09.02.2021 Halaman Utama 4
Promo Code Olymp Trade

Promo Code Olymp Trade

Disclaimer: Buat masa sekarang, Olymp Trade tidak lagi menawarkan sebarang bentuk promo code atau bonus. Maklumat dalam artikel ini merujuk kepada tempoh ketika Olymp Trade masih menyediakan kod promo dan bonus kepada pengguna mereka. Walaubagaimanapun, trade bebas risiko masih tersedia untuk pengguna-pengguna setia Olymp Trade dengan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Di dalam dunia forex online hari ni , semakin banyak syarikat atau broker yang menggabungkan promo code dalam kempen pemasaran mereka. Ini kerana kebanyakan trader terus-menerus mencari broker yang menawarkan tawaran diskaun kerana ia sekaligus menolong mereka untuk berjimat.Kami pasti anda telah banyak mendengar mengenai Promo Code Olymp Trade, tetapi adakah anda betul-betul tahu apa itu kod promosi?

Apakah Itu Promo Code?

Kod promosi atau promo code adalah rentetan alfanumerik yang ditawarkan oleh syarikat broker seperti Olymp Trade untuk mendorong para trader membuat penambahan deposit di laman web mereka. Ia biasanya dikaitkan dengan strategi pemasaran promosi yang menyeluruh. 

Sebenarnya, penggunaan kod promosi dalam strategi pemasaran dalam sesuatu laman web adalah cara yang baik untuk meningkatkan penjualan. Dengan syarat pihak broker telah mengatur strategi pemasaran yang jitu dengan menyelitkan promo code di dalam pelan tindakan tersebut.

Lagi Tentang Kod Promosi? 

Tidak kira apa jenis produk atau perkhidmatan yang anda cari, laman web yang menawarkan promo code membolehkan anda menjimatkan banyak wang keperluan  anda. 

Perkara terbaik mengenai Kod Promosi ini ialah ia dapat ditebus hanya apabila diperlukan. Sebgai contoh , kod promosi yang ditawarkan oleh Olymp Trade. Anda tidak perlu menggunakannya dengan serta-merta. Anda boleh memasukkan kod promo tersebut pada bila-bila masa anda merasakan anda ingin membuat penambahan deposit pada akaun trading anda. 

Namun, sebelum menggunakan kod promo, anda disarankan untuk mempelajari serta memahami syarat & ketentuan yang terkait dengannya. Jika tidak pasti, anda boleh langsung menghubungi Khidmat Pelanggan untuk bertanyakan tentang sebarang persoalan yang anda ada. 

Kepentingan Kod Promosi

Apabila sesuatu perniagaan itu mengeluarkan kod promosi, mereka sebenarnya memberi insentif kepada pelanggan untuk membuat pembelian – atau dalam konteks online trading, mereka memberikan wang maya kepada pelanggan mereka secara percuma untuk melakukan dagangan.  Dengan kata lain, pengguna atau trader akan mendapat apa yang mereka inginkan iaitu melakukan deposit serta ditambah pula dengan wang dari pihak broker. 

Salah satu perkara yang paling berguna mengenai kod promosi ialah ia berfungsi dengan baik untuk pelanggan baru dan trader berulang. Insentif ini bahkan memberi kesan langsung kepada keseluruhan pengalaman trading mereka. 

Menurut kajian di Claremont Graduate University, individu yang menggunakan Kod Promosi mempunyai tahap oksitosin-hormon yang tinggi. Ia merupakan hormon yang menimbulkan perasaan bahagia pada seseorang. 

Dengan reaksi fizikal seperti itu serta peranannya kepada fikiran dan minda  bakal pelanggan syarikat tersebut, adalah satu idea yang bijak untuk sesuatu perniagaan bereksperimentasi dengan memasukkan kod promosi ke dalam pelan perancangan perniagaan mereka. 

 

Optimized-KLIK UNTUK MENDAPATKAN PROMO CODE BULAN INI (1)

Promo Code Dari Perspektif Broker Olymp Trade

Keburukan

Promo kod akan mengakibatkan pihak Olymp Trade membelanjakan wang mereka. Sebarang diskaun yang mereka tawarkan bermakna bajet marketing mereka semakin besar. Kuncinya adalah untuk mengira sama ada diskaun itu akan memberi perbezaan pada margin keuntungan mereka dengan menarik pelanggan baru untuk menggunakan platform mereka. Atau pun membawa kembali trader lama yang mungkin telah beralih ke broker lain yang mungkin telah menawarkan promosi yang lebih menarik. 

