dana akan kelihatan di akaun Olymp Trade dalam masa beberapa minit.
  2. Skrill hanya mengenakan bayaran yuran sebanyak 1% dari jumlah deposit. Jumlah ini  jauh lebih rendah daripada kebanyakan pemproses pembayaran yang biasanya mengenakan bayaran sebanyak 2.5% dan lebih.
  3. Skrill sangat selamat.

Ikuti langkah yang diterangkan di bawah untuk menggunakan Skrill bagi mendepositkan wang ke akaun OlympTrade:

  1. Jika anda sudah mempunyai akaun demo, log masuk ke akaun Olymp Trade anda, buka akaun baru anda dan dapatkan wang tunai maya sebanyak $ 10000 untuk berdagang.
  2. Pilih pilihan ‘Deposit’ di sebelah kiri bahagian atas skrin.
  3. Pada halaman pembayaran deposit Olymptrade, klik pada logo Skrill dalam tab sistem pembayaran elektronik.
  4. Pilih jumlah yang perlu didepositkan. Bergantung pada jumlah yang dipilih, deposit tersebut memungkinkan anda untuk memperolehi bonus. Anda bagaimanapun boleh memilih jika anda mahu menerima bonus atau tidak.
  5. Sistem ini akan membawa anda ke laman web Skrill di mana alamat e-mel dan kata laluan akaun harus dimasukkan. 
  6. Apabila butang log masuk telah diklik, Skrill akan meminta kod token keselamatan yang dikeluarkan ketika akaun dibuka. Ini merupakan lapisan keselamatan tambahan pada akaun tersebut.
  7. Lengkapkan transaksi pembayaran di halaman deposit olymptrade sebaik sahaja kod tersebut telah dimasukkan. ewallet skrill yang digunakan di platform olymp trade malaysia

Akaun OlympTrade anda akan menunjukkan jumlah yang didepositkan selepas beberapa minit.

 

Tips Pakar

Walau apa pun cara yang anda gunakan untuk membuat transaksi, yang penting anda perlu mengeluarkan wang menggunakan medium yang sama ketika anda membuat deposit. Contohnya, jika anda mendepositkan wang anda melalui debit atau kad kredit, kami nasihatkan anda menggunakan kaedah yang sama untuk pengeluaran.

Elakkan mendeposit wang melalui pemindahan bank dan kemudian membuat pengeluaran menggunakan kaedah lain seperti kad kredit atau Neteller. Ia menjadikan prosesnya sangat perlahan dan sukar. Jadi ingat! Cara anda mendeposit dan membuat pengeluaran perlu sama untuk proses pengeluaran yang lancar iaitu 3-5 hari bekerja. 

 

Di atas telah diterangkan cara bagaimana untuk mengecas semula akaun perdagangan Olymp Trade melalui Skrill e-dompet; sememangnya ia mudah dan cepat. Jika anda sudah mempunyai akaun Bitcoin atau mana-mana e-dompet yang lain, sila gunakannya hari ini untuk membuat deposit dan urus niaga pada platform Olymp Trade.

 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...