Untuk pelanggan tetap pula, mereka juga telah terbiasa untuk menunggu kod promo. Jadi mereka menahan diri dari melakukan deposit selagi tidak dikeluarkan promo code kepada mereka. 

Oleh itu, pihak broker Olymp Trade  perlu mempertimbangkan bila dan bagaimana cara untuk menawarkan kod promo tersebut agar tidak menjejaskan pangkalan data pelanggan tetap mereka.

Kod promo akan selalu menghasilkan pengurangan keuntungan pada produk yang ditawarkan tetapi kos pembelian produk tersebut tidak akan berubah. Semasa mempertimbangkan nilai promo code yang ingin ditawarkan, broker perlu mencari cara untuk menentukan apakah promo code tersebut akhirnya dapat meningkatkan keuntungan kepada mereka dalam jangka panjang. 

Kelebihan

Kelebihan dalam menawarkan kod promo kepada pihak Olymp Trade adalah ia dapat memperkenalkan pelanggan baru pada produk serta platform mereka. Ia mendorong pelanggan untuk mencuba produk broker tersebut yang mungkin lebih menguntungkan dari broker yang biasa mereka gunakan. 

Pada masa yang sama ia juga akan terus menarik pelanggan sedia ada mereka untuk terus setia melakukan trading di platform mereka. 

Kunci untuk memaksimumkan kelebihan penggunaan promo code dalam dunia digital masa kini adalah ia dapat digunakan sebagai cara untuk membina pangkalan data pelanggan syarikat tersebut .Promo code  boleh menjadi bahagian penting dalam pemasaran media sosial mereka dengan syarat mereka menggunakannya secara strategik.

Sebagai contoh, salah satu cara terbaik untuk mengubah kod promo menjadi strategi pemasaran jangka panjang adalah dengan meminta nama dan alamat e-mel pelanggan sebelum mereka diberi kod promo tersebut.

Dengan cara itu, pihak Olymp Trade dapat membina pangkalan pemasaran e-mel untuk mendorong pelanggan-pelanggan tersebut kembali ke platform mereka dengan menawarkan produk baru atau data tersebut digunakan dalam kempen pemasaran yang lain.

Lagi Kelebihan Promo Code Olymp Trade

Seperti yang dinyatakan tadi, kod promo dapat memperkenalkan pelanggan baru ke platform Olymp Trade. Kunci untuk menjadikan strategi ini berfungsi adalah menggunakan kod promo itu  sebagai cara untuk memulakan hubungan jangka panjang dengan pelanggan baru melalui media sosial atau e-mel.

Untuk pelanggan sedia ada atau yang lama pula, kod promo tersebut dapat mendorong pelanggan yang sudah lama tidak mengunjungi laman web broker untuk kembali ke platform. Sebagai contoh, jika pihak Olymp Trade mempunyai pangkalan data pemasaran yang baik, mereka boleh mengirim kod promo kepada semua pelanggan yang sudah tidak mengunjungi platform tersebut selama 60 hari atau lebih. 

Cara lain yang boleh digunakan untuk mengedarkan kod promo adalah melalui laman web media sosial, seperti Facebook.  Buat masa sekarang untuk broker Olymp Trade, pelanggan boleh mendapatkan promo code di laman web tidak rasmi Olymp Trade Malaysia. Di mana ia promo code tersebut disediakan hampir setiap bulan kepada ahli-ahli group. Diskaun yang ditawarkan biasanya hampir 30% ! 

Di dunia media sosial hari ini, pihak Olymp Trade juga boleh memilih untuk menjadikan kod promosi shareable – iaitu boleh dikongsikan dengan pengguna lain. Cara ini dapat menukarkan pengguna berulang broker tersebut menjadi pengiklan jenama mereka secara tidak langsung.

Apa yang berlaku adalah trader berulang itu mungkin akan berkongsi apa yang mereka dapat serta tawaran menarik yang mereka terima dengan lingkaran sosial mereka secara online. Ini membuatkan pihak broker berada di hadapan khalayak sasaran yang jauh lebih luas. Di mana pelanggan berulang mereka lah  yang telah melakukan kerja untuk pihak broker dengan berkongsi maklumat dan insentif yang telah mereka terima dari syarikat tersebut. Dengan cara ini, pelanggan berulang ini menjadi pemengaruh bagi pihak broker dan secara tidak langsung  memberikan pulangan pelaburan yang lebih besar.

Cara Kod Promo Olymp Trade berfungsi

Melalui promo code yang ditawarkan oleh Olymp Trade, anda akan mendapat Bonus Deposit . Untuk mendapatkannya anda haruslah membuat penambahan dana ke akaun trading Olymp Trade anda terlebih dulu. Sebagai contoh dengan memasukkan promo code seperti yang di bawah ini ketika anda membuat deposit, anda akan mendapat 30% bonus. 

Ini bermakna apabila anda mendeposit $15 anda akan mendapat tambahan $4.50 dalam akaun trading anda. 

OT Promo Code 1

Peluang lain untuk menerima wang tambahan dari Olymp Trade adalah melalui pelbagai acara dan pertandingan yang dianjurkan oleh pihak Olymp Trade. Maklumat khusus biasanya akan diumumkan terlebih dahulu melalui email. 

Apa yang perlu dilakukan dengan bonus?

Bonus Olymp Trade yang anda dapat melalui promo code sebenarnya adalah wang maya yang boleh anda gunakan semasa melakukan trading. Anda sama sekali tidak boleh mengeluarkannya dari akaun trading anda. Ia hanyalah  jumlah tambahan pada akaun Olymp Trade dan apabila anda menjana keuntungan dengan menggunakan bonus tersebut, hanya profit atau keuntungan tersebut saja yang boleh anda keluarkan. Manakala bonus tersebut akan hilang secara automatik. 

Bonus yang diberikan ini sebenarnya boleh banyak membantu anda. Katakan anda membuat deposit sebanyak $100 yang bermaksud anda akan menerima bonus $30 melalui promo code yang diberikan. Jadi jumlah wang dalam akaun anda sekarang adalah $130. Dengan jumlah tersebut, anda boleh, misalnya, membuka 13 transaksi dengan jumlah trade sebanyak  $10 setiap satu. Maka anda akan mempunyai lebih banyak peluang untuk mempraktikkan kemahiran, pengetahuan, dan mempersiapkan mental anda. Jadi gunakan bonus anda dengan bijak.

Panduan Menggunakan Promo Code

Di bawah ini adalah panduan ringkas tentang cara bagaimana anda boleh mengaktifkan dan menggunakan kod promo Olymp Trade pada akaun anda:

         1 . Di  platform Olymp Trade, klik Deposit, 

OT Blog Promo 1

 

         2.  Di bahagian bawah, anda akan melihat “Promo Code”. Klik pada butang tersebut.

OT Blog Promo 2

 

            3.  Tetingkap seterusnya akan menunjukkan apa-apa promo code yang anda ada. Jika tidak , klik pada  “Enter Promo Code” dan isikan promo code yang anda ada dan aktifkan. 

OT Blog Promo 3OT Blog Promo 4   

               4. Isi jumlah wang yang ingin didepositkan.

Dan itu sahaja, anda kini sudah mendapat bonus yang menarik untuk anda melakukan trade. 

Kata Akhir

Wang bonus yang anda dapat daripada kod promo Olymp Trade adalah cara yang baik untuk mengurangkan risiko yang wujud dalam sebarang perdagangan. Anda boleh menggunakannya untuk menjimatkan wang anda sendiri tetapi pada masa yang sama menggunakannya untuk menjana keuntungan yang lumayan. Pendek kata, bonus ini sebenarnya menjimatkan anda dari perlu membuat deposit yang lebih besar. 

Bagi pihak broker Olymp Trade pula, setiap kod promo dirancang untuk meningkatkan keuntungan pihak broker sambil memantapkan kesetiaan pelanggan.  Ini termasuklah mengembalikan pengguna yang mungkin telah hilang. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan imej jenama broker serta memperkenalkannya kepada bakal pelanggan baru.  Jika taktik ini menjadi, pihak broker akan mendapat pulangan pelaburan yang ketara yang menjadikannya alasan yang cukup kukuh untuk menambahkan kod promo sebagai satu strategi yang dirancang dengan teliti sepanjang tahun. 

cara mendaftar di broker forex olymp trade

 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...